01 Ogos 2010

MENU TENGAHARI INI...

Salam semua geng blogger, dan selamat tengah hari, dah makan ke? Apa agak nya lauk tengah hari kali ini? Kakintan dah tak tahu nak masak apa pagi ni, apa yang ada dalam fridge itu lah yang Kakintan masak dulu. Sepatutnya bahan bahan ni Kakintan masak semalam, memandangkan pepagi semalam Kakintan dah masak nasi lemak, jadi tak payah lah Kakintan masak lagi pada sebelah tengah hari semalam. Jadi lauk lauk tu semua KIV untuk hari ini pula. Semalam teringin sangat nak masak taugeh kasar ni dengan ikan kembung, buat masak asam rebus dicamporkan tempoyak, tapi sebab malas nak kepasar berdekatan mencari ikan kembung jadi Kakintan tumiskan sahaja dengan tauhu dan juga fish ball habis cerita kan. Tapi bila dah masak macam ni mesti ada sambal belacan baru best....
Selalunya telor itek ni Kakintan buat masak lemak cili api yang dicamporkan dengan belimbing buloh... huuuu...huuuuu...memang sedap. Lagi pun itu kegemaran En Hubby, dek kerana dia tak ada (outstation) Kakintan ubah buat masak kari, dah lama juga teringin nak makan telor itek masak kari ni. Uiiiishhh ...rasa tak sabar dah nak makan nasi sebab pagi ni Kakintan tak ambil breakfast
Ok lah ini sahaja menu Kakintan untuk tengah hari ni, esok tak tahu apa lagi nak masak. Kadang kadang buntu juga jadi isteri yg tak bekerja ni memikirkan apa menu yang nak dimasak setiap hari. Last last pi mai pi mai tang tu jugak..ha...ha.... layan dulu gambar2 menu Kakintan ni ya...salam dan bye..bye...

3 ulasan:

  1. Nyum nyum .. nampak best la pulak lauk kak intan ni.... :)

    BalasPadam
  2. jiya duk sjung baru reti makan telur itek masak lemak.. muehehehehhehe! sedap gak! makan ngan ikan masin.. uwaaa.. nangissss

    BalasPadam
  3. sedap3....menyelerakan...sekali2 bergilir ngan masak air ok jugak...try buat mee rebus pecahkan telor itik,jgn hancur..pastu jgn lama(biar mcm masak half) mesti best..toki saya selalu mintak saya buat utk dia dolu2...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...