Salam dan selamat pagi semua. Nampak cerah pepagi ni disulami hujan sekejap tadi tak apa lah kan sejuk sikit kalau hujan pepagi macam ni. N3 Kak Intan kali ni tentang aktiviti pada hujung minggu lepas. Kakintan bersama dengan 2 orang anak dan juga Ham berkunjung kemajlis perkahwinan anak lelaki sulong Puan Mimieloma diBandar Baru Salak Tinggi Sepang. Sambil menyelam minum air ... kata peribahasa mana tak nya sebab masa kesana kami juga ditemukan dengan beberapa orang blogger lagi... antara IRIS IXORA yang juga seorang penulis novel, Mamakiter ( adik ipar kepada Mimieloma), Azian Daud dan juga Sharifah Norhodza. Dalam gambar ni yang berbaju putih ialah Iris Ixora baru je lepas habis menjamu selera sedangkan Kakintan dan Ham sudah nak berangkat pulang.
Inilah pasangan pengantin tersebut iaitu Aizat dan Nina, sama cantek sama padan.
Pasangan pengantin bersama kedua ibu bapa mereka Mimieloma dan juga suami.
Mamakiter melayan kami makan.
Sedap makanan yang disediakan termasuk desert dan juga kuih muih.
Yang duduk bersebelahan Kakintan tu ialah Azian Daud dari Puchong . Azian datang bersama sama dengan suami nya.
Ok lah layan dulu gambar gambar ni ya...Kakintan kena out dulu sebelum tu salam dan bye bye....
Semoga persahabatan selepas pertemuan itu akan lebih mesra dan berpanjangan hendaknya. :)
BalasPadamIngin langsing? silalah melawat blog sy
BalasPadamSalam Kakcik...insyaallahhh Kakcik apa khabar?.
BalasPadamSalam Kamarul insyaallah Kakintan datang ...bolih ke akak ni lansing lagi?...he..he,..
BalasPadam