07 Julai 2010

ROTI JALA KUAH DURIAN...

Salam kawan kawan blogger semua... biasanya orang makan makan roti jala dengan kuah kari...tapi Kakintan pula paling suka makan dengan kuah durian. Hari ni entah kenapa rajin pula nak tebar jala dipagi pagi hari...agak nya sebab dah teringin sangat nak makan roti jala dengan kuah durian ni kuttt..
En.Hubby beli durian sewaktu dalam perjalanan pulang dari bekerja semalam. Katanya teringin sangat sebab dah lama tak makan kuah durian dengan roti jala.... Kakintan ingatkan Kakintan yang meragam tekak bila dah dekat dekat bulan puasa macam ni rupanya dia pun sama. Ok lah pepagi tadi Kakintan pun mulalah menebarkan "jala" membuat roti tu...kuah durian tu pun sama sekali masak ...alahai senang je kan masing masing dah tahu macam mana nak tebar jalanya dan macam mana nak buat kuah nya. Jadi tak payah la Kakintan nak cerita macam mana lagi... layan je la gambar roti jala ni dengan kuah cecahan nya ni... Salam dan bye...bye...

06 Julai 2010

LONTONG ASLI KG BARU....

Salam dan selamat pagi Rabu.... sambil sambil buat kerja rumah singgah sini sekejap merakamkan apa yang Kakintan makan pagi ni untuk sarapan tadi.
Dah tak tahu macam mana nak layan sekera ni sekarang... selalu kalau kalau dekat menjelang nya bulan Ramadhan tekak ni akan meragam... macam macam yang diidamkan untuk dimakan.
Pagi tadi semasa Hubby nak menghantar Ezzat kesekolah siap pesan suruh belikan lontong asli dari Kampong Baru. Lontong ni memang peberet Kakintan semenjak bekerja dulu lagi. Rasanya dah 24 tahun Kakintan menjadi pelanggan tetap kakak yang berniaga lontong tu.
Mungkin lain orang lain seleranya tapi bagi Kakintan inilah lontong "the best" in KL. Selalunya kalau beli lontong ni mesti nak letak tahu goreng, serunding, pergerdil dan juga kuah lodeh serta sambal tumis.
Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan buat kali ini ... salam dan bye bye...

TEKO JANDA DARI ARWAH EMAK...

Salam.... dah lama tak letak entry pasal barang barang ni kan... masa balik dari menziarahi arwah emak tempohari Kakintan terpandangkan teko ni...memang dah lama dia bersaorangan dalam gobok buruk arwah tu... he.. he.. jadi bila arwah dah tak ada Kakintan ambil keputusan bawa balik teko janda ni... dah tentu ianya tak digunakan kalau dibiarkan dialmari tu.
Kakintan minat dengan bentuk nya tu begitu juga dengan warna serta coraknya. Mengikut kata arwah dulu abang yang belikan untuk dia tapi tak pernah digunakan pun.Errrmmmm.... sebelum tu pun Kakintan dah pernah merisik teko ni dari arwah tapi tak sampai hati nak bawa balik sebab arwah ada lagi masa tuhhh..
Coraknya simple je bewarna kelabu...dan dibawahnya terdapat chop ni..WINDSOR- Royal Collection... tak tanya lagi pada abang Kakintan ni dimana dia membelinya, yang musykil nya hanya teko tu sahaja tanpa cawan dan juga piring.
Ok lah... sekian dulu catatan Kakintan petang ni, sekian salam dan bye... bye..

GARA GARA FACEBOOK...KAMI BERTEMU KEMBALI SETELAH BERPISAH 33 ..

Salam dan selamat petang semuanya, apa khabar ya... mesti ada yang tengah duduk relax time ni... sambil sambil tu Kakintan juga nak letak entry tentang apa yang berlaku pada hari Ahad yang lepas. Sehari sebelum tu pada hari Sabtu macam biasa lah masa duduk melayari FACEBOOK Kakintan terpandang nama sekolah tempat Kakintan belajar dulu masa dikampong. Apa lagi bukan main seronok sebab bila klik je kat situ terus ternampak nama nama pelajar yang pernah sama sama bersekolah disitu. Ramai juga yang masih Kak Intan ingat nama nama mereka. Kakintan cuba lah juga add salah sorang dari mereka... manalah tahu kalau kalau ada respon...yahooooooo ramai rupanya yg masih ingat dengan kita...alhamdulillahhhh tak sangka kan...
Antara yang Kakintan cuba hubungi hari tu ialah saudara Mustafa Siraj...dia senior Kakintan selama 1 tahun...aduhaiiii dah tua nampak nya masing2 mereka ni dah berusia separuh abad. Rupanya Mustafa bertemu jodoh dengan rakan seusia dan juga sekelas. Dia juga dikurniakan 10 orang anak. alhamdulillah rezeki tu Mus...he....he... Mus pulak tinggal tak jauh dari KL...cuma area Ulu Langat sahaja... Esoknya Ahad tanpa dirancang Mus kata nak jumpa geng2 diorang di Cheras... kebetulan Zulkurnain Mohammad datang dari Taiping untuk menghantar anaknya yang baru memasuki sebuah kolej di Cheras.... jadi Kakintan pun ambil keputusan dan bagi tahu pada En.Hubby nak bertemu dengan diorang...maklumlah...semenjak habis sekolah kami tak pernah bersua lagi sehinggalah sekarang... kalau dikira dah 33 tahun kami berpisah. Inilah dia geng geng masa kami bersekolah dulu dari kiri Joi (Zulkurnain Muhammad- Guru diSekolah King Edward Taiping), Hussin Pitut (seorang kakitangan kerajaan di ARKIB NEGARA), Shaharudin Hashim (kakitangan diMAKTAB TEKNIK CHERAS), MUSTAFFA SIRAJ (bekerja di PJ) dan isterinya ZANAIDAH MASRI ( yg juga rakan sekelas beliau) serta Kakintan dan suami.
Itu baru beberapa kerat sahaja yang dapat ditemui.... harap harap nya lepas ini ada lagi pertemuan yang akan menyusul. Bukan main seronok kami dapat jumpa walau pun dalam masa yang singkat... dan mungkin selepas ini pertemuan dapat dibuat dalam suasana yang lebih tersusun. Apa yang penting tali persahabatan antara kita selepas ini akan terus terjalin lebih rapat lagi selepas puluhan tahun tidak bersua. Insyaallah segala nya akan menjadi kenyataan disatu hari nanti... kita tunggu kan kedatangan nya ...harap harap seluruh bekas pelajar SMSA dapat berkumpul ditempat yang telah kita rancangkan
Hussin Pitut dan Joi (Cikgu Zulkurnain) antara yang hadir semasa pertemuan singkat tersebut yang juga tanpa dirancang...Ok lah...layan dulu gambar gambar small gathering kami diKFC, JAYA JUSCO Tmn Maluri Cheras ini... salam dan bye...bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...