21 Oktober 2014
TEMPAHAN DEMI TEMPAHAN DISIAPKAN.
Assalamualaikum,
Sementara mata belum mengantuk malam ni Kak Intan kongsikan lagi kerja kerja yang Kak Intan siapkan selama ini dan agak membuatkan hari hari Kak Intan sibuk siang dan malam, antaranya Kak Intan menyiapkan tempahan tempahan dari kawan kawan yang sama sama minat dengan dengan dekorasi ala English Country. Antara temphan yang banyak Kak Intan terima kali ini ialah sarung stool, langsir dan juga beberapa barang barang lagi mengikut kehendak pelanggan.
Langsir dapor merupakan tempahan paling banyak kali ini yang menggunakan corak gingham , dari berbagai warna, paling banyak tempahan adalah bewarna merah / putih dan juga hijau /putih, begitu juga dengan sarung stool. Alhamdulillah rezeki Kak Intan kali ini agaknya.
Inilah antara salah satu langsir dapor yang telah Kak Intan siapkan - terima kasih banyak banyak Nazlin kerana sudi membuat tempahan dengan Kak Intan yer.
Langsir ini pula dari rumah Mastura, warna sebenarnya ialah warna maroon tapi bila dah diambilkan gambar nyanampak macam warna choklat la pula...terima kasih juga buat Mastura.
Selain dari langsir dan juga sarung stool ada juga tempahan alas meja, samaada alas meja bulat dan juga empat segi panjang sebagaimana tempahan Zainura Idrus dari Terengganu .
Terima kasih Zainura dengan tempahan 2 helai alas meja ni yer, kedua duanya bewarna hijau/putih antara warna warna yang banyak mendapat tempahan.
Sarung stool yang ini pula agak panjang sikit (labuh) memandangkan kerusi nya agak tinggi , jadi adalah sesuai jika skirt nya dilabuh kan sikit kan..... tempahan dari Ann Idrus.
Ini pula stool yang memang banyak digunakan dirumah rumah terutama nya yang punya anak anak yang sedang membesar, stool plastik dari IKEA... terima kasih Julia Othman yang juga membuat tempahan sebelum hari raya yang lepas lagi.
Kali ini pula tempahan dari Jamilah Jidin dari teluk Intan Perak bersekali dengan sebuah bakul
apalah Jamilah nak isi dengan bakul tu nanti yer he...he...
Gambar yang terakhir ni tempahan daripada Noralailee Hamzah, Alor Star Kedah, terima kasih juga pada Laili yang selalu membuat tempahan dari Kak Intan. Inilah antara gambar gambar tempahan yang dapat Kak Intan siapkan untuk kawan kawan yang sama minat dari group dekor ala English Country
Ok nanti kalau ada cerita cerita lain yang bolih kita kongsikan , Kak Intan akan ceritakan lagi yer, jumpa lagi dilain entry...wassalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam kenal Kak Intan...
BalasPadampaling saya suka sarung tempat duduk tu yg cantik kemain... kalau buat dari corak katun tu bebudak memang suka giler
Salam perkenalan Kak Intan.....
BalasPadamSukanya saya tengok hasil kerjatangan akak..... cantik.
Salam kenal akak.sya berminat gaya hiasan ala inggeris.sya dh ikt akak pnye blog
BalasPadamSAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259
Padam