Salam dan selamat bertemu kembali... dah 2 hari Kakintan menyepikan diri seketika. Ada peristiwa menyedihkan yang Kakintan terpaksa terima dan lalui dalam tempoh tersebut, mana tidaknya ibu tersayang kembali kerahmatullah pada hari Selasa 29/06/2001 pada jam 11.05 minit malam. Ibu meninggal kerana sakit tua. Pagi nya tu...lebih kurang jam 11 lebih Kakintan terima mesej dari adik diPort Dickson mengatakan ibu dimasukkan keward kecemasan Hospital Teluk Intan, dan dia juga dalam perjalanan pulang kekampong untuk menziarahi ibu. Dikampong ibu diuruskan olih 2 orang lagi abang Kakintan dan juga 2 orang kakak serta 2 orang menantunya... Nak kata ibu sakit teruk tak juga... selesai uruskan arwah diward kecemasan, arwah dan nampak sehat sikit sebab dia sakit perut, doktor pun mengatakan arwah tak ada sakit apa apa... kencing manis, darah tinggi semuanya ok tak ada apa apa masaalah. Arwah kemudianya dibenarkan pulang kerumah.Dirumah .... arwah makan macam biasa, tapi tak lah macam sebelum sebelum ni, makan sekadar mengisi perut sahaja begitu juga minum. Waktu solat pun dia solat macam biasa. Tapi malam tu abang/adik/kakak kata ada nampak perubahan pada wajah nya. Mereka sms Kakintan lagi mengatakan ibu tambah teruk, tapi waktu sms tu Kakintan terima Kakintan memang dah bersedia nak melangkahkan kaki memasuki kereta untuk pulang kekampong bersama2 semua isi keluarga. Sms terakhir Kakintan terima lagi..kali ni adik Kakintan yang bongsu kata...Mak dah tak ada...ya Allah tak tahu macam mana rasanya Kakintan waktu itu, ikutkan hati mau rasanya terjelepok atas batu batu dikawasan parking kereta depan rumah Kakintan. Dunia juga jadi kosong sekosong nya....Kakintan balik bersama sama dengan keluarga adik Kakintan yang tinggal diSelayang Baru malam tu...alhamdulillah perjalanan kami selamat dan lancar...jam 3 pagi kami selamat sampai dirumah emak.
Kali terakhir ku lihat wajah nya.... alhamdulillah emak pergi dengan tenang sekali kata adik beradik Kakintan ... masa saat terakhir Kakintan lihat wajah arwah muka nya berseri seri dan manis sekali...
Antara yang menatap wajah arwah buat kali terakhir ialah anak anak arwah seramai 9 orang, 4 lelaki dan 5 perempuan , 5 orang menantunya,22 orang cucu serta 16 orang cicit. Emak meninggal diusia 78 tahun. Semoga roh emak ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman... ALFATIHAH...
*KEPADA SEMUA KAWAN KAWAN YANG MENGIRIMKAN UCAPAN TAKZIAH DISINI DAN JUGA DIRUANGAN FB KAKINTAN SEKELUARGA MENGUCAPKAN RIBUAN SERTA JUTAAN TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA. INGATAN DARI ANDA SEMUA TAK KAN KAKINTAN SEKELUARGA LUPAKAN. BEGITU JUGA KEPADA HAM.... YANG TELAH MEMBERIKAN INFO TERSEBUT PADA KAWAN2 YG LAIN. TERIMA KASIH BANYAK SEKALI LAGI....*Salam dan bye...bye semua...














































