29 September 2010

ASAM PEDAS DAUN KESUM IKAN DURI.

Salam... makan makan lagi cerita kali ini. Selagi hidup selagi itu kita perlukan makanan kan... ada ke yang hidup tapi tak perlukan makanan?.. Berpuasa sekali pun cukup waktu nya kita perlukan makanan juga kan.
Kali ni menu yang Kakintan masak 2 hari yang lepas, agak lama juga dah Kakintan tak masak menu asam pedas ikan duri ni.Bukan nya apa ini menu kegemaran arwah emak Kakintan. Selalunya kalau dia datang kerumah Kakintan semasa hayatnya, inilah lauk peberet dia yang Kakintan masakkan. Tengoklah nanti punyalah seronok dia makan sambil menghirup kuah asam pedas tu. Nak pulak kalau ada kepala ikan tu lagi sedap dia makan. Semalam 29hb September, genap dah 3 bulan arwah emak kembali kerahmatullah. Alfatihah buat emak...semoga emak tenang disana.... Amin...salammmm

ROTI JALA & KARI AYAM...

Salam bertemu kita lagi disini, dah bersarapan ke pagi ni? atau ada yang berpuasa sunat?.Ok lah ni menu sarapan Kakintan pagi semalam. Dah jemu makan biskut biskut raya kan, jadi kita makan pula menu menu masakkan pure Melayu pula.. he..he....
Masa bulan puasa tempoh hari tak ada pun Kakintan terliur nak makan roti jala ni, tapi bila pergi mana mana open house roti jala biasanya menjadi salah satu menu yang digemari ramai. Pada Kakintan , kalau makan sebelah petang Kakintan suka makan dengan serawa buah durian, dan kalau untuk sarapan pagi pula Kakintan suka yang pedas pedas sebab tu makan dengan kuah kari ayam yang paling sesuai. Ada orang dia tak kisah mana mana pun bolih aje kan....rasanya resepi macam mana nak buat roti jala ni masing masing dah tahukan... jadi tak payah la Kakintan nak share resepinya disini. Sampai disini dulu catatan Kakintan hari ni. Lain kali kita bertemu lagi. Salam..

28 September 2010

ASAM REBUS TEMPOYAK KERISI.

Salam semua, dah sarapan ke pagi ni... he..he..kali ni bukan cerita pasal sarapan tapi pasal lauk lauk lepas raya ni. Dah tak tahu apa nak masak kan?... Terutama dimusim musim Aidilfitri ni hari hari kalau kemajlis majlis rumah terbuka mesti ada ayam dan juga daging. Naik jemu pula rasanya dengan menu menu yg berasaskan dua bahan ni.
Menu ni Kakintan masak minggu lepas, rasanya nak makan lauk yang ringkas ringkas sahaja tetapi menyelerakan. Apalagi kalau bukan asam pedas rebus. Sesekali kalau buat lauk begini memang berselera betul makan. Pekena dengan nasi putih yang panas panas dan sedikit ulam ulaman beserta sambal belacan. Rasanya selain ikan kerisi ikan ikan lain juga sedap dimasak bergini... macam ikan kembong atau juga ikan selar. Nak bagi lagi "power" campurkan dengan sedikit tempoyak...fuuuuuhhhhh...memang the best lah...ok lah sekian dulu sampai disini ya...salam...

SMALL GATHERING DGN GENG "MAKCIK KANTIN"

Salam ... pada malam minggu yang lepas Kakintan dan suami telah dijemput kemajlis rumah terbuka Dr Saifudin/Linda dirumah mereka diWangsa Melawati. Wahhhhh........ bukan main meriah lagi, mana tidaknya sebab sebahagian dari jemputan yang hadir adalah geng kami iaitu GENG MAKCIK KANTIN ( sebenarnya ianya adalah geng ibu ibu yang anaknya belajar diVI dan anak anak ini pula adalah sebahagian daripada ahli VICCB). Kami sebenarnya dah lama juga tak bertemu sebab sibuk dengan hal masing masing, lagi pun anak anak kami juga sibuk dengan exam, aktiviti anak anak juga tak banyak buat masa sekarang, jadi bila geng geng ibu ibu ni sesekali bertemu suasana pastinya gamat.
Antara yang menggamatkan suasana malam tu sapa lagi kalau bukan Teh Saadiah, anggun lagi malam tu...Kakintan suka tengok Teh dengan baju biru dia ni... walau pun dah kategori warga emas tapi tetap maintain cunnnnn..kih..kih.... sorry Teh..ikhlas ni...
Mary (Mariam) dan Shasha juga ada, Sha dah sihat, sebelum ni Sha masuk hospital beberapa hari kerana denggi..alhamdulillah cepat semboh ya Sha.. entah apa la yang diborakkan nya dengan Mariam ni, maklumlah ...kami ni semua dah agak lama tak jumpa...Sha dan Mariam adalah ibu ibu yang bekerja, tak macam Kakintan yang banyak masa dirumah dengan anak anak.
Alamak tak nampak la pulak muka tuan rumah ni, Linda tengah sibuk melayan tetamu yang hadir. Malam tu Linda santai berbaju T hijau muda tu, malam tu kami disajikan dengan berbagai bagai makanan termasuklah kambing panggang, ramai yang suka tu, tapi Kakintan tak makan, memang sejak azali lagi tak makan he...he...tak tau kenapa. Kami berborak sampai hampir 1 pagi. Dah ramai ramai macam tu bila sesekali bertemu tak sedar masa cepat berlalu. Apa apa pun terima kasih pada tuan rumah yang menjemput kami serta keluarga kemajlis tersebut. Semoga kita bertemu lagi diAidilfitri tahun depan sekiranya dipanjangkan usia, dan semoga persahabatan kita juga akan kekal sehingga bila bila.
Sampai disini dulu coretan Kakintan pagi ni. Salam dan semoga bertemu lagi dilain waktu.

27 September 2010

MENJAMU SELERA DGN NASI DAGANG...

Salam semua blogger yang datang berkunjung keblog Kakintan, terima kasih banyak banyak ya....sebab masih sudi membaca coretan coretan Kakintan yang kadang kadang entah apa apa ni he..he.. kadang kadang bukan nya ikut kata hati, tapi main sedap je jari ni menekan keyboard didepan mata ni...tak kisah lah tu kan... janji ada bahan yang nak Kakintan kongsikan bersama disini. Bercerita tentang nasi dagang yang Kakintan paparkan kali ni..alkisah nya pada hari Sabtu yang lepas Kakintan kemajlis rumah terbuka salah seorang kawan blogger diRawang iaitu rumah Nora Hamzah @ Chempaka... masa nak kerumahnya dah jam 6 petang, biasa nya kalau jalan tak jammed masa yang diambil dalam setengah jam lebih kurang untuk sampai kesitu...tapi hari tu lebih dari satu jam baru Kakintan dan Hubby sampai. Malu pula rasanya bila sampai situ dah dekat time Maghrib, tapi apa nak buat kami teruskan juga. Pulanya petang tu hujan turun sekejap lebat sekejap renyai.
Sesampai dirumah Chemp.... tetamu Chemp pun ramai lagi, maklumlah OPEN HOUSE kan...fuhhhh memang best hidangan yang disediakan terutamanya Nasi dagang dan juga Laksam yang menjadi kegemaran Kakintan dan Hubby. Hubby nampak je nasi dagang terus je rasa lapar katanya, walau pun sebelum tu dia menghadiri 2 majlis perkahwinan anak kepada kawan2 nya masa sama sama zaman persekolahan dulu. Hu...huu...memang sedap pun masakkan Chemp ni... Kakintan duk terjah Laksam nya ...masa nak balik Chemp siap bagi tapau lagi. Dengan muka tak malu Kakintan pun bawa pulang nasi dagang tu... thanks Chempaka...
Malam tu dah kekenyangan.... besok paginya nasi dagang tu Kakintan kukus semula berserta dengan lauk2 nya buat sarapan pagi. Apa pun memang sedaplah ... kata hubby "best in the world"...sememang nya dia penggemar nasi dagang dari dulu...tapi Kakintan tak pernah masak pun... ok lah sampai disini dulu coretan Kakintan pagi nih... salammm..

23 September 2010

KUEW TEOW GORENG/KOPI PANAS

Salam pagi Jumaat... bersua lagi dipagi pagi ini...sambil sambil tu jum layan sarapan pagi Kakintan hari ni...he..he...yang lain lain tu dah breakfast ke. Entah kenapa mood rajin datang pepagi ni nak masak kuew teow goring, kebetulan stok bahan bahan semuanya ada..apa lagi menjadi la jawab nya.
Nak tahu apa yang Kakintan gunakan masa masak tadi...
Bahan2nya..
4 ulas bawang putih.
sesudu cili kering diblender.
Sos chili LIFE
Soo tiram LIFE
Kicap pekat
sedikit daun sup
sedikit kobis
sebiji telor
Udang
sebungkus kuew teow
sedikit garam

Caranya :-
Tumiskan bawang putih yg dah siap ditumbuk, sehingga garing masukkan cili kering yg siap diblender tadi, masak sampai betul2 garing masukkan sos chili, sos tiram dan sedikit kicap. Masokkan sedikit garam dan juga sedikit air, bila air nampak menggelegak masokkan telor pecahkan bagi hancur, masukkan kuew teow, dan juga sayur serta udang. Masak hingga sebati. Rasa garam nya, angkat dan taburkan daun sup dan juga bawang goreng. Ok sedia untuk dimakan bersama dengan limau kasturi yg diperahkan jus nya. Salam dan selamat bersarapan...

JUMPA GENG DIPHA PHA TOMYAM SEAFOOD.

Salam dan selamat pagi semua..selamat bertemu kembali diblog Kakintan ini. Entah kenapa semenjak lepas lepas raya ni mood untuk meletak entry entry baru agak berkurangan. He....he....nak kata mood raya berlebihan tak juga...agak agaknya semenjak lepas demam ni badan masih mahu direhatkan selalu agak nya ha...ha...
Ok lah..entry kali ni tentang bertemu dengan MY GENG dan jamu selera di PHA PHA Tomyam di Taman Melawati. Memang dah lama geng geng kami yang ni tak bertemu, kebetulan masa ni ada perkara yang nak kami bincangkan jadi kami ambil keputusan untuk berjumpa di restoren kegemaran salah seorang dari ahli kami.
Dalam pertemuan kami yang singkat ini banyak isu isu semasa yang kami bincangkan...ewahhhh bunyi nya macam penting sangat kan..tak de lahhhh...saje je nak buat macam sibuk sibuk le kan...tapi tak ada apa apa pun. Antara yang hadir ialah Zalarina dan Kak Rosmah...mereka ni orang "kuat" dalam geng kami. En Hubby put ikut sama malam tu...ada juga la dalam 10 orang yang lelakinya malam tu.
Sambil sambil duduk berbincang kami makan makan, antara makanan yang diorder ialah nasi putih, seafood tomyam, meehon goring, ayam goring pandan, udang goring bersalut telor dan juga sayur...tapi dalam banyak banyak menu tu Kakintan paling suka dengan ayam goring pandan dan juga meehoon goring nya ni...huwahhhhhhh...memang sedap sangat...agaknya mungkin sebab dah lama tak makan kut he..he...
Kalau rasa tak percaya bolih pergi kat restoren tu, diTaman Melawati, kalau lalu dari MMR2 menghala ke Zoo Negara dari Setapak memang nampak dari highway tu disebelah kiri jalan. Rasanya harga nya pun tak lah semahal mana.
He..he..bukan nya buat iklan ya...saje je nak share kat sini kat mana makan yang sedap sedap..Ok lah..sampai disini dulu catatan Kakintan...salam dan selamat bertemu lagi dilain waktu...

20 September 2010

ALFATIHAH BUAT ARWAH AYAH, DAN BIRTHDAY UNTUK DIRI SENDIRI...

Salam dan selamat bersua lagi dipagi yang indah ini. Sesungguh nya Kakintan bersyukur sesangat dihari yang bertuah ini sempena menyambut hari kelahiran Kakintan sendiri yang ke49 tahun. Pada usia yang sebegini Kakintan diberikan kesihatan yang baik, keluarga yang baik juga serta teman teman yang selalu memberikan sokongan dan semangat untuk meneruskan lagi perjalanan hidup ini. Apa pun Kakintan bersyukur sangat sangat dengan apa yang telah Kakintan hadapi dan perolehi selama hidup ini...amin...aminnnn..aminnnn ya Allah...
Seperkara lagi yang tak kan Kakintan lupakan disetiap tarikh kelahiran Kakintan saban tahun ialah pada tarikh yang sama Kakintan kehilangan arwah ayah yang tersayang 16 tahun yang lalu. Sewaktu tu Kakintan menyambut hari lahir yang ke33 tahun. Masih ingat lagi hari tu paginya Kakintan menerima sejambak bunga rose merah dari suami tersayang, sebelah petang nya pula Kakintan menerima panggilan talipon mengatakan arwah ayah meninggal dunia....masa tu gelap sekejap rasanya dunia ni...apa pun Kakintan redha atas pemergian nya setelah terlantar sakit selama 3 bulan. Alfatihah buat arwah ayah SHAHRANI BIN SULAIMAN, semoga arwah tenang disana bersama sama orang orang yang beriman...aminnnn

Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan buat tatapan anda semua pagi ini. Salam dan jumpa lagi dilain waktu.....

19 September 2010

NASI KERABU ...SARAPAN PAGI NI....

Salam dan selamat bersua kembali.... dah lama tak letak entry tentang masak masak dan juga makan makan...he..he... tak pa lah kali ni Kakintan nak berkongsi dengan anda semua tentang sarapan pagi ni yang Kakintan beli dari gerai berdekatan..
Dah lama tak bersarapan dengan nasi kerabu, pagi ni dapat juga lepaskan gian bersarapan dengan nya. En Hubby yang tolong belikan selepas menghantar Ezzat kesekolah awal pagi tadi. He.he...siap dengan sambal tumis kerang dan juga keropok serta serunding lagi....ada lagi tu sambal dan juga budu...ok lah sekian dulu untuk pagi ni...bertemu lagi dilain waktu....salam dan selamat hari raya Aidilfitri...

16 September 2010

RAYA KEDUA, PALING MENYERONOKKAN.

Salam... kisah raya tak habis habis lagi kan... kali kisah hari raya Aidilfitri yang kedua... paling menyeronokkan Kakintan rasanya. Patah tumbuh hilang berganti, walau pun Kakintan sedih sebab ini kali pertama Kakintan berhari raya tanpa kedua dua orang tua, baik sebelah Kakintan mau pun En.Hubby tapi ada juga kegembiraan yang menyelubungi hati ini. Mana kan tidak setelah berpuluh tahun kami berpisah membawa haluan masing masing tapi raya kali ini kami bertemu kembali dengan rakan rakan semasa bersekolah dulu. Dah 33 tahun kami membawa haluan masing masing akhirnya bila bersua diFacebook segala nya menjadi kenyataan dalam diary kami dihari raya yang kedua lalu. Mulanya saudara Kamal Zawree yang bertandang kerumah keluarga Kakintan dikampong bersama anak anaknya dan juga isteri tersayang. Alhamdulillah mana nak sangka dengan adanya FACEBOOK kami bertemu kembali. He...he..kalau ditengok dari fizikalnya saiz Kamal tak berubah... cuma raut wajah sahaja yang membezakan kami semua menuju ke separuh abad atau lebih tepat lagi usia warga emas. Apa pun alhamdulillah diusia sebegini kawan kawan yang Kakintan sempat jumpa masih lagi sihat walafiat dan masing masing punya status yang membanggakan.
Antara yang sempat Kakintan temui hari tu ialah Kamal Zawree (baju melayu hijau), Mohd Shah Hussin Shah (Polis DiBukit Aman), Zulkurnain Mohammad (Guru diSekolah King Edward Taiping) dan juga Rohizah Hj Shaari (juga seorang Guru diKulim, Kedah).
Selain dari tu salah seorang kawan baik yang dah lama juga Kakintan tidak pernah temui disekitar Kuala Lumpur ialah Zurida Khalid (seorang Pensyarah di Institiut Perguruan Teknik Cheras). Alhamdulillah akhirnya bersua juga kami bila rumah nya Kakintan dan kawan kawan yang lain main terjah je rumahnya dikampong berdekatan.
Masa Kamal dan family nya sampai kerumah Kakintan kebetulan tengah hari tu Kakintan dan seluroh ahli keluarga adik beradik yang lain mengadakan family gathering... dapat lah Kamal dan family menikmati sama jamuan yang adik beradik Kakintan buat tengah hari tu.
Dah lama tak jumpa mesti banyak cerita yang nak dibualkan... terutamanya kisah kisah zaman persekolahan dahulu. He...he... memang best....harap harap lepas ni kita semua dapat bersua lagi.... dalam suasana yang berlainan pula.. Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan buat kali ini ....salam dan selamat berhari raya....

ZIARAH MENZIARAH DIHARI RAYA.

Salam..entry kisah diHari Raya Aidilfitri lagi... kali kisah kami menzirah kerumah adik beradik yang berada sekitar kampong Kakintan sahaja. Malam raya pertama lagi sebenarnya Kakintan dah mula menzirah kerumah kakak Kakintan yang nombor dua, tapi masa tu leka dengan berbual tak ada sesiapa pun yang mengambil gambar he.he...biasa lah sesekali kalau dah berjumpa dengan adik beradik tak hengat dunia.....
Petang raya nya pula Kakintan dengan adik beradik yang lain menziarah kerumah abang Kakintan yang nombor 4, Kakintan sebenarnya ada 9 adik beradik, 5 perempuan dan 4 lelaki. Sebab itu kalau hari raya memang cukup meriah, dengan adik beradik dan juga anak2 mereka serta cucu2 saudara. Abang Kakintan ni pun tinggal tak jauh dari rumah arwah emak, seorang guru disekolah yang berdekatan...
Kalau pergi rumah abang Jo (Johari) ni memanh meriah dengan kuih muih, kalau tak penoh meja nya tu memang tak sah..tengok je lah tu deretan kuih muih kat atas meja nya tuhhh...he...he....
En.Hubby kalau datang kesini mesti suka makan kerepek kerepek yang dihidangkan. Kalau biskut biskut raya tu kurang la sikit kan sebab semuanya manis manis belaka.
He...he.. deretan 3 Abdul (bak kata P.Ramlee dalam filem nya)....anak anak Kakintan yang turut serta pergi menziarahi bapa saudara nya. Harap harap semoga Aidilfitri kami akan bersua lagi dan dapat menziarahi mereka lagi. Apa pun jodoh, ajal, maut semuanya ditangan Tuhan. Salam dan selamat hari raya Aidilfitri.

MENU DIHARI RAYA AIDILFITRI

Salam semua pengikut2 blog Kakintan, SELAMAT BERHARI RAYA pada semua. Rasanya masa ni masih ramai yang berhari raya kerumah kawan kawan mungkin ada antaranya sudah mula membuat acara rumah terbuka (OPEN HOUSE) dan tak kurang juga mungkin ramai juga yang dah menerima jemputan. Entah lah..pada Kakintan tahun tak ada buat rasanya, lagi pun akhir akhir ni semuanya kurang sihat, jadi mood raya pun agak berkurangan. Entry kali ni nak share disini apa yang Kakintan masak pada hari raya pertama dikampong, seperti selalu nya menu ni Kakintan tak pernah buat dihari pertama Hari Raya, tapi kali ini buat kelainan la sikit masak la spaghetti bolognese, lagi pun anak anak pun minat dengan menu ni. jadi buat la cukup2 untuk anak beranak je, rupanya tak cukup juga terpaksa la masak lagi bila anak anak buah yang lain datang berhari raya diorang pun suka dan minat. he..he...tak apa tak cukup bolih tambah lagi masak, stok kan ade....
Selain dari spaghetti Kakintan macam biasa masak nasi impit segera, masa arwah mak ada pun nasi impit ni satu kemestian pada dia. Arwah mak suka makan dengan kuah kacang yang dimasak bercampor dengan daging, sedap juga rasanya. sesekali terasa macam makan satay. Tapi kali ini Kakintan tak masak pun kuah kacang tu sebab menu tu diserahkan kepada adik Kakintan yang membuatnya.
Kakintan juga menyediakan rendang ayam untuk dimakan bersama dengan nasi impit segera. Kali ini Kakintan korbankan 2 ekor ayam sahaja, sebab kami adik beradik dah berjanji nak berkumpul dirumah arwah mak pada 2 hari raya, jadi tak lah perlu masak banyak banyak kan. Bukan apa sayang kalau basi nanti.
Ada juga masak sedikit kuah lodeh, yang ni kegemaran Kakintan, anak anak semuanya tak minat, jadi kita pun masak tak lah sebanyak mana. Orang kata masak je secukupnya untuk anak beranak itu pun berlebih juga.
Ok lah layan dulu lah menu menu yang Kakintan masak dipagi Aidilfitri yang lepas. Salam dan Selamat berhari raya dan selamat bercuti 1 Malaysia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...