13 Ogos 2014

BERTEMU LAGI SETELAH SEKIAN LAMA...


 Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Memang lama kita cuti berblog kali ni, dari sebelum berpuasa lagi sampai la dah nak habis raya Aidilfitri baru hari ni teringat nak update semula blog ni. Alhamdulillah raya kali ni Kak Intan sekeluarga berhari raya ditempat orang , cuba cuba tukar angin. Semenjak arwah emak meninggal 4 tahun yang lalu ini kali pertama Kak Intan sekeluarga tak balik kekampong halaman Kak Intan. Oh yerrrrrr... lupa la pulak nya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua kawan kawan yg berugama Islam rasa nya belum ketinggalan lagi untuk berhari raya kan masih berbaki beberapa hari lagi.


Apa pun ada sedikit kelainan pada hariraya kali ini, ada pertambahan dalam keluarga Kak Intan, syukur alhamdulillah sebab sama sama berhariraya dengan menantu pertama Kak Intan. Itu sajer yang nak dikongsikan sempena hari raya kali ini. Nanti kita sambung lagi cerita raya ni dientry akan datang ok. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...