Salam semua dan selamat berhujung minggu...tak kemana mana ke cuti cuti sekolah ni?... N3 kali ni kes Kakintan nak memperbaharui Pasport tempoh hari di pejabat Imigresen Wangsa Maju. Nasib baik lah pejabat nya tak jauh dari rumah kalau tak jenuh juga nak ulang alik dengan ramainya orang yang datang dimusim musim cuti sekolah ni...
Hari pertama Kakintan pergi jam 10 pagi, ingatkan time cuti cuti macam ni tak ada yang pergi...rupa rupanya... masyaallah ramai nya manusia...huhhhh nak buat macam mana dah salah sendiri...sepatutnya awal pagi lagi Kakintan dah sampai situ kan...sebab bukan nya jauh sangat. Tak apa lahhh...dokumen pun dah submit kat kaunter No.1...dapat lah nombor giliran 1275...
Tengok la ni sebahagian dari yang menunggu giliran, memang ramai yang dah bosan... masa ni juga Kakintan masih tercegat berdiri, tak dapat duduk. Rasa macam nak putus dah kaki menahan lenguh he..he..dah dekat kul 12 tengahari gitu ada lah sorang Aci tu bangun, baru dapat duduk..legaaaa.. rasanya.
Dah jam 2 petang nama Kakintan baru dipanggil... ingatkan bolih settle hari yang sama check balik pasport yang lama rupa2rupanya nombor yang lama tu dah digunakan orang lain (tertera nama sorang lelaki China) diskrin computer tu, huhhhh apa pulak kes nya ni... ni mesti ada kes sendiket pemalsuan pasport nampaknya nihh....kata sipegawai yang bertugas waktu itu pasport Kakintan tak bolih disiapkan pada hari tersebut. Kakintan kena tunggu tarikh sehingga diberitahu kelak, sebab kakitangan mereka kena menghubungi kembali pihak headquaters untuk menyemak semula pasport lama Kakintan dan juga identiti orang yang telah menggunakan nombor pasport lama Kakintan. Aduhaiiiii... maka balik lah Kakintan kerumah dengan segala dokumen dokumen yang telah di serahkan tadi. Kata pegawai tersebut dia akan menghubungi Kakintan dalam tempoh seminggu..Isshhhh lama nya seminggu tu... tak apa lah saborrrr je la.....
Ingatkan betul le seminggu tempohnya, rupanya selepas 2 hari dia menghubungi Kakintan semula. Katanya segala kesulitan telah pun dapat diselesaikan. Alhamdulillah...esoknya Kakintan pepagi lagi kePejabat Imigresen Wangsa Maju, ofis belum buka lagi dah ramai yang beratur menunggu giliran, risau juga jam berapa lah baru giliran Kakintan, tapi kali ini Kakintan terus je ke kaunter yang masa mula mula Kakintan datang tu, tak ambil nombor giliran pun, tapi proses nya ambil masa dalam 2 jam juga lah...apa apa hal pun pasport Kakintan dah selamat diperbaharui...aminnn
yahoo... bleh g singapore lepas nih......
BalasPadam