01 Ogos 2010

CUBA CUBA MEMULAKAN SEMULA HOBBY LAMA ....

Salam semua.... ermmm hari ni Kakintan nak berkongsi cerita tentang apa yang Kakintan cuba lakukan semula dalam dua tiga hari ni... satu masa dulu iaya memang menjadi hobby Kakintan siang dan malam membuatnya, seronok tanpa rasa jemu... ini lah dia nya kait mengait benang ni. Dalam tahun 9oan dulu ianya juga menjadi salah satu cara untuk mencari duit poket sendiri. Banyak juga tempahan yang Kakintan terima dari jiran jiran berdekatan rumah. Masa tu pun mata tak lah rabun macam sekarang lagi, siap beli buku yang berbahasa Jepun , walau pun tak faham dan tak reti baca dalam bahasa tersebut, tapi alhamdulillah setiap langkah motif2 bunga tersebut dapat Kakintan ikuti dengan baik.
Sekarang ni buku buku tersebut entah kemana pergi nya ada yang meminjam, tapi sampai sekarang tak dipulangkan pada Kakintan. Tak apa lah Kakintan halalkan je tu semua, barang yang lepas jangan dikenang sudah menjadi hak orang lain , kalau Kakintan simpan pun Kakintan pun dah tak berapa aktiv dengan kerja kerja ni, nak turun ke anak2 semuanya anak Kakintan ni lelaki, biarkan je la. Insyaallah kalau dia tengok buku nanti mesti dia akan ingat pada Kakintan. Sekurang kurang nya ilmu tu nanti tak kan berhenti begitu sahaja, akan ada penyambung seterusnya, insyaallah.
Baru sebesar ini yang Kakintan dapat, maklumlah bila mata dah rabun kerja kerja ni lambat la sikit nak disiapkan. Itu pun kalau ada masa masa terluang baru Kakintan dapat sambungkan. Tengok kawan kawan yang lain membuat crochet ni rasa bersemangat betul he..he...takut semangat hangat hangat t... ayam je..kih..kih... betul tak?... ok lah sekian dulu buat kali ini...nanti Kakintan sambung lagi dilain masa ... salam dan bye bye...

2 ulasan:

  1. klau saya buat main sambung2 ni...mula2 cadang nak wat yg beso cam alas meja mkn...tapi last2nye jadi alas meja kecik je...
    la ni dah stop wat keje2 ni...coz heboh wat bling2

    BalasPadam
  2. dulu kak rose pun rajin wat ni... kalau bos x de cepat2 kuor benda ni... macam ketagih pulak/// tp sekarang ni nampak pun buat bodo jer... mana tau hobi intan ni jadi inspirasi balik kan....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...