23 Jun 2010

SEMPENA HARI BAPA AHAD LEPAS..20 JUN

Salam dan selamat bertemu kembali diblog Kakintan ini.... he..he...gelihati pun ada bila teringat macam mana bolih terlupa dengan entry kali ini... mungkin dua tiga hari yang lepas mood "malas" menguasai diri Kakintan agaknya. SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa bapa... tanpa mu kami semua tak kan lahir didunia... terima kasih atas segalanya. Hanya itu yang dapat Kakintan katakan....Kakintan sebenarnya ada 3 orang bapa tapi semuanya telah kembali kerahmatullah iaitu bapa kandung, bapa angkat dan bapa mertua. Bapa mertua Kakintan pernah temui dan melihat sama sekali kerana sewaktu Kakintan bernikah lagi bapa mertua dah lama meninggal... ALFATIHAH buat mereka semua ...semoga roh roh mereka bersama sama dengan orang orang yang beriman...aminnn
Untuk itu sempena hari BAPA , Ahad lepas Kakintan dan anak anak meraikan BAPA mereka. Bukan nya meraikan secara besar besaran tapi menghabiskan masa bersama disekitar Kuala Lumpur. Bermula pada sebelah tengah hari kami sekeluarga ke PAVILION KL... hari tu Kakintan tutup "office" Kakintan (dapor)...jadi kami makan je diluar.
DiPavilion kami shopping untuk siBAPA he...he... sesekali koyak juga lah kan poket Along...tak apa setahun sekali...kalau setahun 3 -4 kali errrrmmm... tak dapek la....lepas tu kami makan makan...makan cuma KFC je sebab pagi tu breakfast pun dah makan roti canai telor. Agak kenyang lagi perut. Lepas makan terus je keGSC.... huhhhh... pertama kali Kakintan dan En Hubby tengok wayang disini memang hebat lah .....
Petang tu kami menonton THE KARATE KID ... lakonan Jackie Chan dan juga Jaden Smith...memang best cerita tu...banyak juga unsur unsur lawak sesekali ada juga yang menyedihkan. Sesekali terbahak bahak juga kami ketawa.
Kakintan suka betul tengok karektor Jaden Smith ni ...perangai nya serta rupanya lebih kurang papa dia juga Will Smith...memang secocok digandingkan dengan Jackie Chan... o.k lahh habis je tengok wayang kami keluar dan terus pergi ke Bamboo Village menjamu selera diISTANA BAMBOO. Makanan pilihan ala Thai...adusssss sedap juga tapi harga nya bolih la tahan.. Apa apa pun terima kasih pada anak anak kami yang menghargai dan sanggup meluangkan masa merayakan HARI BAPA kali ini... sebenarnya kami tidak mengharapkan nya selalu... cukuplah ingatan dari anak anak dan kami rasa ianya amat dihargai. Kami sebagai ibu bapa menerima seadanya dari anak anak.


Istana Bamboo yang terletak di Jalan MRR2..tak jauh dari Restoren Intai Intai...he..he...tolong promosi pulaknya kan...tak salah rasanya kan. Malam tu penoh dengan tetamu rata-rata kesemuanya membawa ibu bapa masing masing. Ok lah sekian dulu catatan Kakintan hari ini. Salam dan bye...bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...