Salam semua nya ya selamat pagi dihari Isnin diminggu yang seterusnya ini. Ermmmm..dalam dua tiga hari ni sibuk yang entah hapa hapa...N3 pun sempat letak gambar je dulu lepas tu tinggalkan dulu diam diam ....hari ni baru dapat edit semula untuk dipublishkan. Itu pun kisah seminggu yang dah berlalu..he..he... tak apa lah kan....
Pada hari Ahad diminggu yang lepas Kakintan bertiga beranak menghabiskan masa diPantai Teluk Kemang Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Kebetulan pakej ni pemberian dari anak sulong Kakintan...alhamdulillah sekembali dari Melaka kami terus singgah kesana, seronok juga sesekali ambil angin laut ni..
Kami sampai di Port Dickson lebih kurang jam 2.30 petang dan terus mendaftar di penginapan kami diHotel Ancasa. Seronok dapat menginap disini sebab ianya mengadap laut dengan pemandangan yang cantek.
Sampai disitu kami kami meluangkan masa mengadap tv, kebetulan petang tu ada perlawanan badminton antara Malaysia dan Indonesia (kalau tak silap Kakintan la...he...he..kalau salah minta maaf ya)..sebab Kakintan tak fokus sangat petang tu kat tv, yang betul betul fokus Hubby dan Ezzat sahaja. Kakintan sampai situ,punggah barang apa yang sepatutnya, lepas tu terus je bummmmmmmmm berehat tidur tidur ayam.
Bila dah agak petang sikit baru kami turun kebawah tu berjalan jalan disekeliling kawasan hotel tersebut. Macam macam kemudahan yang ada seperti berkuda, berbasikal,gym, karaoke, spa dan sauna, kolam renang, gelanggang aktiviti untuk bersukan pun ada sekiranya kita datang dengan ahli keluarga yang ramai...memang enjoy rasanya. Apa yang perlu cuma sediakan wang sahaja.
Sibujang yang sorang ni ambil kesempatan berendam dalam swimming pool sahaja, nak kelaut waktu dah dekat sangat senja... dah tak sesuai kalau nak berendam dilaut pun.
Suasana ini diambil ketika matahari mula terbenam dari tingkat 6 hotel yang kami duduki, rasa syahdu nya waktu ni...
Inilah sebahagian dari pemandangan bahagian hadapan Ancasa Hotel yang diambil pada keesokkan harinya. Suasana memang nyaman dan tenang sangat, jauh dari segala kesibukkan kota seperti diKuala Lumpur. Kalau diikut kan rasa nya mahu tinggal lebih dari masa yang diperuntukkan buat kami disitu. He..he.. apakan daya kami perlu pulang semula keKuala Lumpur seperti biasa meneruskan rutin hidup sehari sehari... apa apa pun sekiranya masa mengizinkan kami pasti akan kemari lagi satu masa nanti... salam dan bye.. bye...
salam kak intan..sememangnya seronok dpt bercuti di PD nie..sekali2 nak hilangkan hiruk pikuk kota..release tension. Cuti-cuti Malaysia.
BalasPadamKalau bukan cuti sekolah memang best ada privacy sikit kalau tak crowded memanjang..
Salam En Shariff betul tu...time Kakintan pergi PD tu mmg ada privacy sbb belum cuti sekolahhhh..terima kasih En Shariff sudi singgah sini...
BalasPadam