Salam.... entry makan makan lagi.. kali ini aiskrim segera hasil dari lebihan bubor kacang yang Kakintan masak tempohari. Sengaja Kakintan buat bubor kacang tu berlebihan sebab nak jadikan nya aiskrim kacang.
Kebetulan bekas aiskrim ni dah lama Kakintan beli ... tapi tak pernah dimanafaatkan...errmmm dah terlanjur buat bubor kacang ni bolih lah kita masukkan sekali kedalam bekas nya dan sejukkan sahaja kedalam fridge selama beberapa jam. Dulu dulu memang suka buat aiskrim Malaysia yang dimasukkan kedalam plastik kemudian di ikat simpul di hujung nya. Pelbagai perisa selalunya kalau membuat nya. Paling famous selalunya aiskrim kacang, jagong dan juga oren. Kanak kanak pula paling suka kalau dibuat perisa milo.
Ermmm... dah beberapa jam dalam fridge dah keras dah... bolih lah dikeluarkan dan dimakan. Sedap pulak tu sebab bubor kacang tu Kakintan tambah dengan buah durian. Memang mabeles sesekali menikmatinya.
Ok lah...layan dulu la ya gambar gambar aiskrim yang Kakintan buat ni ya.... Salam dan bye...bye...jumpa lagi disini...








