22 Disember 2011

DAPAT JUGA BERTEMU AKHIR NYA....


 Assalamualaikum,
Selamat pagi hari Jumaat, apa khabar hari ni, dah sarapan ke? Sambil sambil sarapan jum tengok gambar kat bawah ni he...he.... kenal tak sapa yang sebelah Kak Intan ni. Kalau yang belum kenal dengan dia ni, ini lah Kak Azah seorang isteri , guru, surirumah dan juga penggemar  mengumpul pinggan mangkuk lama yang tegar. Kemana sahaja Kak Azah pergi mesti pinggan mankuk lama yang akan menjadi perhatian Kak Azah ni.



Kak Intan sebenar nya dapat bertemu Kak Azah ni pada minggu lepas, alahai dah lupa hari apa ekkkk?... maklumlah dah nak masuk senja ni cepat aje lupa nya he...he... kami bertemu sebelah malam disebuah hotel tempat Kak Azah dan anak anak nya menginap semasa berada diKuala Lumpur ni. Memang dah lama sangat nak jumpa dengan Kak Azah ni, setiap kali kak Azah balik kekampong halaman nya diKuala Pilah pasti dia akan singgah diKL ni, yalah Kak Azah ni tinggal dan bekerja diSabah sebenar nya, jadi bila sekolah cuti panjang dia pasti akan balik kekampong halaman nya, apa pun pada Kak Azah terima kasih kerana sudi bertemu dengan kak Intan ya, dan terima kasih juga dapat buah tangan dari Kak Azah. Insyaallah kalau ada rezeki kita jumpa lagi satu hari nanti ye Kak, sampai disini dulu Kak Intan mengundurkan diri . Wassalam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...