26 Julai 2010

MAJLIS TAHLIL DAN ARWAH..

Salam dan selamat petang,.. tak lama lagi kita semua akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah sekiranya dipanjangkan umur kita sama sama akan berpuasa sebulan. Maka diwaktu waktu sekarang ini ramai pula yang mengadakan kenduri untuk menyambut bulan Ramadhan dan juga ada yang membuat kenduri tahlil arwah. Tak terlepas juga keluarga sebelah Hubby saban tahun berbuat demikian. Semalam hari Ahad 25hb July 2010 berlansungnya majlis tersebut dikediaman arwah mertua diKampong Chubadak Sentul Pasar, Kuala Lumpur.
Ramai saudara mara dan juga kaum keluarga yang hadir dimajlis tersebut. Alhamdulillah cuaca pun bagus masa tu. Jadi majlis pun berjalan lancar. Antara menu yang disediakan ialah gulai jering masak lemak cili padi dicampor ikan bilis, masakkan ni memang menjadi tumpuan setiap mereka yang menggemarkan nya dan inilah antara menu yang cepat habis. Alhamdulillah...lain lain menu ialah...
Sambal tumis sotong
Ayam goreng berempah
Daging masak hitam
Ulam ulaman dan sambal belacan
Desertnya buah limau sunkist
Ada juga desert lain yang dihidang kan seperti bubur kacang yang dicamporkan dengan buah durian, kuih bakar, kuih 2 basah yang lain beserta dengan minuman dari air sirap....Ok layan dulu gambar gambar sekitar majlis tahlil arwah semalam ya. Salam dan bye bye...


2 ulasan:

  1. salam kak intan,
    wah.. saya memang dah lama sangat tak makan jering kak. dulu2 abah saya pernah jg buat jering rebus. haha. nak makan gitu tak reti sgt. kalu masak lemak gini bagus juga kan?

    BalasPadam
  2. Salam Nurindah....Kakintan bolih masak je..makan tak pandai he..he..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...