22 Januari 2009

MENJADI "BABY SITTER" UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN.

Nurafikah & Nurnazirah adalah anak2 yang terawal Kak Intan jage, bermula hujung tahun 80-an hinggalah sekarang

Assalamualaikum........dah 2..3..hari Kakintan tak mengupdate kan ruangan ini. Rasanya hari ni Kakintan ada sedikit masa untuk menambah lagi catatan disini. Sebenarnya Kakintan nak cerita sikit tentang anak yang Kakintan asuh dan jaga selama ini....dah hampir 20 tahun Kakintan menambah pendapatan keluarga dengan menjadi baby sitter. Kakintan menjaga anak2 ini selepas Kakintan berhenti kerja sekitar tahun 80an lagi. Masa tu jiran Kakintan bekerja satu pejabat dengan suami , dialah yang jadi pembuka jalan untuk Kakintan menjadi seorang pengasuh kanak2 dirumah...sekarang anak2nya (kesemuanya ada 5 orang) semuanya sudah besar2 belaka. Sesekali ada juga diorang ni datang kerumah Kakintan.....pada Kakintan diorang ni dah macam anak2 sendiri...walaupun kadang2 nampak malu2 dengan Kakintan dan anak2...maklumlah mereka semuanya sudah menjadi anak2 dara kesemuanya...sedangkan anak Kakintan kesemuanya lelaki...
oh ya...lupa pulak Kakintan sekarang ni kami tidak lagi berjiran, kerana mereka telah pun berpindah kerumah sendiri di Taman Melawati....masa berjiran dulu diorang dudok menyewa kat situ dan buat masa sekarang Kakintan tidak lagi mengasuh mereka ni sebab diorang dah pandai menguruskan diri sendiri begitu juga dengan adik2 mereka yang 3 orang tu kerana semuanya sudah bersekolah....dan besar2 belaka....paling kecil adik berusia 9 tahun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...