31 Disember 2009

TAHUN BARU....RUMAH BARU...TAHNIAH YA...



Salam semuanya....pepagi tadi Kakintan jalan jalan la kat "rumah" kawan kawan disini.Bila patah balik masuk "rumah" Kakintan sendiri terus Kakintan nampak mesej dari sorang kawan Kakintan yang sorang ni...jauh tu..dari Jepun. Sebelum ni Kakintan ada baca kat blog dia katanya nak pindah ke dua rumah baru...tapi Kakintan masa tu agak "blur" sikit, tak faham apa yang dia maksud kan, bila baca lagi sekali baru la faham. Hari ni masa kerumah maya nya dia kasi pulak "door gift"...jadi Kakintan pun cepat cepatlah ambil dan gantung kat sini...Terima kasih ya Ros.....cantek doorgift ni....sapa sapa yang nak bolih la pergi ke"rumahnya" tu ya....O.k layan dulu gambar tu ya....lepas tu bolih la melawat rumah baru Ros...

LAYAN 2 ORANG MAMAT NI.....

Salam semua pengunjung....SELAMAT TAHUN BARU 2010 Kakintan ucapkan. Kepada yang meninggalkan mesej2 di blog Kakintan, nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih, kepada anda sekelian ya....Pagi pagi ni tak ada apa yang nak Kakintan kongsikan bersama....tapi jum kita lihat aksi dua orang anak Kakintan jaga ni tengahari semalam..He....he...aksi Danish Iskandar dan juga Shahir Iskandar menyiapkan puzzle yang dapat dari KFC...gelihati tengok diorang bergaduh gaduh nak siapkannya...
Masa ni Danish baru je balik dari sekolah , dia dah start sekolah semenjak hari Rabu lagi ditahun 2 TADIKA ADIK ADIK....bila tengok abang dia Shahir siapkan puzzle tu dia pun join sama...
Masa ni diorang tengah bertekak, tapi dia tak sedar Kakintan snap gambar diorang...
Apala yang siShahir ni fikirkan lagi...letak je lakan kat tempat kosong tu.....
Lepas tu siDanish ni tak sabar tengok abang dia lambat sangat susun dia pun terus take over he...he.....sampai habis dia buat tau......
Masing masing puas hati dapat susun sampai berjaya....Insyaallah nanti Acik Intan belikan puzzle yang lagi besar suruh susun..tapi sekarang rasanya tak bolih la.....dah nak start sekolah balik.....ok...layan je la gambar gambar diorang berdua ni ya....salammmm

30 Disember 2009

GOOD BYE 2009....

Salam buat semua pengunjung disini....terlebih dahulu Kakintan nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010. Apa azam ditahun baru nanti?...Kakintan tak menyimpan apa apa azam baru pun....cumanya nak teruskan azam yang belum lagi termakbul ditahun tahun yang lepas he..he.... Selain daripada tu juga 2009 banyak meninggalkan kisah kisah sedih kehilangan insan insan yang Kakintan sayangi. Ada juga cerita cerita gembira yang tersemat dihati Kakintan serta keluarga...O.k sekali lagi Kakintan ucapkan selamat menyambut tahun baru 2010, semoga dengan kedatangan tahun baru ini, hidup kita serta keluarga diberkati olih Nya. Amin....
O

29 Disember 2009

KALI NI TERSAMPUK LAGI....

Selamat petang dan salam semuanya.....he...he...tak ada apa nak cerita petang petang gini...sambil sambil tunggu waktu ditayangkan kejap lagi Kakintan nak cerita sikit pasal drama Filipina yang ditayang kan sekarang ni..dah lama sebenarnya Kakintan tak menganga didepan TV entah macam mana akhir akhir ini dah tersangkut balik dengan drama ni "DYESEBLE" memang best tengok cerita ni...macam budak budak layan cerita fantasi je....ok jap lagi dah nak start tayangan...2 petang sampai 3 petang...he..he..isnin hingga rabu..
Kalau dulu sibuk dengan drama drama diorang berdua ni...bila dah habis tak de la Kakintan ikut mana mana drama pun.O.k la nanti Kakintan cerita kemudian nak layan drama ni dulu jap ya...bye....
Suka tengok muka muka diorang ni yg tampan dan ayu ayu semuanya....

TAPAI PULUT DAN KARI KEPALA IKAN SENANGIN.

Salam dan selamat pagi kepada yang datang berkunjung kesini....ada sesapa ke yang suka makan tapai pulut?...Kak Intan semalam dapat rezeki tapai pulut ni dari jiran sebelah rumah yang baru sahaja mengadakan kenduri kahwin anaknya diAlor Star Kedah. Tapai pulut adalah menu sampingan yang dijamu untuk tetamu. Dulu duluuuuuu..Kakintan tak berapa pandai sangat makan tapai pulut ni...tapi bila cuba cuba sikit sikit rasa sedap la pulak. Manisnya bukan main...Silap silap makan bolih "potong kaki" he...he...manatak nya kalau seseorang tu yang mengidap penyakit kencing manis memang tak sesuai lansung makan tapai yang terlampau manis ni...
Tengahari semalam dah tak tau nak masak apa....masa pergi kePasaraya NSK pepagi semalam Kakintan terpandangla kepala ikan senangin ni. Nampak macam masih fresh je. Jadi Kakintan pun beli la sekepala setengah buat masak kari camporkan dengan kacang bendi. Dah lama pun tak masak kari kepala ikan ni. Dapat pulak sambal belacan ulam timun...memang ngam la kan...
O.k layan dulu tapi pulut tu dengan kari kepala ikan senangin Kakintan tu ya...Kakintan nak sambung ada lagi sikit projek decal yang Kakintan nak siapkan pagi ni...o.k salammmmmmm....

28 Disember 2009

KAK INTAN MELAPIS LAGI....

Salam semua dan selamat pagi ...rasanya dalam seminggu dua ni Kakintan asyik buat kerja kerja melapis je kan....seronok keluar masuk kat blog Kak Hanieliza mencuba resepi resepi kueh mueh dia..kali ni cuba kuih lapis ni pula...ok layan dulu gambar ni ya...Kakintan letak resepi kemudian..apa apa pun Kakintann siapkan kerja kerja mendobi dulu ya....dah siap nanti Kakintan letak resepinya disini..ok....salammmm
Bahan bahan :-
1 setengah cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong beras
2 sudu besar tepong kastad/jagong
3/4 cawan gula pasir
4 cawan santan pekat
secubit garam
pewarna merah dan hijau

Caranya...
Camporkan kesemua bahan bahan tersebut kecuali pewarna.
Kacau hingga betul betul sebati. Kemudian tapiskan supaya tidak ada yang bergentel. Bahagikan kepada 3 bahagian.Letakkan pewarna masing masing dengan warna hijau, merah dan sebahagian lagi dibiarkan berwarna asal iaitu putih. Panaskan pengukus, sapukan loyang dengan sedikit minyak. Masukkan aduanan sebanyak sesenduk , kukuskan lebih kurang 5 minit, masukkan pula lapisan kedua secara berselang seli warnanya sehingga habis. Bila masak, sejukkan terlebih dahulu, barulah dipotong. Selamat mencuba..ok...


27 Disember 2009

CUBA CUBA BUAT DOOR GIFT.....

O.k tak door gift yang Kakintan cuba cuba reka ni...tak bolih tunjuk banyak banyak, sebab nampak macam tak berapa cantek ?...tunjuk sikit sikit je dulu ye...nanti dah siap sepenohnya Kakintan tayang kiri kanan depan belakang he...he.....
Ok kalau nak komen silalah tinggalkan mesej ya..Oh ya door gift ni untuk majlis naik buaian Baby Zara.....bye....

BREAKFAST PAGI NI....ROTI LAGI.....

Salam semua dan selamat pagi....dah breakfast ke? Pagi ni makan apa? He...he banyak tanya la pulak kan. Kakintan buat roti berlapis daging lagi pagi ni, untuk menghabiskan stok roti sebelum tamat tarikhnya tu. Sayang kalau terbuang begiti sahajakan.
Kali ni Kakintan tak bakar dalam bekas yang besar, tapi dalam bekas yang kecil kecil sahaja, bekas tersebut pemberian dari Kak Norzela yang menetap di Utah. Waktu tu Kak Norzela datang berkunjung keMalaysia pada awal July tempoh hari dan singgah kerumah Kakintan bersama sama dengan kakaknya yang tinggal diMelaka.
Separuh lagi roti tu Kakintan buat roti sosej gulung dengan telor dadar. Tapi sosej tu Kakintan tak goreng, cuma rebus sahaja. Anak bujang kat rumah Kakintan lebih suka direbus dari digoreng..katanya nya kalau goreng banyak sangat minyak..ikut la apa yang diorang sukakan....ok layan dulu gambar gambar ni ya...salammmm dan selamat bersarapan pagi.

26 Disember 2009

MEE REBUS....



Sebenarnya ini bukannya menu baru..dah lupa bila Kakintan buat he...he...cuma baru hari ni Kakintan nak letak kat sini. Rasanya adalah dua tiga minggu yang sudah Kakintan masak...tapi tak apa lah jum tengo apa bahan bahan yang Kakintan gunakan:-

Mee kuning- dicelur sekejap
Telur yang direbus
Tahu yang digoreng dan dipotong potong..
Cili hijau /cili api dipotong potong
Daun sup.-dimayang
Bawang goreng untuk ditabur.

Untuk kuahnya:-
2 ketul ubi keledek sederhana besarnya direbus dan dilecek halus
100 gram udang kering diblender
sedikit cili kering- dikisar
2 sudu rempah kari
6 ulas bawang merah- dikisar
2 ulas bawang putih- dikisar
200 daging direbus dan dipotong
sedikit garam dan lada sulah
sedikit gula...sedap juga kalau gunakan gula melaka
Air

Caranya:-
Panaskan minyak, kita tumiskan bahan bahan yang dikisar tadi, masukkan rempah kari , biarkan ianya masak sehingga naik baunya kemudian masukan air daging kita merebusnya tadi. Bila mendidih kita masukkan ubi keledek yang siap dilecek, garam gula lada sulah/lada putih dan daging yang telah dipotong potong tadi. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat, bila betul betul masak angkat. Untuk menyediakan nya...mee yg siap dicelur tadi kita letakkan dalam bekas dan taburkan dengan bawang goring , daun sup yang dimayang, cili hijau/cili api yang dipotong, tahu goring, dan curahkan dengan kuahnya...ermmmmm ok siap untuk dimakan....

ESOK 10 MUHARRAM ...HARI ASSYURA....

Salam kepada semua pengunjung blog Kakintan........yang berugama Islam muslimin dan muslimat...esok kita sama sama berada pada hari 10 Muharram 1431 Hijrah, atau juga disebut sebagai hari Assyura. Sebagaimana yang kita semua ketahui setiap 10 Muharram kita disunatkan berpuasa pada tersebut.
Banyak kelebihan yang kita dapat dengan mengerjakan puasa pada hari tersebut...Insyaallah kepada yang dapat mengerjakan puasa...marilah sesama kita melakukan nya secara ikhlas kerana Allah SWT....kepada yang tidak dapat melakukan nya..insyaallah mungkin ditahun depan jika dipanjangkan umur kita dapat sama sama mengerjakan nya.Rasanya ramai juga diantara kita yang akan memasak bubur Asyura nanti kan.....ok...setakat ini dulu buat kali ini salammmmm ....... buat semua...

25 Disember 2009

SERONOK MEMBORONG DI KK HOME....

Salam dan selamat petang....tak ada apa nak cerita hari ni...cumanya berkisah cerita malam semalam Kakintan dan En Hubby ke KK Home Deco di Wangsa Maju ni, dah lama rasanya tak menjejakkan kaki kesitu walau pun bolih katakan hari hari duk lalu lalang depan kedai tu. Kakintan kesitu kerana ditugaskan olih ibu Baby Zara (ingat lagi tak N3 tu), minggu depan dia nak ada kan majlis cukur jambul/naik buai, jadi Kakintan disuroh menghias buaian Zara ....sebab tu Kakintan keKK Home Deco untuk mencari bunga bungaan...

Sambil sambil tu jalan jalan cuci mata kalau kalau ada barang barang baru yang dipamerkan...rasanya tak ada....yang ada sekarang jualan murah je..ya ke tidak tahulah....sesiapa yang menjadi ahli ada sesetengah barang tu, kalau kita beli satu dapat lagi satu percuma....tapi Kakintan tak berapa nak layan pun ...rasanya sama je harga tu offer dengan tak offer...he...he.....tapi tergoda juga lah sikit dengan benda alah nii....he...he...jangan tidak...
Beli punya beli bunga bunga tu dah ter"over" budget kih...kih...seronok sangat layan bunga bunga tiruan ni tapi tak pe biar terlebih jangan terkurang....bila total semua tu ada la dekat $200/= dapat la dia kasi calender KK Home tu satu...errrrmmmm cantek juga gambar gambar nya....ok lah layan la dulu gambar2 ni ya...salammmm....

24 Disember 2009

GENG "MAKCIK KANTIN" DI TIMES SQUARE....

Pada pagi 17hb, Disember. pagi pagi lagi "geng Mak cik Kantin" dah ada di BERJAYA TIME SQUARE Kuala Lumpur untuk menyaksikan anak masing masing dalam pertandingan DRUMLINE BATTLE. Ianya diadakan didepan bangunan shopping kompleks tersebut. Antara negara negara yang menyertainya pada hari tersebut ialah dari Hong Kong, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Dari negara Singapura dan Cambodia juga ada, tapi mereka tidak bertanding ...cuma jadi pemerhati sahaja...samalah juga macam geng "Makcik Kantin" he...he.....
Dalam gambar ni kelihatan pasukkan dari VICCB sedang menunggu perlawanan dimulakan...mereka dipasangkan bersama pasukkan dari Thailand, kedua dua pasukkan ni sama sama kuat....

Yang berbaju merah ini pula dari pasukan KLDC (KUALA LUMPUR DRUM CORP), yang mana sebahagian dari para pesertanya adalah bekas pelajar VICCB juga. Pasangan yang digandingkan juga adalah peserta dari Thailand, mereka juga adalah pasangan yang serasi sejak tahun lepas lagi, tetapi Thailand tetap memegang title juara.
Dalam banyak banyak pasukan inilah pasukkan yang pelajar pelajar nya paling cun....kesemuanya datang dari Hong Kong...Jee ambil kesempatan bergambar bersama sama dengan mereka...
Pasukan KLDC bergambar setelah tamat pertandingan, JS MUSIC adalah sponsor mereka.
Pasukkan VICCB juga tidak ketinggalan bergambar dengan pasukkan lawan mereka dari Thailand.

He...he...tetiba geng "Mak cik Kantin " ni teringin juga mengabadikan kenangan bersama sama para juri pada hari tersebut...
Yang ni pula antara Mak Cik kantin yang ada pada hari tersebut, ada juga yang bawa anak anak masing hari tu...

Dah penat posing sana posing sini...kami pun isi perut kat restoren seberang jalan tu...he..he...Teh..thanks banyak banyak ya...belanja kami makan dan minum..ok...layan la gambar gambar ni dulu...salammmmmmmmmmm...

23 Disember 2009

MEE HOON SUP UTARA & PUDING MANGGA..

Salam dan selamat petang...masih tak berselera nak makan nasi dicuaca yang panas terik ni...jum kita layan mee hoon sup utara ni...makan panas panas sedap juga kan....
Tak cukup semangkok bolih tambah lagi ni...nak resepi bolih cari kat MyResepi kat situ macam macam ada....cuba la...
Lepas makan meehoon sup tu kita makan pula pencuci mulut nya ..puding mangga. Kali ni beli yang segera punya kat kedai tu..nak masak pun senang...cuma didihkan air sebanyak 2 cawan lepas tu kita camporkan serbok puding mangga ni..Kacau sebati sehingga hancur.

Lepas tu kita masukkan dalam acuan dan sejukkan ..dah siap untuk dihidangkan...dah selalu buat puding mangga ni dan kerana disukai family Kakintan.

HOBI TETAP HOBI SIBUK MACAM MANA SEKALI PUN...

Salam dan selamat pagi....kisah hari ni masih berkisar kepada hobi yang satu ni...pantang ada masa terluang difikiran ni ada aje yang nak di decalkan....tapi kali ni barang yang didecalkan tak banyak...mavam pelita yang comel ni kalau ikutkan tak sesuai diletakkan bunga tu ...tapi ada benda yang nak Kakintan tutup dibelakang nya tu....he...he...mesti ada yang tahu apa bendanya kan...
Bekas sudu ni dah lama terperap dalam almari bolih kan Kakintan tak perasan...baru dua tiga hari yang sudah Kakintan semborkan dengan cat pepagi ni tadi terus je tempekkan bunga rose tu...dah nampak baru dah kan...tak payah beli baru...
Janji nampak cantek....lepas ni baru lah bolih gantung dan display kat luar tak payan nak sumbat dalam almari lagi...he...he..betul tak..ok..layan dulu gambar gambar ni Kakintan nak masak jap..nanti bolih buat tayangan perdana lagi kat sini apa yang Kakintan masak hari...insyaallah....salammmm.

NAK YANG MANA SATU?. ...PILIH LA...

Salam dan selamat petang kepada semua yang berkunjung keblog Kakintan petang ni. He....he....terasa haus betul tekak ni petang petang gini...ya la kan dalam dua tiga hari ni cuaca panas terik. Bila keadaan macam ni mula lah tekak ni mereka sesuatu untuk dilayan....Hari ni Kakintan mintak tolong kat orang bujang belikan benda alah ni......huh....sedap nya layan tekak dengan minuman ni....sekali beli memang dua dua jenis ni sekali ....lepas tu simpan dalam fridge....kalau nak minum bolih pilih mana satu nak minum dulu...ok jum lah kita layan ABC dan Cendul ni...selalunya Kakintan beli dari Restoren Pak Wahab yang memang terkenal diarea perumahan Kakintan ni...
Mula mula kita layan ABC kan....kadang kadang Kakintan order rojak pasembur sekali nak pekenakan dengan ABC ni tapi hari ni tak order pun sebab dah kenyang layan nasi tadi...
Tak pun kita layan cendol ni...Kakintan suka cendol biasa aje..tak suka yang ada pulut tu..masing masing citarasa la kan..ada juga yang suka cendol dengan tapai...ada juga yang suka tambah durian...tapi Kakintan tetap dengan cendul biasa ni......yang ni pula selalu nya order pulak dengan mee goreng mamak...alahai bestnya.....tapi tak bolih ikutkan sangat nafsu makan ni....nanti lain pulak jadinya...ok jum layan cendul dengan ABC ni....kita minum dipetang yang panas terik ni....besttttttttt...sejuk je masuk keanak tekak....ok salammm...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...