08 Januari 2012

KESINGAPORE (PART 1) RUMAH SURIYANI.


Assalamualaikum,
Apa khabar? Dah 2-3 hari kak Intan tak updated blog, Malas nya apa la kena nya ya, tapi tengahari tadi rajin pulak sekejap itu pun letak gambar2 je dulu, cerita nya kemudian. Apa pun pada 6hb Jan tempohari sebelah malam Kak Intan dan suami serta seorang kawan bertolak keSingapura, kami kesana memenuhi undangan majlis anak kepada Kak Kamaliah Idrus dan juga Abang Mokhtar bertempat diPusat Komuniti Kg Ubi. Sebelum tiba masanya kami terlebih dahulu menziarahi seorang kawan yang terletak diJurong West iaitu rumah Suriyani Sulaiman. Masa kesana kami dibawa olih Yang Othman dan suaminya En Faizal dengan menaiki kereta nya, kak Hidayah juga ikut sama.

Kami sampai dirumah Yani lebih kurang jam 12 tengahari...aduhai sedang elok nampak nya kalau nak menjamu selera makan tengahari.
Macam macam makanan yg disediakan, apa pun terima kasih pada tuan rumah nya Suriyani dan juga En.Shafie yg bersusah payah menyediakan makanan.Oh ya.... gambar diatas ni Kak Intan bersama sama dengan Kak Azni (kiri) dan yg sebelah kanan tu Rohayah Rabaie. Kedua dua nya memang pakar dalam hal masak memasak, dan kak Intan juga dah merasa hasil masakkan mereka... memang sedap.. tu tengah merasa masakkan mereka lah tu dalam gambar yang dibawah ni he...he..



Kat bawah ni nak tunjukkan pula ruang depan rumah Suriyani/En Shafei, bukan setakat cantek didalam rumah, diluar nya juga nampak cantek dengan berbagai bagai hiasan. SEronok juga duduk disitu sambil makan makan.



Sambil makan sambil bercerita, kalau tak cerita pasal rumah mesti cerita pasal masakkan, apalagi kan?...

Dah habis makan, posing sana posing sini sebagai acara wajib kalau dah bertemu...sebagai tanda kenang kenangan dengan kawan kawan disini. Antara yang datang kerumah Suriyani hari tu ialah yg berdiri dibelakang sekali tu bertudung Rohayah, Yang Othman, Kak Azni Misawar, Rohana, dan yang depan sekali Kak Hidayah Yusoff.
Terharu sekali dirasa kan apabila dapat bertemu dengan Ainie Anggun yang sanggup datang dari jauh diPulau Pinang, kemudian keJohor Baharu dan terus menyeberang Tambak Johor ke rumah Suriyani untuk bertemu Kak Intan bertiga hari tu. Terima kasih banyak banyak Ainie ya.

Akhir sekali sebelum balik hari tu kami ramai2 posing dikamar tidur Suriyani yang cantek tu.
Aduiiii takut juga roboh bila naik ramai ramai nanti he..he...ok sampai disini dulu ya, wassalam.

2 ulasan:

  1. Salam k.intannnn.apa kabar?selamat tahun baru 2012!
    Wah!jauhnya k.intan bergede2..sampai singapore yer :D

    BalasPadam
  2. woww bestnye kak intan jalan2 singapore..cantik banget umah kawan k.intan ni kan..jeless sehh!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...