22 Disember 2011

PERSANDINGAN YANA DAN ZAINAL.



Assalamualaikum, 
Jumpa lagi di Jariintanku pada malam ini, ermmmmm... kisah persandingan Yana dan Zainal kembali lagi, kali ini dibuat diDewan Dr Siti Hasmah , Bangunan PUSPANITA, Kuala Lumpur. Majlis bermula jam 8 malam dengan kehadiran para tetamu yang terdiri dari kawan2 kedua ibu bapa pengantin perempuan, sanak saudara jauh dan dekat juga kehadiran keluarga sebelah pihak pengantin lelaki.

Paling menyeronok kan ibu bapa pengantin perempuan ialah bilamana , kawan kawan yang sama dialam persekolahan turut serta dijemput dimajlis tersebut, ianya juga bagaikan satu majlis REUNION pada malam tu. Ibu dan bapa pengantin berbaju warna choklat didalam majlis pada malam tu...


Antara teman teman dizaman persekolahan mereka yang hadir...


Rata rata kawan kawan mereka dah punya menantu dan bercucu juga...almaklumlah masing masing dah berusia lebih 50han.

Terdapat 3 buah meja yang disediakan khas untuk bekas bekas pelajar SMK Batu, sekolah tempat mereka belajar dulu.

Antara tetamu istimewa malam tu ialah En.M Balakrisnan dan isteri  dari Seberang Prai juga turut hadir .


Majlis persandingan mereka berakhir lebih kurang jam 10.30 malam, hadirin dijamu dengan nasi beriyani dan juga lauk pauk nya serta kuih muih melayu sebagai pencuci mult pada malam tu. Semoga rumah tangga pasangan Yana dan Zainal diberkati Allah dunia dan Akhirat dan semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah...aminnnn,  wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...