08 Jun 2009

BREAKFAST DI PAPARICH CAFE.....


Sebahagian dari suasana diPapa Rich Cafe.......

Roti bakar sapu dengan pandan kaya/butter, nasi lemak special dengan lauk lauknya...ayam goreng nya memang sedap.....


My hero tengah tunggu kedatangan nasi lemak special yang diorder.......

Air white coffee dan milo ais......


Yang ni dah tinggal lauk je...nasi lemak, lauk rendang ayam, kacang,timun dan telor rebus serta sambal.....

Nasi goreng special Papa Rich...

Pagi ni Kakintan dan anak anak bersarapan pagi diPapa Rich Cafe....sesekali kita tukar selera dari makan digerai kali ini ke cafe pula...apa salahnya sesekali kita menjamu selera disitu..Kakintan cuma minum white coffee dengan roti bakar...anak anak biasalah nasi lemak, nasi goreng special dan minuman milo ais....kebetulan cafe ni letaknya pun tak jauh dari kawasan perumahan tempat Kakintan tinggal dan tiada masaalah untuk kesitu....jum kita tengok apa menu yang Kakintan dan anak2 order.....layannnnnnnnnnnnn.. he..he....bukan buat iklan tau.....

07 Jun 2009

JUADAH MINUM PETANG...BUBUR PULUT HITAM DAN PUTU BAMBU.



Dah lama Kakintan tak cerita pasal makan makan kannnnnnnn....he..he...kali ni nak kongsi menu minum petang pulak....antaranya bubur pulut hitam....sesekali dapat makan bubur pulut hitam dipetang petang hari sedap juga....dah teringin sangat nak makan bubur pulut hitam ni Kakintan pun masak la sikit...masak bebanyak nanti tak de sapa nak makan...kat rumah ni cuma Kakintan dan En.Hubby je yang suka...anak anak tak layan kalau bubur pulut hitam ni...takat jeling maut adalah....diorang lagi suka layan mushroom sup dengan roti...tak pe lah nak....biar lah mak dan ayah je yang ngabiskan nya.......jummmmmmmmmmmm....

Masa dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak jiran yang berlangsung diDewan Serbaguna AU5 tengahari semalam ....Kakintan singgah disatu gerai yang saban hari menjual kuih muih untuk sarapan pagi atau pun minum petang...kat satu sudut gerai tu Kakintan terpandangkan juadah ini...biasanya kat KL ni dipanggil putu bambu..kenapa ia dibuboh dengan nama ini Kakintan pun tak tahu nak menceritakan nya...apa apa pun petang semalam ini lah juadah Kakintan minum petang bersama En.Hubby....dah lama betul tak menjamah juadah ni rasanya...

06 Jun 2009

DULU TAK MINAT...SEKARANG JADI HOBI BARU....

Kali ni Kakintan nak cerita sikit tentang hobi baru Kakintan ni....dulu memang Kakintan tak minat nak tanam pokok pokok bunga ni...salah satu daripada sebabnya ialah Kakintan tinggal dikawasan yang terhad untuk bercucuk tanam...alahai itu mungkin alasan je kut...he...he....tapi entah kenapa sejak 2/3 tahun kebelakangan ini ianya menjadi hobi pada diri Kakintan...masa yang lapang Kakintan penohkan dengan aktiviti melayan pokok ni semua...rasa seronok dan macam satu kepuasan pulak bila pokok pokok yang Kakintan tanam ini hidup subur menghijau dan berbunga....terutama bila musim hujan pokok pokok ni begitu segar kelihatan....seperkara lagi yang ingin Kakintan kongsikan disini ialah Kakintan suka pada tanaman paku pakis....Kakintan suka tengok daun daun nya yang menghijau bila pagi hari...kalau tak percaya tengok ni....kebanyakkan pokok pokok ni Kakintan tanam dalam pasu gantung....seronok bila tengok pokok ni bergayutan dan serba hijau....kalau ada yang jenis berbunga pun jenis yang tahan lama....jum lihat pokok pokok yang Kakintan tanam ni....









Kalau jenis yang berbunga..Kakintan paling suka pokok bunga ni...sebab bunga nya kecil2 dan warnanya pula merah terang..

Pokok paku ni Kakintan tenggekkan pasunya diatas dulang tembaga koleksi arwah MIL sesekali Kakintan cuci juga dulang tembaga tu bagi berkilat....tapi tak bolih selalu..takut bertukar tangan..he...he.....pasu naga tu pun Kakintan ambil dari koleksi arwah MIL...sebenarnya pasu tu dah pecah...tapi Kakintan gunakan tanah liat untuk menampalnya.
Ramai juga yang bertanyakan pasu naga tu....mereka nak membeli nya..tapi sayang Kakintan tak kan jual....sesekali Kakintan alih pasu tu letak kat bilik air buat takongan air(rasa macam rumah kat kampong pulak bila buat begitu)...andaikata rumah Kakintan rumah teres mau rasanya letakkan ditepi pintu masok siap dengan gayong yang dibuat dari tempurung.....baru la nampak klasik kan....


Ini juga pokok yang paling Kakintan minati...suka tanam banyak banyak..bila tengok dia berjuntaian hati rasa tenang ditambah dengan warna kehijauan nya tu....ikut citarasa masing masing kan....ada kawan Kakintan pulak dia kata kalau nampak pokok ni berjuntai juntai rasa macam semak.....oh...tidaaaaaaaakkkkkkkk.....

Setakat ini...ini sajalah pokok yang menjadi koleksi Kakintan sekarang...ada juga pokok lain seperti pokok kunyit, pokok daun kari,dan juga daun pandan yang Kakintan tanam...ada masa nanti nak rasanya menambah koleksi yang lain pulak....o.k...layannnnnnnnnnn.

05 Jun 2009

JADI "MAKCIK KANTIN" KAT SEKOLAH ANAK PULAK....

Inilah hari kedua jadi "makcik kantin" pada malam 31hb May yang lepas, malam tu Victoria Institution mengadakan persembahan Tattoo dipadang sekolah nya...ramai juga pengunjung nya pada malam tersebut...makcik kantin dan pak cik kantin macam biasa lah ..berniaga makanan dan minuman sampai kul 11.30malam kesemuanya habis dijual...sungguh memuaskan pendapatan hasil dari berniaga pada malam tu...tak caya tengok ni...mak cik kantin dan pakcik kantin dalam sessi kira mengira duit jualan...he....he....cikgu cikgu kat sebelah tu tukang perati aje.....
Gambar ni makcik makcik kantin seronok sangat sebab gerai kami dikunjungi olih Puan Sharifah Hayati (penceramah bebas) yang selalu memberikan ceramah nya dalam rancangan AlKuliyah....tak tahu lah pulak yang suaminya adalah Ustaz kat sekolah tu...
Waktu kemuncak perniagaan kami pada malam tu antara jam 8 ke9 malam, masing masing dah lapar tu he....he....air soya yang paling laku dan juga nasi lemakserta kuih karipap panas panas...sampai tak cukup kaki tangan malam tu....
T-shirt2 , payung, bag, topi dan juga mafla juga dijual...sambutan nya amatlah memberansangkan....macam ni bolih lah berniaga selalu....

He....he...sibuk betul "pak cik kantin " ni (En.Hubby)..menyiapkan air kopi....

Lepas je habis berniaga baru lah terasa lapar...Makcik kantin makan nasi goreng dengan air soya je.....

Pada 30hb May yang lepas sekolah tempat Ezzat belajar,...mengadakan Carnival tahunan nya. Kakintan dan En Hubby serta ibu bapa pelajar yang lain dimana anak anak mereka menjadi ahli VICCB bersepakat untuk berniaga pada hari tersebut untuk menambah dana persatuan ini. Semenjak tahun lepas lagi ini lah aktiviti Kakintan dan Mr Hubby jika ada masa lapang..apa saja persatuan itu lakukan kami akan turut serta, selain mengisi masa lapang dapat juga mengeratkan tali siraturrahin antara kami ibu bapa dan guru guru di Victoria Institution.Memang seronok bila ada carnival sebegini....kami para ibu bapa pelajar berniaga seawal jam 7 pagi lagi..macam macam makanan yang kami jual antaranya nasi lemak, karipap, nasi goring , meehoon,nasi campor, air minuman tin, air mineral, chendol dan bermacan macam jenis kuih muih lagi....yang seronok nya kesemuanya habis dijual. Petang tu perniagaan kami tamat pada jam 5 petang...ini adalah untuk sessi pertama perniagaan kami pada hari Sabtu tu.. oh ya ianya dirasmikan olih TPM kita Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga isteri beliau, kebetulan anak TPM belajar sama disekolah tersebut. Masa ni awal pagi lagi, baru menyusun kedudukkan apa yang harus diual terlebih dahulu untuk sarapan pagi...dari kiri tuan rumah, Puan Puziah, dan juga Puan Zalihah sedang berbincang untuk meletak tanda harga pada barang barang jualan.....

Kedatangan TPM dan isteri disambut olih pertunjukkan pancaragam VICCB, dimana salah seorang pemain drum adalah anak Kakintan..Ezzat...


Yang ini adalah acara selingan dari para pelajar Sekolah Sri Bintang Utara...kesemuanya perempuan dan mendapat perhatian...

Ini adalah waktu kemuncak perniagaan kami dalam kul 12 tengah hari tu...masing masing lapar mungkin ada yang tak bersarapan pagi membeli untuk makan tengah hari sekali gus...dalam pada tu ada juga "makcik kantin" yang layan pancaragam VICCB ikut menari..he...he...seronok betul "makcik kantin " hari tu enjoy sakan.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...