31 Mac 2010

HAPPY BIRTHDAY AS, UMIE DAN JUGA ZALIANA..

Salam ..... ceria betul pagi ni kan...rasa seronok bila 3 orang dari rakan rakan cyber menyambut harijadi masing masing hari ini. Dengan itu seperti biasa Kakintan juga nak menghadiahkan seorang sejambak "bunga" kepada mereka iaitu pertama sekali buat As Ridhwan (http://mynurkasih.blogspot.com/) - NUR KASIH.
Sejambak "bunga " yang kedua ini pula untuk UMIE-E-(http://umi-e.blogspot.com/) UNDER ONE ROOF.
"Bunga " yang ketiga ini pula adalah untuk ZALIANA (http://zaliana.blogspot.com/) JURNAL RASA.
Antara ketiga tiga mereka ini, setakat ini hanya As yang belum pernah Kakintan jumpa, sebab dia tinggal jauh di New Zealand mengikut suami nya bertugas disana, tapi kami sering chatting melalui YM atau pun diFB.Yang 2 orang lagi tu Kakintan dah pernah bersua...terutama nya UMIE he...he... Zaliana pula baru hanya sekali Kakintan berjumpa, tapi Kakintan selalu juga keluar masuk keblog nya... tambahan pula bila melihat hasil kerja tangan sulaman riben Zaliana yang menggoda Kakintan. Ok lah kepada As, Umie dan Zaliana semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan juga semoga Allah memberkati hidup anda semua didunia dan akhirat disamping orang orang yang tersayang...aminnnnnnn...

AGAR AGAR KACANG MERAH.

Salam kawan kawan blogger yang datang berkunjung kesini....diam tak diam dah 1 April hari ni ya...rasa macam baru lagi kita menyambut tahun baru 2010 tempoh hari. Cepat sungguh masa berlalu... Ok menu Kakintan kali ni ialah agar agar kacang merah. Kakintan buat konon nya nak mengisi pinggan seorang jiran sebelah rumah untuk dipulangkan semula... dah lama tak kan nak pulang pinggan kosong je kan... malu ahhh...he..he....
Resepi yang Kakintan gunakan main letak letak aje apa yang patut .... yang penting ada rasa manis dan lemak lemak sikit gitu...he...he... antara bahan bahan yang Kakintan guna kan:-

agar agar serbuk
air
gula merah
kacang merah
sedikit garam

Kacang merah tu Kakintan rebus terlebih dahulu, kemudian Kakintan masak sekali lagi dengan mencampurkan semua bahan bahan yang lain lain tu. Bila mendidih angkat, masukkan dalam acuan yang sesuai dan sejukkan . Dah siap... ringkas aje....

30 Mac 2010

AWARD SETERUSNYA DATANG DARI.....

Salam dan selamat pagi semua, sebenarnya Kakintan nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada 2 orang blogger ini yang sudi menganugerahkan award ini....kalau dilihatkan apalah sangat dengan blog Kakintan ini, rasanya serba kekurangan, apa lagi dengan penggunaan bahasanya yang caca marba... ikut sedap tangan Kakintan menekan keyboard ni je. Apa apa pun terima kasih sekali lagi kepada pemberi award yang pertama ini iaitu IDDA HASHIM (http://iddahashim.blogspot.com/) yang tinggal jauh di bumi SAUDI ARABIA. Idda seorang surirumah yang punya 4 anak merantau kesana, sebab mengikut suaminya yang bertugas.
Idda, cantek award ni, macam dia tau tau pula yang Kakintan ini penggemar bunga ros....memang suka sangat sangat ni Idda...he..he.....dan yang seterusnya ini adalagi satu award yang Kakintan terima daripada YUS (http://mylife-is-beautiful.blogspot.com/)
YUS atau Yuslina bt Ghazali, terima kasih banyak banyak juga Kakintan ucapkan dengan pemberian award ini. Rasa macam terharu juga dengan anugerah yang YUS berikan. Pada pendapat Kakintan, dengan pemberian begini ianya dapat merapatkan lagi hubungan antara kita didunia cyber ini. Sesungguhnya kita semua ini belum pernah lagi bertemu dialam nyata. Insyaallah, manalah tahukan entah esok entahkan lusa.....mungkin kita akan bersua juga. Untuk itu kedua dua award ini Kakintan nak serahkan pula pada teman teman blogger yang lain iaitu:-

1. BEN ASHAARI-http://www.benashaari.com
2. IZAN- ROME ITALY-http://puerile82.blogspot.com/
3. Yatie-http://yatiememories.blogspot.com/
4. ROS- JEPUN-http://www.jintanmanis.com
5.AMY GERMAN-http://schwenkeena.blogspot.com/
Ok harap harap kawan kawan yang namanya tersebut diatas dapat mengangkut kedua dua award diatas ini ya dan tampalkan diblog masing masing. Sekian dulu catatan Kakintan untuk dipagi Rabu ini.....Salammmm...

28 Mac 2010

TOMYAM AYAM....

Salam dan selamat petang semua...Kakintan nak letak N3 tentang menu yang Kakintan siapkan untuk tengah hari tadi...hanya tomyam ayam dan nasi putih sahaja dulu...maklumlah badan rasa macam kurang sihat hari ni...
Kalau badan rasa macam kurang selesa dan tekak juga kurang selera biasanya ini lah menu yang paling Kakintan suka...dapat menghirup kuah nya yang suam suam tu pun dah cukup..sebab rasanya yang ada masam masam , dan juga pedas tu...selain dari tu bau serai dan juga limau purut membuat kan selera terbuka...tapi ini untuk Kakintan sorang je la he...he... menjelang untuk makan malam nanti mesti kena masak sayur atau pun kena la tambah lagi dengan telor dadar ke...
Ok..sekian dulu catatan tentang menu Kakintan tengah hari tadi...layan dulu gambar tomyam ayam ni ya...bye..bye.....& salammm....

27 Mac 2010

AWARD DARI UMMI KUANTAN.

Salam dan selamat bersua lagi diblog Kakintan ini...wahhhh rasanya bulan ini bulan award sedunia..he..he...apa tak nya tiap tiap minggu mengangkut award dari kawan kawan....terima kasih banyak banyak atas ingatan ini...kali ini Kakintan terima award ini dari UMMI KUANTAN....sapa yang tak kenal dengan nya yang pakar dalam hal masak memasak ni dibandingkan dengan Kakintan yang tak seberapa nya ni....apa apa pun thanks banyak banyak ya UMMI...
Ok perkara pertama dah selesaikan....Kakintan dah bagitahu siapa yang bagi award ni...iaitu UMMI KUANTAN (http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/) kepada sesiapa yang nak keblognya Kakintan dah letak link nya kat atas tu....bolih la merujuk disitu kalau teringin dengan apa juga masakkan dari resepi beliau...
Yang seterusnya Kakintan nak kena berikan kepada 15 orang yang lain pula...

1. Captain Bukhari - resepirahsiaku.blogspot.com
2.Umiliya-Diary Umiliya 6677-http://umiliya.blogspot.com/
3.Mrs Nor - DIARI KEHIDUPAN - http://mrsnorhobi.blogspot.com
4.Mummy Seri- Epok Epok Pusing - http://mummyalyssa.blogspot.com/
5.Hamsiah Junid- Keluarga Airuti- http://keluargairuti.blogspot.com
6.Rozie Little Cottage- http://roziecottage.blogspot.com
7. Sali Cottage- http://salicottage.blogspot.com/
8.Ina Kuantan - http://zarinawati74.blogspot.com/
9.Eija Cottage - http://eijacottage.blogspot.com/
10. Jija Lovely Cottage - http://jija-craft.blogspot.com/
11. Yatt Precious - http://yattbzgg.blogspot.com/
12.Nannie-MY PASSION- http://smockingwithnannie.blogspot.com/
13. Jue..Alam Damai Julia - http://alamdamaijulia.blogspot.com/
14. Lynn Cottage - http://lynncottage.blogspot.com/
15. Mona - English Vintages - http://englishvintages.blogspot.com/
ok dah cukup kan 15 orang yang Kakintan cari untuk dipanjang kan lagi award ini kepada kawan kawan yang lain...


Kepada nama nama yang tersenarai dipersilakan untuk mengambil nya dan menggantungkan nya diblog masing masing...sekian dulu sampai disini salam..

PINEAPPLE PIE....

Salam semua pengunjung pengunjung blog Kakintan, terima kasih kerana masih tak jemu jemu untuk berkunjung kesini. Dah sarapan ke pepagi ni? Sambil sambil tu jum kita tengok apa yang Kakintan buat pada petang hari Jumaat lepas....
Oleh kerana teringin sangat nak makan pineapple pie buatan sendiri Kakintan pun cuba la buat.....selalunya kalau Kakintan nak makan beli je diMcDonald. Kakintan guna pastry puff (jenama Kawan) untuk membuat kulit nya. Intinya Kakintan buat sendiri dari nenas yang dicampor kan sedikit garam, serbuk kulit kayu manis dan juga brown sugar. Errmmmm....rasanya bolih tahan, tapi rupanya tak cantek sangat. Bolih la untuk makan sendiri kan, bukan untuk diniagakan he...he... Ok sekian dulu menu Kakintan buat kali ini, salam untuk semua dan bye bye...

26 Mac 2010

SANDWICH TUNA...

Salam semuanya dan selamat bercuti hujung minggu kepada yang sedang bercuti....kepada yang sedang menjalankan tugas pula selamat menjalankan tugas tugas seharian. Hari ni agak kelam kabut sikit pada diri Kakintan, bangun seawal jam 5 pagi, sebab ada program yang Kakintan ikut pepagi tadi.
Untuk itu bagi mengalas perut Kakintan pun menyediakan sandwich tuna sahaja untuk sarapan pepagi tadi...Ok...sekian dulu catatan Kakintan untuk pagi hari ini....sekian dan salammmmm........

25 Mac 2010

KUIH KERIA/KUIH GELANG....

Salam dan selamat pagi semua ....... cuaca diluar hari ini nampak mendung dan agak gelap...rasanya tak lama lagi tu hujan pastinya akan turun. Dah breakfast ke? Apa gaknya breakfast pepagi ni. Hari ni Kakintan breakfast dengan nasi himpit bersama kuah lodeh dan juga kuah kacang....tapi menu yang kat bawah ni?..yang ini Kakintan buat petang semalam untuk minum petang
Dah lama pun tak buat kuih keria ni...mulanya beli ubi keledek peancangan nya nak buat bubor cha cha....tapi bila bahan masakkan tak mencukupi tukar je ke menu yang lain, maka jadilah ianya kuih keria ni....rasanya ramai yang pandai buat...jadi tak payah la Kakintan letakkan cara2 untuk membuatnya kan?...ok layan dulu gambar kuih keria Kakintan ni ya.....salammm....

AWARD DARI AZMIEZAS.....

Salam dan selamat pagi semua dihari Jumaat yang mulia ini, kali ni Kakintan menerima award lagi dari salah seorang teman blogger. Ada 2 award yang diberikan nya....
Untuk itu Kakintan nak ucapkan terima kasih banyak banyak kepada pemberi award ini iaitu..
1. AZMIEZAS dari http://azmiezas-cantek.blogspot.com

2.Listkan tarikh lahir anak yang pertama dan seterusnya:-
KHAIRUL EZME - 24 August 1984
KHAIRUL EZWAN - 31 August 1986
KHAIRUL EZZAT- 9 March 1995
3. Sesiapa yang pregnant bolih letak gambar pregnant ya.
4. Sila serahkan award ini pada sesiapa yang anda rasakan hot Mama...ok lah
kali ini Kakintan nak senaraikan nama nama mereka ya....

1.Mamakiter- ANITA MARZUKI
2.Ummi Humaira-SUATU PERJALANAN
3.Mimieloma-SURIRUMAH IT
4. Mazliza - ILHAM DAPUR
5.Sharifah Norhoodza- SEIRING JALAN
6.CT Delima-
7.Azlina-TERIMALAH AKU SEADANYA
8.Zaina Maria-DIARI KEHIDUPAN KU
9.Shiori - MY HOBBY, MY FAMILY
10. Mcsue- TERATAK IMPIAN KASIH.
Kepada mummy mummy namanya yang tersenarai diatas silakan mengambil award yang ini juga ya....untuk ditampal/digantung disini.Ok....sekian dulu buat kali ini bye....bye...

24 Mac 2010

AGAR AGAR LAICI KOKTAIL....

Salam semuanya kepada yang berkunjung kesini hari ini...menu yang ingin Kakintan kongsikan kali ini ialah agar agar laici koktail...resepi yang dibuat sendiri, main buboh sahaja mengikut citarasa sendiri.
Bahan bahan yang digunakan..
agar agar serbuk
1 tin buah buahan koktail
air
gula
perisa laici


Caranya nya...
Masakkan serbuk agar agar bersama air mengikut sukatan yang diperlukan. Campurkan perisa laici dan sedikit susu pekat serta gula. Masak sehingga hancur. Campurkan juga sirap dari buah buahan koktail tadi sehingga mendidih. Basahkan acuan yang digunakan dan masukkan campuran buah buahan koktail tadi, tuangkan agar agar yang dimasak tadi , sejukkan. Ok...dah sejuk dan keras bolih la makan...sedap makan dimusim musim panas ni kan..ok...salam sekian dulu buat kali ini....bye...bye...






23 Mac 2010

BEKAS MENYIMPAN TELOR YG CANTEK....

Salam semuanya....Kali ni Kakintan sebenarnya nak mengucapkan terima kasih kepada Azlina dari Manjung kerana telah melaksanakan tempahan Kakintan tempohari. Seperkara lagi terima kasih banyak banyak sebab tempahan tu begitu comel sekali dan ianya dihantar sendiri byhand olih Azlina dan suami, malang nya rezeki tiada untuk kita berjumpa...tak apa di lain kali mungkin ada rezeki ya.
Azlina, malam tadi Kakintan dah ambil rumah telor tersebut dari Ida Cottage. Kakintan dan suami merempit sekejap dengan motor untuk berjumpa Ida di Taman Sri Rampai he...he....nanti kalau dah ditampal tampal tu mesti tambah cun kan Azlina....sekarang ni Kakintan tengah fikir fikir kat mana pulak rumah telor ni nak parking....ok kalau dah siap decal dan parking nanti Kakintan buat tayangan kat sini lagi ya...sekali lagi terima kasih banyak banyak pada Azlina dan suami kerana bersusah payah dengan tempahan ini ya....tunggukan bankin dari Kakintan ya...Salam...




22 Mac 2010

MENU SEMALAM

Salam dan selamat pagi.....cerah nya cuaca pepagi hari ni...Kakintan baru je nak letak menu semalam pada N3 hari ini....antara nya ialah agar agar laici berlapis....sedap dimakan dalam cuaca yang panas macam sekarang ni...resipi nya Kakintan main buboh je asal sedap pada citarasa sendiri he..he....
Untuk lauk tengahari semalam Kakintan masak kari daging dicampur dengan ubi kentang. Adalah menu sampingan lain macam ikan goreng, dan juga paling wajib sambal belacan ulam timun...yang dimakan bersama nasi putih.....

Ok sekian dulu catatan Kakintan pagi ni,ni tengah berfikir apa pulak menu untuk hari ni. Hari hari tak ada benda lain yang difikirkan ialah apakah hidangan yang akan dimasak untuk hidangan seisi keluarga. Ok salam & bye...bye...






21 Mac 2010

NASI PUTIH PADPRIK AYAM...

Salam semuanya dan selamat sejahtera pada yang berkunjung kesini. Selamat berhujungminggu juga Kakintan ucapkan. Mesti ramai yang berjalan jalan bersama sama keluarga dihujung hujung minggu begini. Kakintan pula tak kemana mana petang ni....mulanya bercadang nak keluar juga kepusat membeli belah yang berdekatan, tapi baru bersiap handphone berbunyi..sister in law kata nak datang bersama sama dengan anak dan menantunya, jadi Kakintan pun membatalkan rancangan..he..he... bukan selalu diorang datang kan..
Pepagi tadi Kakintan dah masak awal awal lagi, masakkan yang ringkas ringkas je , tu dianya nasi putih, dipadankan dengan padprik ayam, ulam timun. Selain tu Kakintan juga buat telur dadar. Ya lah kan konon2nya nak keluar window shopping tapi tak kesampaian...tak apa lah lain kali bolih pergi. Ok layan dulu menu ringkas Kakintan untuk hari ni ya...salam & bye....bye....

20 Mac 2010

BERTEMU GENG FACEBOOK, ......



Salam semua pengujung pengunjung blog Kakintan ini, apa khabar semua? Selamat berhujung minggu pada anda semua dan mana yang bertugas pada hari ini, selamat menjalankan tugas tugas anda semua. Kepada yang bercuti lagi selamat bercuti. Semalam Kakintan masih lagi memenuhi jemputan kahwin beberapa orang anak anak rakan kenalan sekitar Kuala Lumpur ini. Antaranya Kakintan kemajlis perkahwinan Norzila & Nazrin diPusat Komuniti Taman Ibukota, Gombak. Dimajlis tersebut Kakintan bertemu kawan kawan dari "geng Face book" iaitu Kak Sapiah dan juga Teh Saadiah. Kedua pengantin tersebut bertugas di Dubai...alhamdulillah majlis berlansung sederhana tapi meriah. Makanan yang disediakan juga sedap sedap, tapi Kakintan kurang layan nasi beriani nya, sebaliknya Kakintan ambil rojak, cendul, goreng pisang dan juga goreng keledek.

Inilah dia geng dari Facebook iaitu Teh Saadiah dari Bukit Indah Ampang dan juga Kak Sapiah dari Setapak juga. Lepas sahaja kami makan makan dimajlis tersebut, kami sepakat untuk kePWTC untuk melihat Pesta Buku disitu. Kami pergi satu kereta sahaja...memandangkan kesulitan untuk meletak kereta dikawasan itu, tentunya pengunjung nya ramai masaalah parking kereta akan berlaku.Disitu mulanya kami kegerai Karangkraf, apa lagi yang dicari kalau bukan buku buku yang berunsurkan kraftangan, masakkan dan juga novel novel. Kakintan sendiri suka dengan buku buku kraftangan seperti crosstich, decoupage, seni menjahit manik manik dan juga pelbagai jenis masakkan.

Teh Saadiah ni sibuk dengan buku buku masakkan, seperti kek dan juga kuih muih memandang kan Teh kini baru memulakan perniagaan dalam kuih muih basah dan juga cupcake. Lepas satu rak kesatu rak kami pergi....Kak Sapiah ni pula berminat dengan membaca novel novel...lepas satu ,satu novel yang dibeleknya akhir nya novel karya Norzailina Nordin yang menjadi pilihan. Dapat juga bertemu dengan Puan Norzailina ni sambil tu dapat juga tandatangan darinya dari pembelian buku2 novel yang ditulisnya.
Teh (berbaju choklat ) dan Kak Sapiah..... belek jangan tak belek he..he.. memang leka kami bertiga dibuatnya. Itu baru gerai Karangkraf sahaja belum lagi kegerai gerai lain.
Antara buku buku yang menjadi perhatian Kakintan dan kawan kawan. Lama juga kami disitu, sampai hampir jam 7 petang baru kami bertolak pulang kerumah masing masing.Itu pun hati masih belum puas, kerana masih banyak lagi gerai gerai yang belum kami lawati. Ok lah setakat ini dulu yang dapat Kakintan cerita kan tentang aktiviti Kakintan pada hari Sabtu semalam...salam dan bye.....bye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...