04 Julai 2010

MENJAMU SELERA DICOSY PLACE....

Salam dan selamat tengahari semua...dah lunch ke?..apa lah agaknya hidangan tengahari ni?...N3 kali ni cerita pasal makan makan kat luar je di hujung hari minggu semalam. Macam biasalah kalau hujung2 minggu dapor jarang2 berasap nya. Petang semalam lepas sahaja bertemu dengan kawan kawan zaman sekolah dulu perut terasa lapar la pula...jadi Kakintan bagi cadangan kat En.Hubby nak makan disebuah restoren yang tak lah jauh dari rumah Kakintan tu iaitu Restoren Cosy Place.
Dah lama sebenarnya nak menjamu selera disini ...tapi tak sampai sampai...barulah petang semalam tertunai hajat dihati (bak kata Ina KL).... yang seronok sangat nak pergi tu bukan nya apa... sebab hiasan dalaman nya tu berkonsepkan English...
Huhhh...dah makan separuh jalan makan baru teringat nak ambil gambar yang ni order yee mee
Minuman hot choklat dan juga tea ais....
Yang ni cili jeruk dengan cili api kicap untuk makan dengan mee atau pun char kuey teow...
Kakintan order nasi putih bersama ayam sweet & sour, En. Hubby pula Kuey Teow apa entah...tapi memang sedaplah....

Ezzat...macam biasa lah dia chicken chop dengan nasi putih...
Along pula nasi putih dengan sambal tumis udang
Inilah dia kuew teow yang En. Hubby order tu.... rasa macam tak cukup je makan

Yang ini pula ayam sweet & sour yang dimakan bersama nasi putih... tak pedas pun... kalau nak pedas makan je cili api yg dah siap dipotong tu bersama kicap...huhhhh....memang best.. Ok lah.... layan dulu lah ya apa yang kami makan semalam...
Salam dan bye...bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...