16 Januari 2009

JEJAK KASIH.

SIL dan sepupu nya yang baru di ketemukan.

Pertemuan dua buah keluarga yang besar.

Sempena menyambut kedatangan tahun baru Maal Hijrah 1430, ada berita gembira menyelubungi keluarga sebelah pihak En.Hubby....pertaupan keluarga yg telah lama terpisah dalam tempoh lebih kurang 30 tahun lebih telah kembali mesra. Ada kisah pertelingkahan antara kedua-dua orang tua mereka sebelum ini....yang mana orang tua kedua2 belah pihak telah pun kembali kerahmatullah. Atas dasar persaudaraan dan juga tali siratulrahim dalam sebuah pertemuan yg tak disangka2 sewaktu En.Hubby sedang bertugas di Sungai Buloh.... dengan salah seorang dari kalangan keluarga mereka....persengketaan ibubapa mereka terlerai.

Suatu pertemuan yang lain telah diatur olih En.Hubby beserta dengan adik beradik nya yang lain dan seluruh keluarga2 mereka untuk berkunjung kerumah sepupunya diKampong Paya Jaras, Selangor.Kami mengambil keputusan untuk membawa makanan (potluck) masing2
dari rumah. Kebetulan waktu yg En.Hubby tentukan untuk sampai kesana adalah dalam jam 11 pagi...Sebanyak 6 buah kereta penoh sarat dengan anak, menantu, cucu, sebelah En.Hubby ikut sama, rombongan kami tu seramai lebih kurang 32 orang semuanya.

Sampai sahaja diKampong Paya Jaras, kami disambut olih sepupu2nya yang dah sedia ada
menunggu kedatangan kami dengan adik beradik dan juga keluarga masing2.....suasana sedih menyelubungi apabila SIL (kakak kepada En.Hubby) ber jabat salam dengan salah seorang
daripada kalangan sepupu mereka ini...sambil berpelukan dan menangis....
setelah semuanya berjabat salam dengan dan memperkenalkan diri dan keluarga masing2
kami dijemput untuk masuk kedalam rumah. Potluck masing2 pun dihulurkan. Kebetulan kami juga tak bersarapan pagi lagi. Sebelum menjamah makanan yang dihidangkan kami telah mengadakan bacaan doa selamat dan sedikit tahalil untuk arwah2 kedua ibu bapa kami
semoga roh mereka dirahmati dan ditempatkan bersama2 orang2 yang solleh..Amin..

Lebih kurang pukul 1.30 kami semua berangkat pulang. Ada sedikit buah tangan yang dibekalkan. Semoga tali persaudaraan ini berkekalan hingga keakhir hayat. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...