03 Ogos 2015
TEMPAHAN DARI KOTA SINGAPURA..
Assalamualaikum,
Kali ini tempahan Kak Intan datang dari Kota Singapura, dia seorang kenalan lama Kak Intan melalui FB, terima kasih Kak Liah yang sudi membuat tempahan dengan Kak Intan, antaranya alas meja, sarung stool dan juga alas pinggan.
Cantek pulak bila dah dibentang kan atas meja tu lapik pinggan tu Kak Liah...saya sendiri pun tak terfikir nak buat macam tu Kak... terima kasih yer Kak bagi idea pada saya dan juga kawan kawan yang lain ..
CURTAIN UNTUK KAK ZAI
Assalamualaikum,
Alhamdulillah siap juga curtain austrian blind untuk Kak Zai ni. Minta maaf Kak Zai lambat saya siap kan. Lama kan akak menunggu nya untuk dipasang kan kat bilik akak tu...apa pun alhamdulillah yer Kak Zai sempat juga akak gantung sebelum raya... Ok lah nak out dulu nak cari apa yang patut kat dapor tu...he...he... perut Kak Intan dah keroncong...assalamualaikum jumpa lagi nanti...
Alhamdulillah siap juga curtain austrian blind untuk Kak Zai ni. Minta maaf Kak Zai lambat saya siap kan. Lama kan akak menunggu nya untuk dipasang kan kat bilik akak tu...apa pun alhamdulillah yer Kak Zai sempat juga akak gantung sebelum raya... Ok lah nak out dulu nak cari apa yang patut kat dapor tu...he...he... perut Kak Intan dah keroncong...assalamualaikum jumpa lagi nanti...
JUMPA KAWAN KAWAN XSMSA 74-78 DI RUMAH SHARIFUDIN RAZAK , HULU LANGAT SELANGOR.
Dimajlis tersebut kami dari XSMSA Chenderong Balai juga dijemput hadir, maka datang lah kami beramai ramai kekediaman nya diHulu Langat beramai ramai, memang ini saat saat yang kami nanti nanti kan untuk bersua, dalam apa juga bentuk majlis, sebolih nya kami ingin menghadirkan diri, manakan tidak ini lah masa nya kami bertemu mengenang kembali zaman zaman remaja, zaman zaman kami bersekolah dulu sambil menjamu selera.
Memang seronok bila mendapat peluang bertemu sebegini, zaman zaman muda nya kami tak rasa keadaan sebegini, ye lah masa tu sibuk dengan keluarga masing masing, anak anak yang masih kecil, kemudian melayan anak anak yg bersekolah lagi pada masa itu. Rasanya kalau dapat bertemu pun mungkin sekejap sekejap sahaja.
Antara yang datang dari utara ialah Puan Matron Hjh Norawa Abd Rahman dan suaminya Haji Abdullah...Ajua (panggilan zaman kami sekolh dulu)...lepas sekolah kami tak pernah bertemu maklumlah lah zaman tu bukan nya macam sekarang ...ada Fb, ada handphone, ada Whatssapp untuk berhubung, nak dapat kan public phone pun kena kayuh basikal 3-4 batu baru ada satu, itu pun nasib lah kalau elok dan bolih diguna pakai...kalau tak tengok jer la dari jauh...tak gitu Ajua..
Yang ini juga dari Utara.. Mohd Robiai dan juga Cikgu Saaidin- Mohd Robiai, dulu rambut penuh, lepas 36 tahun jumpa mak oiiiiii udah licin he...he...
Kesemuanya mereka ni juga datang dari Teluk Intan, kami sekampong dan mereka tak berhijrah kemana mana diMalaysia ni, masing2 ada kerjaya tersendiri bagi meneruskan kehidupan masing, kecuali yang berbaju merah menyala tu, Mohammad Zainudin nama nya , beliau tinggal di KL tapi tak pernah pun terjumpa sepanjang 36 tahun ini.
Geng perempuan dari kanan Hindun Samsuri, Asmah Ali, dan juga Ustazah Jamilah.
Karim Yusof pulak datang sekeluarga, satu satu nya kawan kami yang menyertai bidang perniagaan yang membuka sebuah cafe diShah Alam.
En.Badrul Hisham Uda,berdiri tu, yang duduk tu pula Nasir Sahlan, Norawa Abdul Rahman, Asmah Ali dan juga Ustazah Jamilah.
Yang dah terlentuk duk tepi sebelh kirai ni Ana, dia junior Kak Intan tapi kami sekampong dan dari sekolah yang sama Ana nama nya, sebelah nya Puan Hjh Taharah Mohamed.
Akhir sekali dalam gambar ni sebelah kiri Abd Kadir Hashim, En Nasir Sahlan Abg Fadzli dan Encik Badrul Hisham Uda serta Hjh Norawa....masih ada lagi gambar gambar yang tak sempat nak dimasukkan kesini...insyallah dimasa akan datang bolih kak Intan selitkan lagi... ok kita berhenti disini dulu... ada masa kita sambung cerita yg lain pula...assalamualaikummmmmm...
KERJA TANGAN LAGI.... SETELAH BERBULAN BULAN BLOG TAK DISENTUH...
![]() |
Apa khabar semua? Lama betul Kak Intan tak masuk keblog sendiri kali ini terakhir kali January yg lepas, lama tu kan? Entah apa yang disibukkan pun tak tahu lah, memang kadang kadang masa terlalu terbatas sekarang ini... kadang kadang tu malas nya yang lebih he...he... biasa lah kan bila dah diusia penghujung penghujung macam Kak Intan ni. Sesekali teragak juga nak jalan jalan dari blog keblog macam mula mula berblog dulu, tapi niat tu terpaksa dibatalkan kerana ada perkara yang lebih dulu diperlukan. Apa pun Kak Intan masih lagi meneruskan kerja kerja menjahit seperti mana sebelum ini juga.
Kali ini sempat juga menyiapkan tempahan yg jaun datang dari utara Semenanjung, apa pun Kak Intan minta maaf sebab agak lambat menyiapkan sarung stool berbentuk 4 persegi nya kali ini. Itu pun gambar yang sepatut nya lengkap tak sempat Kak Intan nak snap. Tak apa lain kali Kak Intan cuba sertakan gambar yang selengkap yang mungkin yer... Ok setakat ini dulu, nanti kita sambung pula cerita yang lain...insyaallah.
Langgan:
Catatan (Atom)















