02 Januari 2012

KEK CARROT DARI SITI NOOR...


 Assalamualaikum, 
selamat tengahari dan selamat tahun baru 2012 pada semua rakan rakan blogger yang selalu berkunjung keJariintanku ini. Apa khabar agak nya, dah lama juga Kak Intan tak letak entry entry baru terutama tentang makan makan he..he... Ok hari ni baru Kak Intan nak kongsikan apa yang Kak Intan makan petang semalam... sambil duduk duduk layan pc ni pun Kak Intan sambil makan kek ni juga, kek carrot yang dibuat olih kenalan Kak Intan iaitu Siti Noor.

Selain berminat dengan kediaman ala Inggeris, Siti Noor juga seorang yang pandai dalam bidang masakkan , kebanyakkan masakkan nya sedap sedap terutama kek2 dan juga biskut yang dia buat. Memang selalu Siti Noor ni terima order dari rakan kenalan ada bila ada yang nak makan kek atau pun biskut2 nya.
Kali ini kek carrot yang jadi pilihan...dan ada beberapa jenis kek yang pernah kak Intan rasa dari air tangan Siti Noor ini contoh nya kek marble dan juga caramel kek...sekali makan memang nak lagi..ok lah sampai disini dulu catatan kak Intan tengahari ni....wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...