28 Februari 2011

NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH.

Assalamualaikum,
Jumpa lagi dientry kedua Kak Intan petang ini. Bukan nya apa ni mood rajin dah datang he..he... kena layan betul betul, kalau mood malas yg datang aduhaiiii.....sabar je lahhh...Kak Intan kena stop sekejap kat sini ya...petir dentum dentam diluar tu ..nanti kita sambung lagi ye... insyaallahhh..
Ok....nasi tomato dan ayam masak merah ni Kak Intan buat untuk menu seisi keluarga. Dah tak tahu apa nak masak dihari tersebut, jadi fikir punya fikir masak je lah nasi tomato, lagipun stok beras basmathi masih ada sedikit sahaja lagi, sebelum didatangi "penghuni" baik Kak Intan masak cepat cepat.
Resepi ni Kak Intan main belasah sahaja tak ikut mana mana resepi, dulu dulu selalu juga tengok arwah emak masak nasi ni jadi ikut sahaja apa yang arwah ni buat dulu...

Bahan bahan:-
Beras basmathi 3 pot (guna pot susu)
bawang merah- dimayang halus
bawang putih- dimayang halus
halia-dimayang halus
Kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
1/2 cawan susu cair
1/2 tin tomato puree
sedikit garam
3 pot susu air
Daun pandan
Minyak sapi untuk menumis ( Kak Intan guna majerin je kali ni)

Cara nya.
Basuh beras bersih2. Toskan terlebih dahulu.
Tumiskan bahan2 rempah sehingga naik baunya didalam minyak sapi yg telah dipanas kan terlebih dahulu didalam periuk, apabila garing masukkan bahan bahan yg dimayang halus tadi, kacau lagi sehingga garing, masukkan air, susu cair, dan juga tomato puree. Masukkan sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpulkan. Apabila sudah menggelegak masukkan pula beras yg telah dibersihkan tadi, gaulkan sebati dan biarkan ianya hingga kering dan masak. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan juga daun sup ikut kesukaan masing masing.

AYAM MASAK MERAH

Bahan bahan:-
Seekor ayam yang telah siap dibersihkan digaul bersama garam dan kunyit. Digoreng separuh masak
sedikit chili sos
bawang merah
bawang putih
chili kering yg siap diblender
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih buah pelaga-ubtuk ditumis
bawang besar dipotong melintang

Cara nya :-
Tumiskan rempah2 penumis tadi sehingga naik baunya, masukkan pula bahan bahan yang diblender, cili kering, bawang putih dan bawang merah, biarkan sehingga garing dan betul2 masak, masukkan pula sedikit cili sos, garam mengikut rasa, sedikit gula dan akhir sekali masukkan ayam yg telah siap digoreng tadi serta potongan bawang besar , gaulkan hingga sebati dan angkat. Ok siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...