Assalamualaikum,
Salam maulidur Rasul dan selamat bertemu kembali buat rakan rakan blogger semua disini, Dah beberapa bulan tak updated blog. Kak Intan agak sibuk sejak kebelakangan ini, sehingga lah selesai majlis perkahwinan anakanda sulong Kak Intan baru2 ini.... alhamdulillah segala nya berjalan lancar. Syukur pada Allah SWT kerana anakanda Kak Intan dan pun selamat bernikah dan bergelar seorang suami. Harapan dari Kak Intan serta keluarga moga rumah tangga yang dibina diberkati Allah didunia dan akhirat dan kekal hingga akhirhayat dan Jannah.
Majlis bermula sejak beberapa bulan yang lepas, didahului dengan majlis merisik, majlis merisik kami adakan disebuah restoran diJalan Ampang, dah nama nya merisik jadi majlis nya hanya dihadiri olih kedua ibu bapa pihak perempuan. Syukur alhamdulillah, selesai majlis merisik kami adakan pula majlis bertunang. Semasa majlis bertunang pihak kami membawa 6 dulang hantaran termasuk 2 bentuk cincin- sebentuk cincin merisik dan sebentuk lagi cincin pertunangan.
Ada juga beberapa barang iringan yang kami sertakan sepert kek, pakaian, kasut, buahbuahan, dan juga choklat. Majlis ini kami adakan sehari sebelum piliharaya berlangsung iaitu pada 4 May 2013. Alhamdulillah majlis pertunangan juga berjalan dengan lancar.
Sebahagian dari hantaran yang kami bawa dari Kuala Lumpur, menuju keJohor Bharu... sepasang kasut, kain untuk sepasang baju...
Sebiji kek, tapi tu lahhh... he...he... perjalanan agak jauh kek ni cedera sikit topping nya..
Inilah antara rombongan pertunangan yang menghantar keJohor Bharu, tempohari..
Rombongan dari pihak Kak Intan diketuai olih sepupu suami Kak Intan iaitu Encik Rous Din dan juga sepupu Kak Intan dari Singapura, Encik Hassim Sitam dan juga isteri nya Zahara Bee.
Alhamdulillah majlis pertunangan selamat disempurnakan waktu itu dalam tempoh yang telah dibincangkan dan ditentukan berapa lama ianya di ikat.Ok selesai sudah bab pertunangan, nanti kita sambung lagi dengan majlis yang seterus nya, Wassalam.
14 Januari 2014
28 November 2013
LACE UNTUK DIA....
Assalamualaikum,
Dah lama mannequin tersadai tak berbaju kat atas side table tu, kesian kan. Minggu lepas Kak Intan carikan lace yang cantek cantek sikit untuk dibuatkan baju untuk nya he...he.. dah siap pun bukan nya payah sangat kedut kedutkan dan balutkan aje kat pinggang nya tu dan tambah sana sikit sini sikit kasi tambah cantek.
Ok la kan, janji tuan punya mannequin ni nanti berpuas hati bila sampai ketangan dia... tak tau la apa yang dia nak gantung nanti sebab mannequin ni bolih gantung aksesori yang kita pakai kat sekeliling nya tu nanti.
Ok Kak Intan undur diri dulu yerrrr...ada masa kita jumpa lagi disini... wassalam.
TEMPAT MAKAN YG KAMI SUKA DENGAN HARGA YG BERPATUTAN.
Jumpa lagi pagi ni.... sambil sambil tunggu mesin basuh duk memutar kain kain kat dalam nya tuh, Kak Intan sambung cerita tentang makan makan pula. Kali ni Kak Intan dan suami menjamu selera bersama sepupu suami diFLORA CAFE, AMPWALK , Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Memang seronok menjamu selera disini dengan suasana nya yang santai, tempat pula cantek dan tak sibuk macam restoran2 lain yang orang ramai berkunjung tak putus putus. Lebih menyeronokkan bila meja meja makan nya dihias cantek macam didalam gambar dibawah ni.
Mana tidak nya kalau setakat nak meraikan hari lahir orang tersayang , meja yang dihidangkan makanan yang sedap sedap dan dan dihias cantek macam ni mesti ramai yang suka kan nya kan... siap dengan kelopak kelopak bunga rose segar dan juga kuntuman kuntuman bunga rose mesti kita pun tak nak lepaskan peluang. Paling best makanan makanan nya juga bercitarasa kampung antara nya yang selalu Kak Intan order ialah Laksa Johor, Mee Kari, Char Kuew Teow, cucur udang untuk minum petang desert nya pula Puding Sagu gula Melaka dan bermacam macam lagi.
Selalu nya order paling peberet Kak Intan order epal asam boi atau pun sirap bandung selasih yang tak ada diBandung he..he...
Kalau setakat nak makan berdua dalam keadaan romantik romantik macam ni kata pengurus nya bila bila masa pun bolih.... cuma katanya kena bagitahu awal sebab senang diorang buat persiapan . Charge yang dikenakan pun tak la semahal mana, berbanding kalau kita makan dihotel hotel hotel yang ada bintang bintang tu...he...he...
Ni kami posing sana posing sini sambil sambil menunggu makanan sampai petang tu, antara yang kami order, Mee Bandung, Mee Kari, Kuew Teow Bandung, Ubi rebus cicah sambal Tumis, Sotong Kangkung air nya pula, Sirap selasih, epal asam boi dan juga teh ais.. ok sapa sapa nak cuba bolih la juga pergi kesana. memang best , Kak Intan berani rekomen..he..he.. ok Wassalam..jumpa lagi.
MENCARI POKOK POKOK BUNGA DISEPANJANG JALAN KOTA DAMANSARA.
Kalau tak percaya tengok saja gambar gambar ni kan, terutama pokok pokok yang berbunga kecil kecil macam ni...
Apa pun mata Kak Intan lebih tertumpa pada pokok pokok petunia macam ni.
Juga pada pokok pokok lavender versi Malaysia macam ni he...he.... dan akhir nya apa yang Kak Intan rembat ada lah pokok ivy macam ni... tak tahu lah berapa lama bolih bertahan, sebab pokok ivy ni perlukan tempat yang tak berapa panas untuk digantung, harap2 ianya bertahan lama, Kak Intan cuma letak didalam rumah dahulu... mana tahu nanti bertambah subur kan.
Yang sepasu lagi Kak Intan gantung diluar rumah... satu lagi pokok yang selalu kak Intan beli ialah pokok fern (paku pakis) pokok pokok fern ni pada Kak Intan senang nak menjaga nya... tak payah nak dibelai selalu janji disiram selalu. Ok lahhhh, dah panjang cerita pasal pokok pokok ni kan...
Kak Intan berhenti disini dulu, nak sambung kerja kerja didapor sekejap, nanti kita sambung lagi, wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)








.jpg)




