20 Julai 2010

AYAM MASAK KICAP...

Salam semuanya...terima kasih kerana masih sudi berkunjung kesini lagi. Entry kali ini adalah antara masakkan yang paling anak anak gemari dirumah Kakintan... iaitu ayam masak kicap.
Setiap kali balik kampong ini lah masakkan special request dari anak anak kepada arwah nenek nya. Ayam masak kicap arwah emak Kakintan memang terlalu sedap pada selera mereka. Tak tahu kenapa. Kini semenjak arwah emak tiada Kakintan mencuba resepi ayam masak kicap yang selalu emak buat...tetapi anak anak kata masih tak sama dengan yang neneknya masak...
Bahan bahan nya:-
1 ekor ayam
1 batang kulit kayu manis
Bunga cengkih
bunga lawang
sedikit halia
beberapa biji bawang kecil
jintan kasar
jintan halus
3 ulas bawang putih
sedikit lada hitam- bahan bahan rempah ini dibasuh dan ditoskan kemudian
diblender kesemuanya sekali sehingga halus. Camporkan dengan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan dahulu. Masokkan juga kicap dan juga sedikit gula halus. Perapkan ayam ini dalam 1 jam

Untuk bahan menumis:-
Bawang merah dimayang
Bawang putih dimayang
kulit kayu manis,
Cengkih
Halia dimayang.

Caranya:-
Panaskan sedikit minyak dalam kuali..Tumiskan bahan bahan penumis tadi...biarkan sehingga naik baunya dan garing...masukkan ayam yang telah siap digaul dengan bahan yg telah diblender tadi beserta dengan kicap. Masukkan sedikit air separas ayam yang dimasak tersebut. Tutupkan kuali/periuk rapat rapat dan masak sehingga empuk. Kacau dan balik balik kan. Masukkan sedikit air asam jawa dan juga gula serta garam secukup rasa. Angkat bila kuah nya agak pekat.

18 Julai 2010

WADAI KIPING....

Salam dipagi hari Isnin ini..... apa khabar agaknya?...Harap harap anda semua sehat sehat ya.... dah 2 - 3 hari juga Kakintan tak meninggalkan apa apa entry kat sini... he..he...entah apa yang disibukkan pun tak tahu lah... baru pagi ni je Kakintan sempat meletakkan entry baru. Kali ni tentang sejenis menu masakkan orang orang Banjar.. nak tahu kenapa Kakintan letakkan menu ni...salah satu sebab nya tentulah sebab Kakintan ni dari keturunan tersebut, yang mana kedua orang tua Kakintan berasal dari Banjar Batu Pahat. Keduanya nak mengingatkan kembali kepada generasi generasi terkini yang kadang tak pernah tau atau pun tak pernah nak ambil tahu pun tentang jenis jenis masakkan mereka yang satu masa dulu sering dimasak olih ibu ibu mereka. Errrrmmmmm Kakintan teringat menu ni sebab semasa arwah emak masih ada inilah antara menu yang sering dibuat nya jika ada satu satu majlis yang melibatkan ahli keluarga iaitu dalam bahasa Banjarnya disebut wadai kiping.
Wadai kiping ni diperbuat dari pada tepong beras pulut yang diuli bersama dengan sedikit air yang dicamporkan dengan sedikit air kapor dan juga sedikit garam.
Ianya kemudian digentel bulat bulat kecil dan dileperkan ditengah tengah nya seperti diatas tu. Selesai kita gentel kesemuanya, kita masukkan kedalam santan yang telah kita didihkan bersama gula merah dan juga beberapa helai daun pandan. Biarkan dia mendidih lagi dan masak sehingga ianya timbul barulah diangkat.Kalau nak manis lagi tambahkan sedikit gula pasir mengikut citarasa kita.
Masa Kak Intan memasaknya tempohari sengaa Kak Intan campurkan dengan 2 ulas buah durian. Sebelum memakan nya Kakintan sejukkan didalam peti ais..memang sedap...laju je masuk ke anak tekak...he...he....ok lah layan la dulu menu yang satu ni ya,.. kalau nak mencubanya pun bolih.... salam dan bye...bye semua.....jumpa lagi dilain entry..

15 Julai 2010

ADUHAI CANTEKNYA APRON....

Salam dan selamat pagi di hari Jumaat yang mulia ini... pagi pagi semalam seronok sangat rasanya bila pintu diketuk dan Kakintan membukanya kelihatan seorang "adik posmen" yang hansome membawa bungkusan ini.
Bila siap tandatangan penyerahan Kakintan pun membukanya...ingatkan apa lah yang ada kat dalam nya rupanya tempahan apron Kakintan telah pun siap ..Fu yoooooooooo...cantek maaaa....he...he.... lepas ni pada sesiapa yang nak menempah bolih la tempah kat sini ya... http://jahitanmaklang.blogspot.com (RIBBON EMBROIDERY & OTHERS- JAHITAN MAKLANG)...
Memang canteklah hasil kerja tangan Lina (Maklang) ni..Kakintan rasa puas hati sesangat.. kemas je. siap Maklang letakan nama dengan bunga reben lagi- tu yang nampak mahal tu Lina... kih2x.. Rasa sayang pula nak dibuat basahan kat dapor tu nanti.. tak apa lah nanti Kakintan simpan je dalam frame kan...
Ok lah sekian dulu catatan dipagi Jumaat ini...jumpa lagi dilain kali ...salam dan bye bye...

13 Julai 2010

MEE LADA HITAM

Salam dan selamat pagi Rabu..... alhamdulillah bersua lagi di pagi yang cerah ini. Ni kisah masakkan 2 hari yang lepas. Tekak masih meragam nak makan yang bukan bukan bila dah dekat dengan bulan Ramadhan ni... hari tu terpandang kan rakan rakan kat Facebook masak mee... Hatta dengan mee goreng ala single dan kawan lama masa sekolah dulu Joi pula dok tayang mee udang dari Kuala Sepetang Taiping... maunya tak meleleh air lior kita dibuat nya.
Petang tu Kakintan pun masak la mee lada hitam... main belasah je resepi Kakintan ni...

Bahan bahan nya:
Mee kuning sepeket
4 ulas bawang puteh
Isi ayam yang dipotong kecil2
Sayur kobis yang dipotong kecil2
2 camca besar sos tiram
1 camca teh serbok lada hitam
daun sup/daun bawang
sedikit cili sos
garam secukup rasa.

Caranya...

Bawang putih ditumbuk sedikit sahaja...Tumiskan kan dalam sedikit minyak panas...bila naik baunya masukkan ayam yg telah dibersihkan. Masukkan sedikit air untuk dibuat kuah. Biarkan sehingga mendidih dan ayam betul betul masak. Masukkan pula sos tiram, serbok lada hitam dan juga cili sos. Akhirnya masukkan garam secukup rasa dan masukkan mee kuning tadi. Biarkan mendidih dalam 2 minit lagi. Angkat dan bolihlah masukkan dalam bekas yang sesuai taburkan bawang goreng beserta dan daun sup dan juga daun bawang. Ok...boleh lah dimakan..selamat mencuba...salam dan bye..bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...