20 Julai 2010

AYAM MASAK KICAP...

Salam semuanya...terima kasih kerana masih sudi berkunjung kesini lagi. Entry kali ini adalah antara masakkan yang paling anak anak gemari dirumah Kakintan... iaitu ayam masak kicap.
Setiap kali balik kampong ini lah masakkan special request dari anak anak kepada arwah nenek nya. Ayam masak kicap arwah emak Kakintan memang terlalu sedap pada selera mereka. Tak tahu kenapa. Kini semenjak arwah emak tiada Kakintan mencuba resepi ayam masak kicap yang selalu emak buat...tetapi anak anak kata masih tak sama dengan yang neneknya masak...
Bahan bahan nya:-
1 ekor ayam
1 batang kulit kayu manis
Bunga cengkih
bunga lawang
sedikit halia
beberapa biji bawang kecil
jintan kasar
jintan halus
3 ulas bawang putih
sedikit lada hitam- bahan bahan rempah ini dibasuh dan ditoskan kemudian
diblender kesemuanya sekali sehingga halus. Camporkan dengan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan dahulu. Masokkan juga kicap dan juga sedikit gula halus. Perapkan ayam ini dalam 1 jam

Untuk bahan menumis:-
Bawang merah dimayang
Bawang putih dimayang
kulit kayu manis,
Cengkih
Halia dimayang.

Caranya:-
Panaskan sedikit minyak dalam kuali..Tumiskan bahan bahan penumis tadi...biarkan sehingga naik baunya dan garing...masukkan ayam yang telah siap digaul dengan bahan yg telah diblender tadi beserta dengan kicap. Masukkan sedikit air separas ayam yang dimasak tersebut. Tutupkan kuali/periuk rapat rapat dan masak sehingga empuk. Kacau dan balik balik kan. Masukkan sedikit air asam jawa dan juga gula serta garam secukup rasa. Angkat bila kuah nya agak pekat.

1 ulasan:

  1. Salam kak Intan...sihat ke?? lama tak datang sini...lama rumah Watie bersawang pun....betul tu Kak..anak2 mesti tak tolak kalau buat ayam masak kicap..agaknya basic recipe to chicken and other cooking kot!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...