24 Disember 2011

RIUH RENDAH DIGERAI NASI AMBENG...


Assalamualaikum ,
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu, sarapan apa pagi ni ekkk? Kak Intan teringat kan pada satu pagi Ahad 25 November yang lepas bila geng mak dara dari ESDG menyerbu kesatu gerai nasi ambeng di Lorong Keramat 20, Datuk Keramat, gamat suasana pagi pagi tu...he...he..., biasalah kan gerai tu maybe biasanya lengang, tapi kalau dah mak2 dara berkumpul faham faham aje lah... Antara yang datang pagi tu Datin Elly, dan Hani Abdul Rahim, diorang berdua ni memang teruja sangat nak makan nasi ambeng kat situ...
Kak Shida Shukor dan juga anak nya Nabila serta dua orang  cucunya, he...he... Kak Shida dan keluarga nya ni datang paling akhir...kami pun tak sangka dia nak datang... bila kam dah siap siap makan dan sapu punggong nak balik dia pulak sampai he..he.... 

Kak Wan Mahfuzah dan juga Rosemalina Che Omar, ishhhh...cer tengok tu beriya riya diorang ni makan sampai ambil gambar ni pun diorang tak perasan he..he... Rosemalina siap cakap nak simpan tangan yg suap nasi ambeng tu dalam poket, sedap katanya sampai baunya pun melekat kat tangan ...


Inilah rupa nya nasi ambeng yang kami makan pagi tu memang sedap, tapi satu je kurang nya tak ada mee goreng atau pun meehoon goreng yg sepatut nya ada dalam menu nasi ambeng.

Apa pun rasa sangat puas hati sebab dapat juga layan diorang ni kat gerai tu, dengan menu nasi ambeng ni, pada Datin Elly terima kasih kami ucapkan kerana belanja kami sarapan pada pagi yang bertuah tu, jumpa lagi dilain entry, wassalam

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...