Salam dan selamat petang semuanya, apa khabar ya... mesti ada yang tengah duduk relax time ni... sambil sambil tu Kakintan juga nak letak entry tentang apa yang berlaku pada hari Ahad yang lepas. Sehari sebelum tu pada hari Sabtu macam biasa lah masa duduk melayari FACEBOOK Kakintan terpandang nama sekolah tempat Kakintan belajar dulu masa dikampong. Apa lagi bukan main seronok sebab bila klik je kat situ terus ternampak nama nama pelajar yang pernah sama sama bersekolah disitu. Ramai juga yang masih Kak Intan ingat nama nama mereka. Kakintan cuba lah juga add salah sorang dari mereka... manalah tahu kalau kalau ada respon...yahooooooo ramai rupanya yg masih ingat dengan kita...alhamdulillahhhh tak sangka kan...
Antara yang Kakintan cuba hubungi hari tu ialah saudara Mustafa Siraj...dia senior Kakintan selama 1 tahun...aduhaiiii dah tua nampak nya masing2 mereka ni dah berusia separuh abad. Rupanya Mustafa bertemu jodoh dengan rakan seusia dan juga sekelas. Dia juga dikurniakan 10 orang anak. alhamdulillah rezeki tu Mus...he....he... Mus pulak tinggal tak jauh dari KL...cuma area Ulu Langat sahaja... Esoknya Ahad tanpa dirancang Mus kata nak jumpa geng2 diorang di Cheras... kebetulan Zulkurnain Mohammad datang dari Taiping untuk menghantar anaknya yang baru memasuki sebuah kolej di Cheras.... jadi Kakintan pun ambil keputusan dan bagi tahu pada En.Hubby nak bertemu dengan diorang...maklumlah...semenjak habis sekolah kami tak pernah bersua lagi sehinggalah sekarang... kalau dikira dah 33 tahun kami berpisah. Inilah dia geng geng masa kami bersekolah dulu dari kiri Joi (Zulkurnain Muhammad- Guru diSekolah King Edward Taiping), Hussin Pitut (seorang kakitangan kerajaan di ARKIB NEGARA), Shaharudin Hashim (kakitangan diMAKTAB TEKNIK CHERAS), MUSTAFFA SIRAJ (bekerja di PJ) dan isterinya ZANAIDAH MASRI ( yg juga rakan sekelas beliau) serta Kakintan dan suami.
Itu baru beberapa kerat sahaja yang dapat ditemui.... harap harap nya lepas ini ada lagi pertemuan yang akan menyusul. Bukan main seronok kami dapat jumpa walau pun dalam masa yang singkat... dan mungkin selepas ini pertemuan dapat dibuat dalam suasana yang lebih tersusun. Apa yang penting tali persahabatan antara kita selepas ini akan terus terjalin lebih rapat lagi selepas puluhan tahun tidak bersua. Insyaallah segala nya akan menjadi kenyataan disatu hari nanti... kita tunggu kan kedatangan nya ...harap harap seluruh bekas pelajar SMSA dapat berkumpul ditempat yang telah kita rancangkan
Hussin Pitut dan Joi (Cikgu Zulkurnain) antara yang hadir semasa pertemuan singkat tersebut yang juga tanpa dirancang...Ok lah...layan dulu gambar gambar small gathering kami diKFC, JAYA JUSCO Tmn Maluri Cheras ini... salam dan bye...bye...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan