17 Jun 2010

KAKINTAN DI TAG LAGI DARI MAMAHAWA DAN JUGA ROHAS.

Salam semua dan selamat malam... apa khabar dah dua tiga hari tak letak N3 baru... entah apa yang disibukkan pun tak tahu lah...tapi masa sentiasa rasa tak mencukupi akhir akhir ini. Ok lah...kali ini Kakintan ditag lagi olih Mama Hawa/ Mama Nani dari Singapore dan juga Ana dari Cheras... he..he.. terima kasih kepada anda berdua atas ingatan pada Kakintan tu ya... tetapi nak minta maaf juga lah sebab lambat sikit menjawabnya...
Setiap kali terima award ni mesti ada soalan soalan cepumas yang kena jawab antara nya:-

1. APA YANG BERMAIN DIFIKIRAN KAMU SEKARANG?..
Apa lagi kalau bukan nak siap kan tempahan yang dah mula menimbun
nimbun tu sekarang...kalau bolih nak cepat cepat je semuanya...runsing bila tengok bilik tu dah macam tongkang pecah dengan kain kain.

2. NAMA SAMARAN KAMU?.
Kak Intan.... Intan...

3.BERIKAN 3 ORANG YG KAMU SAYANG.
Sapa lagi kalau bukan Suami, Ibu dan juga anak anak.

4. PANGGILAN UNTUK SIDIA.
Semestinya Abang..

5.HADIAH YG KORANG IMPIKAN DARI SIDIA...
Setakat ini apa yang diberikan saya terima seadanya.

6. BERIKAN AWARD INI KEPADA 15 ORANG LAIN....
Alamak kerja berat ni.... nampaknya dah ramai yang terima award ini...ok lah Kakintan rasa sesiapa yang sudi ambil je la ya ...nak letak nama nanti ada yang dapat ada yang tidak...terpulang lah Kakintan tak nak paksa2

Ok lah dah siap menjawab tag ni Ana/ Mamahawa...

Salam dan bye..bye...

13 Jun 2010

IKAN KEMBONG GORENG BERCILI & NENAS MASAK LEMAK CILI API + KETAM...

Salam, N3 masakkan kampong kali ini ialah ikan kembong goreng bercili dengan masak lemak cili api nenas dicampor dengan ketam. Pada mulanya Kakintan konon nya masakkan untuk seorang blogger yang datang berkunjung pada tengah hari tersebut tapi akhirnya kedatangan dia terpaksa dicancel kerana dia ada tugas yang perlu diselesaikan dahulu.
Tak apa lah kan, kalau cancel pun kedatangan nya makanan ni masih lagi bolih dimakan bersama sama keluarga pada sebelah malam nya. Jadi tak lah membazir apa apa pun.Kepada siBLOGGER tersebut tak kisah, lain kali kalau nak datang bagi tahu je ya...insyaallah apa yang dapat Kakintan sediakan itu lah juga yang dimakan nanti kan....rezeki kita tak tahu kan...
Sebenarnya Kakintan memang dah lama tak masak ketam dengan nenas ni, tapi masa kepasar hari tu tengok ketam ni bukan main cantek lagi, isi nya pun nampak penoh aje...jadi Kakintan pun belilah 3 ekor untuk dicampor kan dengan nenas tadi... Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan ya...salam dan bye...bye...

12 Jun 2010

MAJLIS PERTUNANGAN DIFELDA VILLA...ANTARA HELMI DAN ZILA.

Salam dan selamat berhari minggu, bukan main cerah lagi pagi ini...harap ianya akan terus cerah sehingga kepetang nanti. Bukan nya apa hari ini juga ada beberapa jemputan perkahwinan yang akan Kakintan dan keluarga kunjungi disekitar Kuala Lumpur ini. N3 kali ini ialah sewaktu Kakintan dan Mr Hubby ke Felda Villa diJalan Gurney malam tadi pertunangan antara Helmi dan Zila...majlis nya sederhana tapi agak meriah juga. Kakintan kesana atas jemputan pihak lelaki yang merupa kan adik ipar kepada adik Kakintan sendiri dari Tanjong Karang Selangor.
Tahniah buat Helmi dan Zila kerana selamat melansungkan pertunangan tersebut.Semoga pertunangan ini kekal hingga kejinjang pelamin. Inilah sebahagian dari hantaran dari pihak Helmi, nampak sweet sangat dengan tema nya berwarna pink/putih, manakala pihak perempuan pula bertemakan warna orange.
Helmi dan Zila sewaktu melayan tetamu yang datang meraikan majlis pertunangan mereka. Zila juga menyambut hari lahir nya yang ke24 pada tarikh yang sama, sebuah kek khas disediakan olih Helmi untuk Zila malam tadi...selesai sahaja tetamu makan dengan hidangan disediakan olih pihak D'Saji Restoren Helmi keluar dengan sebiji kek yang dipenuhi lilin yang menyala ditiup olih Zila. Rasanya ini surprise untuk Zila. Semoga Zila panjang umur, murah rezeki dan dan Allah memberkati hidup Zila sekeluarga dunia dan akhirat.

Restoren D'Saji yang menyediakan hidangan untuk para tetamu yang datang kemajlis pertunangan tersebut, yang special nya adalah Nasi beriayani dan nasi putih, Ayam masak Beriani, Rendang Tok (daging), nenas masak bombay, acar timun/carrot dan juga nenas, kuih muih, desert buah buahan dan juga meehoon sup utara serta minuman.
Meja utama untuk kedua ibu bapa Zila dan juga Helmi menjamu selera termasuk juga yang bertunang Zila dan Helmi
Meehoon sup utara yang disediakan...sedappp
Kuih muih yang disediakan juga antara nya bahulu gulung dan juga 2 jenis kek
Hubby memulakan dengan memakan desert terlebih dahulu sebelum makan nasi dan makanan makanan yang lain.
Majlis tersebut yang dimulakan jam 8 malam tamat pada jam 10.30 malam. Kedua dua pihak melakukan pertukaran hantaran diakhir majlis dan sampai disini juga catatan Kakintan untuk kali ini.

Salam dan bye...bye...

11 Jun 2010

JAMU SELERA DIJOHNNY...

Salam.... dah penat seharian tercegat diImigresen Wangsa Maju tanpa hasil, balik rumah nak masak pun dah malas, senang cerita ajak diorang ni keAlpha Angle Wangsa Maju makan makan apa yang ada kat situ...
Seperti kebiasaan nya tempat paling murah siap dengan pakej nya ialah diRestoren Johnny. Ada nasi, ada mee dan macam macam lagi, Kalau ambil pakej nasi, tak kiralahh nasi apa pun siap dengan desert ais krim, sup atau toyam, ulam timun/sambal belacan, plain water atau pun Thai te baru $8.90 seorang. Kalau nak tambah bayar je la lebih kan...
Orang bujang Kakintan ambil pakej nasi ayam BBQ/tomyam sup..
Sikecik Zara ni pun Kakintan angkut sama...bukan main suka bila dia nampak air strawberry yang warna nya merahhh tu...tapi tak berani bagi sebab bergas kan tak sesuai untuk dia...
Aiskrim, Vanilla/air strawberry yang ni... Kakintan order...
Sekali dengan tomyam sup...
Nasi goreng hot and spicy ni pun Kakintan yang order...
Ini pula nasi dengan Chicken BBQ Ezzat yang order.... makan sikit tapi rasa kenyang lebih...macam mana tu..ok salammmm n bye...bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...