Salam ....N3 Kakintan kali ini ialah Mee Bandung Muar, resepinya Kakintan ambil dari sini http://www.sioloon.com/resepi-diet-f91/mee-bandung-peranakan-muar-t11041.htm, memang sedap rasanya, tapi ada juga Kakintan tokok tambah sikit sikit bahan yang lain iaitu sayur sayurnya tu....
O.k nak resepinya Kakintan copy/paste je la ya.... jap tengok ni...
Bahan bahan nya
1 paket mi dicelur
200 gm daging/ayam
1/2 kg udang besar
200 gm udang kering
3 camca besar cili mesin/serbuk
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 biji kelapa ( diperah dan diambil santannya)
5 cm halia
Carrot dipotong memanjang halus 2
Sedikit kobis juga dipotong halus
Telor
Daun sup dan daun bawang sebagai hiasan
Sedikit chili sos- yang ini Kakintan tambah
Bawang goreng.
100 gram kacang tanah yang telah dihancurkan.
10 keping bskut Marie yg telah dihancurkan.
Garam
Gula
Sedikit minyak untuk menumis.
Daun sup/daun bawang untuk ditabor
Bawang goreng
Limau Kasturi
Caranya:-
Blender bawang putih , bawang merah, udang kering. Masokkan sedikit minyak kedalam periuk, Panaskan sekejap, tumiskan bahan bahan yang telah diblender tadi hingga naik bau nya. Masokkan cili kering yg siap diblender masak lagi sehingga naik minyak. Masokkan sedikit santan dan juga air kemudian masokkah ayam yang telah dipotong halus serta udang yang telah dibersihkan. Masukkan biskut Marie serta kacang tanah yang telah dihancurkan tadi.Masukkan sayur sayuran yang telah dipotong2 dan dibersihkan . Akhir sekali tambahkan garam. gula serta sedikit sos chili ikut citarasa masing masing. Masak lagi hingga betul betul sebati dan secukup rasa garam dan gulanya.
Mee decelur sekejap.
Telor tadi bolih juga dimasakkan terus didalam kuah mee bandung atau ada juga menggoreng buat telor mata. Semasa menghidang nya bolihlah masukkan mee kedalam mangkuk, berserta telor, daun sup yg telah dimayang halus, belahan limau kasturi serta taburan bawang goreng dan juga kuah mee bandung tadi...Ok siap untuk dihidangkan....
Selamat mencuba, salam dan bye..bye...
sedapnya mee bandung muarrr!!!! masa time outing dok asrama dulu, mesti pekena mee bandung muar sebelum balik.syokk!!!
BalasPadam