22 Julai 2010

CEKODOK IKAN BILIS

Salam.... ada lagi entry pasal makan makan ni...he..he...bila la nak berhenti makan ni ...melainkan sakit tak ada selera makan je yang berhenti gaknya. Bulan puasa pun kita duk makan juga disebelah malam nya. Ok lah layan je la kan tekak ni selagi mau makan dan berselera. Huhhh... ni kisah petang semalam la ni hari pulak sekejap panas sekejap mendung. Anak anak yang Kakintan jaga pun ramai semalam.. cari idea apa nak makan petang petang hari nak jamu diorang
Akhirnya bancuh la tepong dicamporkan sedikit ikan bilis , telor, sedikit garam dan air sejuk dari peti ais untuk membuat cekodok ikan bilis ni. Mesti ada yang tertanya tanya kenapa ambil air sejuk dar peti ais...sebenarnya Kakintan pun dapat petua dari seorang kawan yang bekerja di sebuah hotel terkemuka diKL...katanya kalau nak dapatkan cekodok yang lembut dan sedap gunakan air sejuk daripada peti ais....maka itu Kakintan pun mencubanya lah...memang betul...lembut dan tidak liat bila sejuk. He..he...ok lah ya...salam dan bye bye. Jumpa lagi dilain entry.

4 ulasan:

  1. salam k.intan..wow cedap tuh...'meh sepinggan..hihihihih

    BalasPadam
  2. salam kak intan..best petuanya..nnt nk trylah..yg lagi satu petua tu guna air pns tuk garingkan.. :)

    BalasPadam
  3. salam intan..kakrose ambik petua ni ye..:)

    BalasPadam
  4. meleleh air liur tengok macam-macam makanan ada.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...