Salam dan selamat malam... dah dinner ke ? atau juga ada yang baru lepas berbuka puasa. Alhamdulillah diberikan Allah rezeki lagi. Entry kali ini ialah menu yang Kakintan masak beberapa hari yang lepas... dah tak tahu nak masak apa Hubby kepasar beli ayam... itu lah pun bahan utama yang selalu ada didalam peti ais Kakintan tu
Fikir punya fikir dah tak tau nak masak apa..jadi Kakintan pun ambil keputusan buat masak rendang sahaja. Kebetulan pula hari tu hari Selasa , Hubby buat puasa sunat . Rasanya kalau masak rendang ayam dah ramai yang tahu bahan bahan nya dan cara memasak nya. Jadi tak payah la Kakintan letak resepi nya disini lagi kan...ok lah layan je la ulu rendang ayam Kakintan ni...salam dan bye...bye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan