27 Julai 2010

AYAM MASAK KARI MAMAK...

Salam....dah masak ke?...apa menu hari ni agaknya... dua tiga hari yg lepas Kakintan buat masakkan kari mamak tanpa santan. Dah selalu sangat bersantan jemu pula... kali ayam tu Kakintan goring sekejap lepas tu Kakintan buat pulak masak kari, tapi masakkan nya agak pekat sikit la sebab ta bersantan kan.
Bahan bahan nya:-

1 ekor ayam
5 biji bawang putih
3 biji bawang sederhana besar
sedikit halia - kesemuanya dikisar
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga- kesemuanya untuk ditumis
sedikit daun kari
2 helai daun pandan
air asam jawa
garam gula
cili kering yg dah diblender
rempah kari daging
Sedikit oyster sos dan juga sedikit cili sos
Minyak untuk menumis
Cara caranya:-

Ayam yg telah dipotong2 dan dibersihkan dilumur dengan garam dan kunyit.Goreng jangan sampai garing. Tumiskan didalam periuk bahan bahan penumis tadi,... biar naik baunya masukkan daun kari serta bahan bahan yang telah diblender tadi, masukkan cili kering siap blender juga. Tumiskan ssehingga bahan bahan tadi naik minyak masukkan rempah kari yg telah siap di gaulkan dengan sedikit jus asam jawa...biarkan sehingga naik minyak dan garing barulah masukkan ayam yg siap digoreng tadi. Masukkan juga daun pandan garam, sedikit gula. Kakintan juga masukkan sedikit oyster sos dan juga sedikit cili sos. Rasalah ikut citarasa masing masing. Masakkan sehingga naik minyak dan betul2 pekat barulah diangkat untuk dihidangkan.
Selamat mencuba... salam dan bye...bye...

2 ulasan:

  1. salam kenal...
    wah..blog ni pun byk resepi ek..
    byk gak brg cantik2...
    sya folo akak ek...?

    BalasPadam
  2. Ellerinize,emeğinize sağlık.

    Saygılar.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...