08 Jun 2010

INA KL, HAM, GEE...DATANG BERTANDANG...

Salam dan selamat pagi...bersua lagi kita disini.... N3 kali ini tentang kunjungan teman teman blogger dan juga facebook. Terima kasih pada mereka bertiga kerana sudi meluangkan masa berkunjung kerumah merpati Kakintan terutama pada Fauziah Bajrai (Gee) yang pertama kali datang kesini. He..he.. kesian terpaksa mendaki tangga setinggi 4 tingkat ya Gee sebab kat sini tak ada lif.
Gee datang bersama sama Ham (merangkap pilot) he..he....jangan marah ya Ham kita gurau gurau aje. Gee datang dari Batu Pahat menziarahi adik beradik nya yang tinggal tak jauh dari rumah Ham diCheras. Sebelum ni pun Kakintan telah berjumpa dengan Gee dan Ham diSANTAI Tasik Permaisuri- ingat lagi kan? dalam N3 yang lepas Kakintan dah ceritakan pun. Tak lama selepas Ham dan Gee sampai Ina KL (Haslina Harun) pun sampai siap dengan buah tangan nya sekali. Masa diorang sampai memang masa untuk makan tengah hari jadi Kakintan pun hidangkan lah mereka dengan nasi serta lauk lauk masakkan kampong Kakintan tu...macam biasa biasa saje, nothing special he...he....
Antara lauk pauk nya ikan tenggiri masak kari campor kacang bendi, sambal belacan buah mangga ulam timun, ikan selar goring, kerabu mangga dan juga sayur rebus asam pedas keladi.
Masa mula mula diorang sampai Kakintan hidangkan dengan Murtabak Mengkasar yang Kakintan beli tak jauh dari rumah.
Ini lah desert yang Ina KL bawa , puding marble...uwahhhh memang sedap..lain kali bolih buat buah tangan lagi ni Ina....Ok lah sampai disini dulu ya. Nanti kita sambung cerita yang lain pula. salam dan bye..bye....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...