25 November 2010

TING TONG TING TONG- KOLEKSI CATCH KIDSTON

Salam dan selamat malam...uishhhhh dah tengah malam benar ni Kak Intan buat entry nihhh....tadi balik dari makan makan dengan Hubby kat luar bertemu dengan kawan yang dah lama Kak Intan tak jumpa. Balik rumah mata duk terkebil kebil je tak mau nak tidur lagi ...apa lagi sementara menunggu mata ni betul betul mengantuk jum kita layan apa yang anak Kak Intan bawa balik siang ... ermmm apa lagi kalau barang barang yang menjadi hobby baru Kak Intan ni...mengumpul tin yang cantek cantek ni... kali ni dari corak Catch Kidston lagi. Kak Intan memang suka dengan corak2 bunga macam nihhh
Dia belikan Kak Intan 3 biji ni...2 kecil dan yang lagi satu tu besar...semuanya Kak Intan suka. Ermmmm ..tak tau bila nak insafnya mengumpulkan tin tin ni...mata ni rambang je bila nampak tin tin yang macam ni...
Paling Kak Intan suka yang 2 biji ni..ishhh cantek lahhh, kalau tak beli rasa macam rugi pulak sebab corak coraknya tuh dan ada tertulis SUGAR & TEA kat tin tu lepas ni kalau ada tertulis COFFEE memang nak rembat lagi satu he..he...
Ok lah...layan dulu ya pic Kak Intan ni ya...kita jumpa lagi dilain entry. Salam dan selamat malam...

24 November 2010

TIN /ENAMEL LAGI....

Salam...Kita jumpa lagi ekkkk ? Apa khabar semuanya? Harap harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.Maklumlah dalam cuaca yang tak menentu sekarang ni ramai yang tak berapa sihat. Kepada pengunjung pengunjung blog Kak Intan terima kasih banyak banyak Kak Intan ucapkan. Terima kasih juga meninggalkan komen dan juga jejak disini. Minta maaf kalau Kak Intan lambat membalas nya ya... tapi insyaallah Kak Intan akan membalasnya samaada lambat atau cepat bergantung pada masa Kak Intan juga sibuk atau tidak...apa pun sekali lagi terima kasih banyak banyak kerana tak jemu jemu berkunjung kesini.
Kali ni entry tertunda beberapa minggu yg lepas, apa lagi kisah tin tin yang menjadi koleksi Kak Intan. Kakintan beli dari Azie Thani (geng FB) semasa kami bertemu dalam small gathering di Taman Tasik Titiwangsa tempoh hari. Minat sangat dengan corak corak bunga macam ni. Entahlah apa nak isi dalam nya tu nanti..apa yang pasti dah beli mesti gunakan ya...he..he...ok lah Kak Intan stop disini dulu ya.... Dah mengantukssssss..mata ni..salam dan jumpa lagi..

MEMANG SUKA SANGAT DENGAN FULLHOUSE YG ALA2 ENGLISH COTTAGE NI...


Salam dan selamat malam semua, apa khabar? Dah malam malam macam ni baru sempat nak letak entry baru. Itu pun entry yang tertunda sejak seminggu yang lalu. He..he...tak apa gaknya kan? Bukan ada cerita apa pun cuma tentang pergi makan makan dan posing2 diFullhouse Lifestyle Store & Cafe,Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
Kak Intan kesini dengan anak anak masa hari raya Aidiladha tempohari. Dah lama anak anak ajak makan disini tapi tak berkesempatan...memandangkan Hari Raya Aidiladha tu tak sibuk sangat Kak Intan pun meluangkan masa kesitu. Lagi pun masa tu KL agak lengang... jalan jalan raya pun sunyi dari hari hari biasa..maklumlah masing masing bercuti balik kampong berhari raya. Rasa macam tenang sangat diKL ketika itu. Di Lifestyle ni makanan yang dihidangkan kesemuanya western food. Memang itu lah yang anak anak sukakan. Restoren nya pun cantek yang ala ala English Cottage. Selain dapat makan pengunjung pengunjung juga bolih shopping barang barang yang ada kat situ.....


Suasana diluar dan dalam memang Kak Intan suka sangat. Kalau tak percaya bolih pergi sendiri. Lagi pun ada juga branch lain di Sunway dan juga Damansara. Eh...eh macam buat iklan pulakkkk...tak lahhh saje je Kak Intan nak bagi info kat sini. Ok ...sekian dulu catatan Kak Intan kali ini ..jumpa lagi dilain entry. Salam.

22 November 2010

YANG PUTIH PUTIH DARI LOVELY LACE...

Salam , sebenarnya dah lama berkenan kat dua barang ni yang ada dijual diLOVELY LACE Alpha Angle Wangsa Maju. Masa jalan jalan petang minggu yang sudah dapat juga Kak Intan rembat kedua dua barang ni yang satu ni jug bekas air, tapi tak lah bekas ni besar sangat, rasanya untuk 4 orang minum je mencukupi.

Yang ini pun nampak macam besar, dan nampak macam jug juga, tapi sebenarnya ini adalah bekas untuk meletak pewangi dalam rumah yang dibakar dibawah nya tu..dengan lilin. Semuanya dibeli bila dah terjangkit minat dengan kawan kawan yang suka barang barang putih polos ni. Ermmm..lagi pun harga nya tak lah semahal mana...memang beli yang termampu sahaja ikut poket sendiri.
Ok layan dulu lah ya gambar gambar kat atas ni...mana tau kalau kalau ada yang berkenan nampak disini bolih lah pergi terjah keLovely Lace nanti he.he... Ok salam dan bertemu lagi dilain entry..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...