03 Ogos 2015

JUMPA KAWAN KAWAN XSMSA 74-78 DI RUMAH SHARIFUDIN RAZAK , HULU LANGAT SELANGOR.

Assalamualaikum,
Jumpa lagi diblog JARIINTANKU setelah sekian lama bercuti dari berblog, dah macam biskut pulak nya sekejap ada sekejap tak ada , ada masa rajin ada masa malas nya berganda ganda sekarang ni, ungkin faktor usia agak nya he..he...  Pada 21 March yang lepas Kak Intan dan rakan rakan lain X SMSA 1974-1978 bertemu lagi buat kesekian kali nya dirumah En.Sharifuddin Razak dimajlis menyambut menantu anak nya yang kedua. Tahniah Kak Intan ucapkan kepada saudara Sharifudin dan keluarga kerana bertambah lagi ahli keluarga nya dan selamat menerima menantu.


Dimajlis tersebut kami dari XSMSA Chenderong Balai juga dijemput hadir, maka datang lah kami beramai ramai kekediaman nya diHulu Langat beramai ramai, memang ini saat saat yang kami nanti nanti kan untuk bersua, dalam apa juga bentuk majlis, sebolih nya kami ingin menghadirkan diri, manakan tidak ini lah masa nya kami bertemu mengenang kembali zaman zaman remaja, zaman zaman kami bersekolah dulu sambil menjamu selera.

Memang seronok bila mendapat peluang bertemu sebegini, zaman zaman muda nya kami tak rasa keadaan sebegini, ye lah masa tu sibuk dengan keluarga masing masing, anak anak yang masih kecil, kemudian melayan anak anak yg bersekolah lagi pada masa itu. Rasanya kalau dapat bertemu pun mungkin sekejap sekejap sahaja.

Antara yang datang dari utara ialah Puan Matron Hjh Norawa Abd Rahman dan suaminya Haji Abdullah...Ajua (panggilan zaman kami sekolh dulu)...lepas sekolah kami tak pernah bertemu maklumlah lah zaman tu bukan nya macam sekarang ...ada Fb, ada handphone, ada Whatssapp untuk berhubung, nak dapat kan public phone pun kena kayuh basikal 3-4 batu baru ada satu, itu pun nasib lah kalau elok dan bolih diguna pakai...kalau tak tengok jer la dari jauh...tak gitu Ajua..


Yang ini juga dari Utara.. Mohd Robiai dan juga Cikgu Saaidin- Mohd Robiai, dulu rambut penuh, lepas 36 tahun jumpa mak oiiiiii udah licin he...he...


Kesemuanya mereka ni juga datang dari Teluk Intan, kami sekampong dan mereka tak berhijrah kemana mana diMalaysia ni, masing2 ada kerjaya tersendiri bagi meneruskan kehidupan masing, kecuali yang berbaju merah menyala tu, Mohammad Zainudin nama nya , beliau tinggal di KL tapi tak pernah pun terjumpa sepanjang 36 tahun ini.


Geng perempuan dari kanan Hindun Samsuri, Asmah Ali, dan juga Ustazah Jamilah.


Karim Yusof pulak datang sekeluarga, satu satu nya kawan kami yang menyertai bidang perniagaan yang membuka sebuah cafe diShah Alam.


En.Badrul Hisham Uda,berdiri tu, yang duduk tu pula Nasir Sahlan, Norawa Abdul Rahman, Asmah Ali dan juga Ustazah Jamilah.


Yang dah terlentuk duk tepi sebelh kirai ni Ana, dia junior Kak Intan tapi kami sekampong dan dari sekolah yang sama Ana nama nya, sebelah nya Puan Hjh Taharah Mohamed.

 Akhir sekali dalam gambar ni sebelah kiri Abd Kadir Hashim, En Nasir Sahlan Abg Fadzli dan Encik Badrul Hisham Uda serta Hjh Norawa....masih ada lagi gambar gambar yang tak sempat nak dimasukkan kesini...insyallah dimasa akan datang bolih kak Intan selitkan lagi... ok kita berhenti disini dulu... ada masa kita sambung cerita yg lain pula...assalamualaikummmmmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...