31 Julai 2011

DAPAT IDEA LAGI DARI RUMAH "MEM"

Assalamualaikum,
Selamat berpuasa buat semua kawan kawan blogger yang berugama Islam. Hari ni merupakan hari pertama Ramadhan kita pada tahun ini. Semoga Ramadhan kita kali ini akan bertambah baik dar yg sudah...dan juga menambahkan lagi keinsafan pada diri kita semua.
Sambil sambil mengemas2 rumah tadi Kak Intan sambil2 melayan PC...suka betul dengan hasil kerja tangan Minah2 Salleh ni bila masuk keblog2 diorang..antara hasil kreativiti mereka ialah botol2 minyak wangi yang diorang makeup kan menggunakan kain kain lace...kalau tak percaya jum kita tengok ni..
Semuanya mendatangkan idea kepada Kak Intan untuk melakukan kerja2 seni nya ini..tak rugi rasanya kalau kita buat mana2 yg bolih mencantekkan kediaman kita sendiri...Ok sampai disini dulu...wassalam...

30 Julai 2011

KREATIF NYA "MEM" ....


Assalamualaikum,
Semalam semasa melawat blog salah seorang "MEM " yang tinggal kat oversea tu, ternampak lah kreativiti salah seorang MEM ni ...ANGELA nama nya...MEM ni memang fanatik dengan kain kain lace...sama juga macam Kak Intan tersangat lah suka nya bila nampak kain kain lace ni dalam hasil kerjatangan... jum kita tengok macam mana dia buat dengan sabun LUX yang dihias dan dibalut dengan kain kain lace/renda dan juga dihiaskan dengan bunga kemudian ianya digantung dijadikan pewangi dalam bilek air..... cantek kan? Ermm...jum kita cuba buat nak tak? he..he...Ok lah...sampai disini dulu ya...wassalam.

SALAM RAMADHAN .

Assalamualaikum ,
Selamat bertemu kembali dan selamat bercuti hujung minggu, apa khabar semuanya. Alhamdulillah kita bersua lagi dipagi hari Ahad ini . Dikawasan perumahan Kak Intan sekarang ni cuaca mendung dan agak gelap nak hujan nampaknya. Melalui entry kali ini Kak Intan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh kawan kawan blogger yang berugama Islam...semoga Ramadhan kali ini bertambah baik dari yang lepas lepas...
Ok lah sampai disini dulu celoteh Kak Intan pagi ini, ampun dan maaf juga dari Kak Intan sekiranya ada terkasar bahasa, terasa dihati dalam celoteh Kak Intan yang tertulis diruangan blog Kak Intan ini. Jumpa lagi didalam entry seterusnya, wassalam...

26 Julai 2011

KUEW TEOW GORENG

Assalamualaikum...
Selamat bertemu lagi ditengahari yg mendung ini. Menu sarapan pagi tadi hanyalah kuew teow goreng sahaja. Dah tak tahu apa nak masak... tapi selera terbuka nak makan kuew teow goreng. Biasa nya kalau nak makan main beli je dari gerai2 yang berdekatan dengan rumah. Tapi hari ni merajinkan diri dan bahan bahan yg diperlukan ada dalam stok he...he... apa lagi pepagi dah kelentang kelentung kat dapor menyiapkan nya. Ok rasanya makan ni dah cukup kenyang untuk sampai kepetang nanti....kalau nak masak lagi tunggu la petang sikit kan he..he... ok lah Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu ...wassalam jumpa lagi dilain entry



LONTONG UNTUK SARAPAN PAGI.




Assalamualaikum,
Selamat tengahari semua. Apa khabar?...ada yang sedang menghadapi hidangan tengahari mungkin waktu ini. Tapi Kak Intan kali ini berkongsikan menu sarapan pagi semalam. Lontong dari satu gerai di Kg Baru, tak buat sendiri pun. Lontong nya dibuat secara traditional dengan bungkusan daun pisang. Siap dengan serunding, tempe goreng, sambal tumis, telor rebus dan juga pergedil serta kuah lodeh. Kalau beli sebungkus bolih makan kongsi untuk dua orang. Sedap memang sedap sebab dah bertahun tahun kalau nak makan lontong asli pasti kepasar Minggu Kg Baru ni. Ok lah layan dulu gambar yg Kak Intan kongsikan ini...wassalam


22 Julai 2011

GENG LADIES IN WHITE BERKUNJUNG..

Assalamualaikum,
He..he... kita jumpa lagi disini ya...bukan nya apa seronok sangat nak bercerita pasal kawan kawan yang datang berkunjung kerumah Kak Intan minggu lepas. Kesian pun ada kat diorang ni sebab terpaksa naik tangga...sebab tak ada lift nak sampai rumah Kak Intan yg dilangit ke7 ni he...he... terutama nya pada Sharifah Zaidah yang sarat mengandung anak ke5 nya itu.Tak apa Pah ya...sekurang kurang nya Pah dapat juga excersize kan.... Petang tu Kak Intan jamu diorang dengan meehoon sup tomyam, serawa durian dengan pulut dan juga puding kelapa serta air sirap selasih dan juga teh o panas...
Antara yang datang petang tu Suhani, Sharifah Zaidah , Lidya dan juga Datin Elly.Huwahhhhh.... tengok lah kalau dah berjumpa memang berborak sakan he...he....masa ni diorang pertama kali bersua dengan Suhani...selama ni asyik duk chatting kat FB aje.... tapi Kak Intan dah 3x dating dengan Suhani ni sebab rumah kami tak lah jauh sangat...

Ha...ha...dah kenyang ke DE...dah bertongkat dagu tu....apa pun meeting kita untuk program lepas raya kena bincangkan juga...insyaallah nanti sapa sapa yang join LIWG akan kami beritahu tarikh , tempat, dan bila program akan berlansung...tunggu yaa....
Blueberry tart..buah tangan dari Lidya...sempat juga dia prepair..terima kasih banyak banyak ya Lidya...memang sedap tu...suka sangat...Lidya kata ada yg terlebih "black" he..he...tak apa lah Lidya...black black pun dah habis dah ...selamat...
Sebelum mengundurkan diri ..terima kasih sekali lagi pada kengkawan yang sudi datang kerumah Kak Intan ni ya...ada masa kita jumpa lagi...wassalam

JUMPA KENGKAWAN LAMA2 MASA SEKOLAH DULU...

Assalamualaikum,
Selamat pagi Sabtu dan selamat berhujung minggu pada kawan kawan blogger semua. Redup je cuaca pagi ni kan....alhamdulillah, kalau ada yang buat kenduri hari ni memang sesuai sangat dengan cuaca yang macam ni , tak la panas sangat. Dalam 2 minggu yang sudah Kak Intan dan keluarga diundang kesatu majlis perkahwinan di Wisma LJT, Taman Melawati Ulu Kelang. Majlis tersebut adalah majlis perkahwinan anak kepada salah seorang kawan masa Kak Intan bersekolah dulu, iaitu Puan Aminah Jalil dan suaminya Tuan Hj Ariffin. Terima kasih banyak2 pada Aminah kerana mengundang Kak Intan sekeluarga... biasa nya kalau ada majlis2 macam ni Kak Intan tak kan melepaskan peluang sebab ini lah masanya kami kawan2 masa belajar dulu dapat bertemu semula. Bukan senang antara kami nak berjumpa sebenarnya, ini pun dah 30 tahun lebih kami tak bertemu ya lah...lepas sahaja SPM kami semua mengikut langkah masing2.. ada yang berjaya dan ada juga yang kurang berjaya tapi setakat ini alhamdulillah kami semua bahagia dengan keluarga masing masing...paling membanggakan bila ada antara kami punya anak anak yang berjaya dengan dengan pencapaian masing masing. Kami juga tumpang gembira dan seronok.
Gambar ni diambil masa baru sampai, adusssss.....semuanya dah nampak kearah "penuaan" he..he...almaklumlah dah setengah abad semuanya...ada juga yang dah punya cucu...syukur alhamdulillah...
Apa apa hal mesti ambil gambar ramai ramai sebagai kenangan masa berjumpa, antara nya Abd Razak Embun dan isteri, Jamie dan Suami, Shaharudin Hashim (yang sampai sekarang masih solo)...Zanaidah Masri dan suami Mustaffa Siraj (untung diorang ni dari sekolah sampai lah sekarang masih couple..he..he...), dan akhir sekali Mohd Khir Akhir dan isteri.
Buah tangan (door gift) dari pihak pengantin ..terima kasih banyak2.sorry gambar pengantin nya tak ada la pulak...door gift nya je yg diambil gambar nya

Dua beranak ni pun Kak Intan ajak pergi sama..yg 2 beradik tu je tak ikut sebab masing2 ada hal.
Bila kawan lama bertemu kembali macam2 je cerita nya...Zanaidah Masri dan juga Jamie- masing masing dari Ulu Langat dan Cheras...
Dah habis makan pun kami masih disitu sehingga majlis selesai...seronok berbual sampai tak ingat itu majlis kenduri kahwin he..he... nasib baik kami datang agak lewat sikit sebab dah plan...kalau jumpa kengkawan nanti mesti lambat nak balik..ha...ha...


Orang yang terakhir kami tunggu hari tu ni lah dia Razak dan isterinya Ruby dari Kampong Pandan.Tak cukup masa bersembang di majlis tersebut Kak Intan ajak diorang singgah pondok buruk Kak Intan tu sambung2 bercerita he..he...Ok lah sampai disini dulu celoteh kak Intan pepagi ni...sampaikan berjela jela dah ni...wassalam..jumpa lagi dientry seterusnya...

TOYS UNTUK YG MEMINATI NYA...

Assalamualaikum....
Selamat petang...nak cerita apa lagi ekkk? Oh ya..beberapa minggu yang lepas jalan jalan cari barang untuk hadiah perkahwinan anak sorang kawan diKuala Lumpur ni juga.... tak tahu nak beli apa lepas satu barang, satu barang yang Kak Intan belek dibahagian barangan elektrik....Bingung juga apa yang nak dibagi periuk nasi ke..seterika kain ke....blender ke...haizzzzzz.... penyudah nya Kak Intan melarat pulak membelek kebahagian pinggan mangkuk pula. Biasalah orang perempuan kan kalau nampak yang pelik pelik sikit mula lah gatak kepala yang tak berkutu tu dibuat nya ha...ha....

Belek punya belek nampak lah bekas ni.... wahhhhhhh dah lama dah berkenan sangat ni... selalu nya kalau nampak patern patern pinggan mangkok yang macam ni kekedai SSF atau pun SOGO diJalan TAR tu...sekarang ni rupanya tak payah nak kesitu lagi yang dekat dengan rumah pun dah ada jual he..he... cepattttt je Kak Intan rembat...Sebelum ni selalu juga nampak diblog blog Minah Salleh yang menyimpan koleksi koleksi macam ni...tapi harga nya bolih la tahan berdentum juga nak membayar nya..Tapi yang ini pada Kak Intan harga nya mampu milik olih sesiapa sahaja. Ok lah panjang dah celotehnya ni.... sampai sini dulu lah ya....wassalammm

MEEHOON SOTO


Assalamualaikum,
Entry menu makanan lagi...kali ni makan meehon soto pula. Cuaca panas panas macam sekarang ni kekadang tak selera nak makan nasi... apa yang selera kalau dapat makan makanan yang sup2 atau pun berkuah... yang ala ala kuah tomyam tu pun sedap, campurkan mee kuning ke atau meehoon ke atau pun kuew teow pun sedap. Kali ni Kak Intan masak meehon soto sahaja...janji berkuah sup...sedap menghirupnya... tambah tambah kalau masih panas, fuhhh...meleleh leleh peluh tu yongggggg makan nya he..he.... Resepinya, rasa nya tak payah la Kak Intan sertakan..ramai yang dah arif membuat nya kan... ok Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu...jumpa lagi dientry yg akan datang .... wassalam

SERAWA DURIAN DENGAN PULUT.


Assalamualaikum,
Selamat petang Jumaat, dah minum petang ke? Kalau belum jum.... ikut Kak Intan makan serawa pulut durian...ikut cuci mata je la ya...sebab ini menu yang dibuat beberapa hari yang lepas. Kebetulan stok pulut dan juga stok durian masih ada lagi... apa lagi cari santan je lah nampak nya dengan petik daun pandan beberapa helai yang ada kat bawah sana tu. Dah tu terus je masak pulut kemudian masak pula serawa durian. Kebetulan petang tu geng2 Kak Intan dalam LIWG pun datang kerumah.... ok hidangkan lah sekali untuk diorang makan makan he..he...ok sampai disini dulu...kita jumpa lagi dientry seterusnya ya....wassalam.

17 Julai 2011

BASIKAL...NAK BUANG SAYANG .....

Assalamualaikum,
Kak Intan ni kalau ada masa masa terluang suka sangat membelek belek hasil kerja tangan Minah Salleh dalam blog blog mereka ni...salah satu yang Kak Intan minat ialah dengan basikal basikal diorang ni.... diorang tak buang begitu saja dikedai kedai besi buruk atau dimana mana tempat sampah ...sebaliknya diorang ni makeupkan dan hias basikal ni dengan pokok pokok bunga yang berwarna warni...cat nya juga cantek cantek...tengok lah salah sebuah basikal ni dah dimakeupkan....cantekkan?
Apalagi...satu petang minggu lepas, kebetulan anak bujang ni pulak off day (tak bekerja) jadi dengan rela hati dia kutip basikal anak jiran yg dah lama tersadai kat tepi pagar depan rumah nya. Dia belikan cat spray tu 2 botol terus buat kerja kerja menaikan taraf basikal ni...sebelum tu banyak yg perlu dibuang sebab dah berkarat sesangat....
Ini lah hasilnya bila dah dicat...kemudian diletakkan pasu pasu bunga...memang cantekkan...tapi rasanya kalau ianya dicatkan dengan warna hijau macam basikal Minah Salleh tu lagi cantek agaknya, atau pun dicatkan dengan warna pink...lagi berseri rasanya. he...he...tak apa nanti kita bolih cantekkan lagi.
Pasu pasu bunga tu pun Kak Intan perlu tukarkan dengan pasu pasu yang berwarna putih baru lah nampak seragam dan tambah cantek lagi he...he...
Ok lah...sesiapa yang ada basikal anak anak yang dah tak digunakan lagi bolih lah mencubanya...bolih juga buat hiasa didepan rumah kita sempena nak menyambut hari raya yg akan datang tak lama lagi....wassalam, jumpa lagi dientry seterusnya nanti.

AGAR AGAR KACANG MERAH.

Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita dalam entry menu makanan yang seterusnya pagi ini. Kali ini buat agar agar kacang merah pula. Resepi yang digemari olih seorang rakan yg Kak Intan kenali melalui FB. Katanya dia memang suka dengan agar agar kacang merah ni...nak buat pun senang.
Kalau ada sesiapa nak mencuba silakan. Kacang merah nya terlebih dahulu direndam beberapa jam kemudian direbus sehingga kembang dan kemudian nya diblender sampai hancur. Masak agar agar bersama gula dan juga air kemudian campurkan kacang yang telah diblender tadi. Masakan sehingga mendidih , kemudian masukkan dalam acuan yang digemari kemudian sejukkan dalam peti ais...
Selamat mencuba. Wassalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...