20 Mac 2013

LEPEK/LEMPENG PISANG BERINTI KELAPA..



Assalamualaikum, 
Layan dulu juadah minum petang yang Kak Intan buat petang kelmarin, iaitu lemping pisang, ada yang kata tepek pisang, ada yang kata lepek pisang, mana satu yg betul ekk?...sesekali layan lempeng pisang ni panas panas dengan kopi o memang mabeles sangat..ok ...nanti kita sambung cerita lagi ya.
Wassalam ..

HANGING PLATE..


Assalamualaikum, 
Selamat tengahari semua, nak kongsikan hanging plate yang baru beli dari Nik Norzarina tempohari... cantek cantekkan  bunga bunga nya..
 
Paling Kak Intan suka bunga rose ni sebab warna nya tu..

Mesti juga ramai disini yang suka dengan bunga hyderange ni (kalau dulu arwah mak kata ini bunga 3 bulan nama nya) betul ke? tapi kenapa 3 bulan tak 5 bulan , 6 bulan he..he...sorry saje gurau2.
Rasanya ini pun sama spesis macam bunga diatas tapi bentuk nya lain sikit, paling menarik warna nya yg purple. Tapi mana nak gantung ya...ok tengah mencari ruang yang kosong dan sesuai nak gantungkan nya. ok..sampai disini dulu ya...wassalam

18 Mac 2013

TEMPAHAN DARI KAWAN KAWAN.


Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sepanjang minggu sudah seronok sangat Kak Intan dapat menyiapkan beberapa tempahan lampshade cover dari beberapa orang kawan yang menempah nya dari Kak Intan. Harap harap apa yang dah Kak Intan siapkan ini memuaskan hati mereka. Lampu yang diatas tempahan dari seorang kawan diBandar Baru Bangi, yang dibawah  ini pula dari Cheras.

Pada Kak Intan sangat seronok bila dapat memuaskan hati kawan kawan dengan apa yang mereka ingin kan tercapai. Lampshade yg dibawah ni pula tempahan dari seorang kawan dari Kedah...yang ini untuk dipakaikannya pada lampu chandelier . Ada 6 kesemua nya. Harap harap kawan Kak Intan ni berpuas hati dengan apa yang telah Kak Intan buatkan untuk dia.

Ermmm...lepas ni nak kena cari kotak dulu ya El..nak poskan tunggu tau El rasa nya 2-3 hari lagi bolih la sarungkan kebulb chandelier dirumah El tu...
Ok sampai disini dulu ye yang dapat Kak Intan kongsikan kerjatangan Kak Intan kali ini...nanti kita sambung lagi kerjatangan Kak Intan yang lain pula, insyaallah. Jumpa lagi wassalam.

QUEEN ANNE TEA SET DARI DR FARIDAH.


Assalamualaikum, 
Semoga anda semua sihat2 selalu. Kali ni Kak Intan nak share pula tentang tea set yang baru Kak Intan dapat hasil dari jalan jalan diwall FB he...he...ternampak salah seorang geng yang selalu buat car boot sale diSri Putra dan juga Bukit Mahkota Bangi dengan barang barang ni. Apa lagi cepat cepat Kak Intan grab. Sayang nya set ni tak punya teko yang ada bekas gula , dan juga bekas susu nya macam dalam gambar dibawahnya ni.

Selain dari dua barang tersebut ada piring untuk bekas kuih sebanyak 5 biji dan juga 4set piring dan cawan nya sekali. Ok la kan, harga nya pula sangat lah berbaloi. Cuma sekarang akak kena la cari teko nya yang bersesuaian pula.

Aduhaiiiii...ini lah orang perempuan, pantang nampak pingganmangkok yang cantek2 mata mesti melekat, kalau tak beli mula lah teringat2 tak tidor malam dibuat nya. Entah kenapa sejak akhir2 ni tersampuk pula dengan jualan garaj sale dan juga car boot sale ni. Apa pun beruntung juga sebab Kak Intan beli pun dari owner nya sendiri, jadi kita tahu siapa pemilik nya sebelum ini.

Harap harap lepas ni dapat lagi koleksi yang cantek cantek dengan corak coraknya yang cantek2 lagi , insyaallah he...he...Ok sampai disini dulu wassalam.

13 Mac 2013

MINUM PETANG DENGAN BUBUR JAGUNG + SAGU BIJI..


Assalamualaikum,
Apa menu hari ni ya yang nak dimasak, Kak Intan pun kadang kadang jadi blur sebab hari hari memikirkan menu yang nak dimasak untuk hidangan keluarga. Ada masanya kalau dah blur sangat akak pergi kegerai beli yang dah siap dimasak sahaja senang cerita he...he... Tapi hari tu rajin pula,,,siap buat bubur jagung lagi untuk makan petang.
Bubur jagung memang favourite Kak Intan serta keluarga..paling suka buat bila bulan puasa. Kalau nak sedap makan , sejuk kan dulu dalam ice box..mesti tak cukup semangkok menghirupnya kan. O k...nak out dulu sebab nak sediakan makan tengahari pula...jumpa lagi dilain catatan...wassalam semua.

JALAN JALAN KEAMCORP MALL...

 Assalamualaikum
Selamat pagi pada semua kawan kawan geng blogger disini, apa khabar agak nya? Dah lama tak masuk sini, banyak aktiviti sejak kebelakangan ini. Apa pun Kak Intan harap semua kawan kawan disini sihat sihat belaka. Kali ini Kak Intan nak sharekan bersama aktiviti Kak Intan pada pagi Ahad minggu lepas, sambil cari sarapan pagi Kak Intan dan suami terus ke Amcorp Mall. Dah lama sebenar nya tak kesitu, bukan nya apa kalau kesitu kocek kena betul betul ada isi sebab bila kesana jadi rambang mata dengan barang2 garaj sale. 
 Memang betul rupanya lepas saja sarapan pagi ditingkat bawah, Kak Intan naik ketingkat paling atas, wauuuuu...terpandang kat satu sudut tu ada sepasang suami isteri sedang menyusun barang barang kegemaran Kak Intan, masa kami datang dekat aduyai macam macam barang yang dia jual, kebetulan katanya baru seminggu dia disitu jadi ramai orang tak tahu tentang kewujudan nya disitu, kalau ramai yang tahu pasti barang2 jualan nya cepat aje laku. Kesemua barang yang dibawanya adalah terdiri dari set2 pinggan mangkok English style..ermmmm mesti ramai yang berminat kan. Hari tu yang paling best dia jual set dinner Johnson Brothers dengan harga $280/= murah kan?...siapa yang tak nak beli...


Jam ni pun harga nya $80/= sahaja, ada bermacam macam lagi seperti pinggan untuk digantung, pasu2 jam2 vintage pun ada. Semua barang barang tersebut dibelinya dari United Kingdom sewaktu beliau belajar disana katanya.

Ok layan dulu gambar gambar ni, buat cuci cuci mata, he...he...nanti kita jumpa lagi dientry yg seterusnya...wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...