28 Februari 2011

MEEHON GORENG LADA HITAM


Assalamualaikum,
Bertemu lagi pagi ini dengan entry sarapan pagi yang Kak Intan buat minggu lepas. Kali ini meehoon goreng yang dicampurkan lada hitam. Selalunya buat meehon goring biasa yang dicamporkan cili sos atau pun cili kering yg telah diblender, kali ni buat la yg lain sikit. Lagipun dalam cuaca sejuk sejuk begini elok juga kalau kita makan lada hitam untuk memanaskan badan.
Bahan bahan nya:-
Meehoon - direndam sehingga lembut
Bawang putih
Bawang merah
Sos tiram
Black pepper sos
Sedikit taugeh
Daun sup dimayang halus
sedikit minyak bijan
lada hitam serbuk
sedikit udang
sedikit minyak untuk menumis.

Caranya :-
Tumis bahan bahan penumis iaitu, bawang merah, dan bawang putih, masukkan sedikit garam kacau sehingga naik bau nya. Masukkan sedikit air, sos tiram, black pepper sos dan juga udang, biarkan sekejap, masukkan meehon yg telah lembut, gaulkan sebati. Masukkan pula sayur2 mengikut kesukaan anda, seperti taugeh atau sedikit sawi. Tapi dirumah Kak Intan kalau goreng meehon ni kena asingkan sapa yg nak sayur dan sapa yg tak nak sayur...sapa yang nak sayur tu memang Kak Intan masukkan sayurnya kemudian sekali terutamanya sayur taugeh...memang ramai yg tak suka dengan sayur ni. Taburkan juga dengan serbuk lada hitam dan gaulkan hingga sebati. Ok lah dah siap bolih lah hidangkan dengan taburan bawang goreng dan juga potongan daun sup serta cili merah...Selamat mencuba

NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH.

Assalamualaikum,
Jumpa lagi dientry kedua Kak Intan petang ini. Bukan nya apa ni mood rajin dah datang he..he... kena layan betul betul, kalau mood malas yg datang aduhaiiii.....sabar je lahhh...Kak Intan kena stop sekejap kat sini ya...petir dentum dentam diluar tu ..nanti kita sambung lagi ye... insyaallahhh..
Ok....nasi tomato dan ayam masak merah ni Kak Intan buat untuk menu seisi keluarga. Dah tak tahu apa nak masak dihari tersebut, jadi fikir punya fikir masak je lah nasi tomato, lagipun stok beras basmathi masih ada sedikit sahaja lagi, sebelum didatangi "penghuni" baik Kak Intan masak cepat cepat.
Resepi ni Kak Intan main belasah sahaja tak ikut mana mana resepi, dulu dulu selalu juga tengok arwah emak masak nasi ni jadi ikut sahaja apa yang arwah ni buat dulu...

Bahan bahan:-
Beras basmathi 3 pot (guna pot susu)
bawang merah- dimayang halus
bawang putih- dimayang halus
halia-dimayang halus
Kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
1/2 cawan susu cair
1/2 tin tomato puree
sedikit garam
3 pot susu air
Daun pandan
Minyak sapi untuk menumis ( Kak Intan guna majerin je kali ni)

Cara nya.
Basuh beras bersih2. Toskan terlebih dahulu.
Tumiskan bahan2 rempah sehingga naik baunya didalam minyak sapi yg telah dipanas kan terlebih dahulu didalam periuk, apabila garing masukkan bahan bahan yg dimayang halus tadi, kacau lagi sehingga garing, masukkan air, susu cair, dan juga tomato puree. Masukkan sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpulkan. Apabila sudah menggelegak masukkan pula beras yg telah dibersihkan tadi, gaulkan sebati dan biarkan ianya hingga kering dan masak. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan juga daun sup ikut kesukaan masing masing.

AYAM MASAK MERAH

Bahan bahan:-
Seekor ayam yang telah siap dibersihkan digaul bersama garam dan kunyit. Digoreng separuh masak
sedikit chili sos
bawang merah
bawang putih
chili kering yg siap diblender
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih buah pelaga-ubtuk ditumis
bawang besar dipotong melintang

Cara nya :-
Tumiskan rempah2 penumis tadi sehingga naik baunya, masukkan pula bahan bahan yang diblender, cili kering, bawang putih dan bawang merah, biarkan sehingga garing dan betul2 masak, masukkan pula sedikit cili sos, garam mengikut rasa, sedikit gula dan akhir sekali masukkan ayam yg telah siap digoreng tadi serta potongan bawang besar , gaulkan hingga sebati dan angkat. Ok siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

KUEW TEOW GORING KERANG + UDANG.

Asslamualaikum ,
Selamat bertemu kembali diblog Kak Intan ini. Apa khabar agaknya? Semoga kawan kawn semua sihat walafiat bersama sama orang yang disayang. Ok menu Kak Intan kali ini Kuew Teow goring bersama kerang dan juga udang. Ini lah juga menu sarapan pagi Kak Intan tadi.
Rasanya untuk resepinya , semesti nya semua orang dah tahu jadi tak payah lah Kak Intan sertakan disini. Sebab Kak Intan masak kuew teow ni main belasah aje, tak lah mengikut menu yang betul.... apa kata orang ikut rasa hati janji sedap dimakan. Ok lah sekian dulu catatan Kak Intan petang ni ya. Jumpa lagi dientry seterusnya...

22 Februari 2011

MENU KERING2 LAUK MAKAN TENGAHARI SEMALAM

Assalamualaikum,
Jumpa dientry yang seterus nya, menu yang dimasak untuk makan tengahari semalam.Dah tahu apa nak masak semalam jadi ini lah dua menunya yang dimasak tanpa berkuah, tapi memang sedap kalau dah dilawankan ddengan nasi putih panas panas.
Kak Intan buat sambal goreng ikan bilis dengan ubi kentang sahaja.
Nak kasi lagi mengancam Kak Intan gorengkan pula ikan terubok masin pemberian jiran sebelah rumah yang sememang nya berasal dari Kucing Sarawak...huwahhhh meleleh peloh dibuat nya kena pulak terubok masin tu Kak Intan potong kan bawang dan cili api, kemudian di perah kan air limau nipis diatas nya. Ok lah layan dulu pic Kak Intan ni ya. Jumpa lagi dientry seterusnya nanti.

AGAR AGAR KACANG MERAH

Assalamualaikum,
Selamat bertemu lagi dipagi Rabu yang ceria ini,apa khabar. Apa pula menu untuk dimasak hari ni ya?..Ini menu yang Kak Intan buat untuk pencuci mulut petang semalam. Resepi nya Kak Intan dapat dari seorang kawan FB juga, senang dan juga sedap dimakan.
Ada sesiapa nak mencuba? Nanti Kak Intan kongsikan disini ya, ok jummm..
Bahan bahan nya:
50gm kacang merah - direndam 1 jam dan direbus hingga kembang dan masak
kemudian diblender hingga halus.
1 paket agar agar-direndam sekejap sebelum direbus
1.5 liter air
gula ikut manis yang disukai
2 helai daun pandan.

Caranya:-
Masak agar agar bersama gula dan juga 1.5 liter air dan daun pandan. Bila agar agar sudah larut masukkan kacang merah yg sudah siap diblender tadi. Masak sehingga betul betul mendidih. Angkat dan masukkan dalam acuan yang sesuai, sejukkan... Selamat mencuba... jumpa lagi dilain entry...

20 Februari 2011

DAGING MASAK KICAP.

Assalamualaikum ,
Menu pada hari Sabtu yang lepas antara lauk yang Kak Intan masak ialah daging masak kicap. Dah lama tak buat daging masak kicap ni. Selalu nya kalau ada stok daging Kak Intan masak kari, atau pun masak lemak cili api dengan kentang atau pun masak dendeng.
Kali ini Kak Intan buat masak kicap lain dari yang selalu Kak Intan buat, sebab selalunya Kak Intan tak camporkan oyster sos, dan juga sos black pepper serta sedikit chili sos.Kali ini ketiga2 soso ini Kak Intan campor kan serba sedikit, selalin dari itu segala rempah untuk menumis nya seperti kulit kaju manis, bunga cengkih, bunga lawang dan juga buah pelaga Kak Intan tumbuk halus, begitu juga bawang putih bawang merah, serta halia juga Kak Intan tumbuk halus, dah tu tumis sehingga betul2 garing dan naik baunya baru Kak Intan masukkan sedikit air dan juga kicap...tutup kuali rapat2 dalam 20 minit sehingga daging betul2 empuk baru masukkan sos2 tu semua tadi. Jangan buboh garam banyak2 sebab kicap kadang2 dah cukup masin. Selain lebih sedap kuah nya juga agak pekat. Ok lah selamat mencuba, terima kasih.

SELAMAT BERTUNANG BUAT KALIAN BERDUA.

Assalamualaikum semua.
Semalam 20.o2.2011 bersamaan hari Ahad, Kak Intan dan suami menghadiri majlis pertunangan antara Norsham dan juga Wan diTaman Sri Gombak. Majlis bermula dalam jam 10 pagi dikediaman abang kepada Hubby En.Nordin Bahar dan isterinya Kak Noraishah. Norsham adalah anak ke4 mereka juga merupakan anak paling bongsu dalam keluarga tersebut.
Pihak lelaki datang datang dengan 6 buah kereta. Agak ramai juga rombongan yang datang dari pihak lelaki ini.Seperti yang telah dijanjikan pihak lelaki datang tepat pada masa nya iaitu dalam jam 1tengahari. Mereka datang membawa 5 dulang hantaran.Antara barang barang yang dibawa merupakan 2 bentuk cincin, salah satunya cincin merisik, dan yg satu lagi cincin pertunangan, sireh junjung, bunga rampai, kek,dan juga cupcake.
Pihak perempuan membalas nya dengan 7 dulang hantaran. Antaranya sireh junjung, bunga potpuri, kek, choklat, buah buahan, gula manisan,dan juga sepersalinan kain untuk baju melayu.
Dalam majnlis tersebut En Hubby telah menjadi wakil kepada tuan rumah untuk menerima peminangan tersebut. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar,selesai upacara peminangan , rombongan dari pihak lelaki telah dihidangkan dengan makanan tengahari. Hidangan disediakan dari catering merupan nasi putih, ayam masak lemak chili padi + kentang, sayur campor, ikan masin, sambal belacan berserta ulam ulaman dan juga rendang daging. Agar agar santan disediakan sebagai pencuci mulut dan juga air sirap sebagai minuman nya. Ok lah...sampai disini dulu catatan Kak Intan pagi ni, wassalam...jumpa lagi dientry seterusnya...
Dalam gambar Norsham (berbaju merah) sedang bergambar bersama sama sebahagian dari kawan kawan setugas nya di majlis pertunangan nya semalam. Semoga Norsham dan Wan kekal hingga kejinjang pelamin.

18 Februari 2011

15 Februari 2011

BUBOR KACANG TANPA DURIAN...


Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita disini. Menu yang Kak Intan tayangkan kali ini ialah bubor kacang hijau. Menu menu biasa untuk buat minum petang 2 hari yang lepas.
Mula nya bersembang diFB dengan kawan kawan yang juga rajin masak masak. Masing masing tercari cari apa menu yang sesuai untuk dijadikan hidangan bersama keluarga, akhirnya Kak Intan masuk dapor tengok apa stok yang masih ada...he..he...
Ermmmm...nampak kacang hijau...plan nak buat kuih rengas @ kuih kasturi tak menjadi ... jadilah cuma bubur kacang sedap juga kalau dimakan bersama sama dengan roti atau biskut tawar @ biskut kedai kata salah seorang kawan Kak Intan. Ok lah layan dulu pic Kak Intan ni ya... jumpa lagi di entry yang seterus nya...

MEEHON SUP UTARA.

Assalamualaikum,
Semua kawan kawan geng blogger, apa khabar, selamat bertemu lagi diblog Kak Intan ini. Kisah menu lagi kali ini. Menu yang Kak Intan beli dari gerai sahaja kali ini.
Kisah minggu lepas lah ni... malam sebelum tu Kak Intan memang tak ambil apa apa makanan pun untuk dinner. Bila bangun tidur sebelah pagi perut punya la lapar. Cepat cepat Kak Intan menuju kepasar pagi yang berdekatan dengan rumah untuk mencari sarapan. Apa lagi nampak e meehoon sup utara ni memang tak fikir dua kali dah terus je membelinya. he...he.... dah makan sikit baru rasa legaaaaa...Ok sampai disini dulu Kak Intan punya catatan kal ini. Jumpa lagi dilain entry.

13 Februari 2011

ROTI JALA KUAH KARI..

Salam.
Jumpa lagi...tadi sarapan pagi yang ni pula untuk menu minum petang petang. Dah lupa bila Kak Intan masak ni..rasanya dalam 2 minggu yang lepas, kebetulan pagi tu ada kuah kari daging , Kak Intan pun buat lah roti jala ni untuk dimakan sebelah petang.
Selalu nya Kak Intan buat serawa durian sebagai pencicah nya... tapi kali ini dah musim durian belum ada lagi kita tukarkan je dengan kuah kari.... kari ayam pun sedap juga..tak kisah lah kan... biasanya kalau dah makan roti jala petang petang malam tak payah lagi Kak Intan nak makan nasi... sebab ini pun dah rasa berat makan nya kan... so..sampai disini dulu ya...next... jumpa dalam entry menu yang lain pula...salammmm ..

PULUT INTI KELAPA MANIS

Salam.
Selamat pagi Isnin kawan kawan blogger semua. Jumpa lagi dihari yang baru dan juga diminggu yg baru ini. Harapan semoga semuanya sihat sihat belaka. Apa sarapan pagi ni? Ni sarapan pagi Kak Intan dipagi hari minggu semalam.
Masa jalan jalan dipasar pagi Taman Melati nampak sorang Mak cik yang menjual pulut inti ni...wahhh ...memang dah lama tak makan pulut sebegini, nak masak Kak Intan sorang sahaja yang suka, jadi bila dah nampak depan mata cepat cepat lah beli 2 bungkus..nak beli satu macam tak cukup.... jadi beli lah lebih sikit ye...
Bila bungkusan daun pisang nya tu.alahai....bolih tahan rasanya, inti kelapa manis nya ni pun banyak memang puas makan..he..he...lepas hajat dihati nak makan pulut inti...sebelum ni ada ternampak kat sorang kawan FB yg makan pulut sambal...uishhhh sedap juga tuhhh...tak apa dah nampak pulut inti ni makan dulu yg ni.. Yang tak bestnya lepas makan pulut ni... mata pula yg mengantuk.. tak apa kita minum kan kopi O banyak banyak... ok lah sampai disini dulu ya... salam dan jumpa lagi...

12 Februari 2011

MINUM PETANG DGN KUIH CUCUR BADAK.

Salam,
Selamat berhujung minggu kepada semua kawan kawan blogger, kepada yang sedang bertugas, selamat menjalan kan tugas. Ini entry menu petang semalam yang Kak Intan buat sendiri. Dah lama tak makan cucur badak tetiba teragak nak membuat nya. Kebetulan stok ubi keledek ada dalam 3 ketul...cukup lah tu kan. Serunding kelapa pun ada...stok nya Kak Intan simpan dalam fridge ... apa lagi dalam hujan hujan lebat semalam Kak Intan pun merajinkan diri membuatnya.
Sepetang semalam mengelidah rumah sendiri berkemas apa yang patut... mana yang patut dibuang Kak Intan buang ...almaklumlah ada aje benda2 yg tak diperlukan memenuhi sudut rumah Kak Intan ni.Sambil sambil duk berkemas semalam hujan diluar turun dengan lebat nya..apa lagi sedang elok la perut pun cepat je lapar... goring je cucur badak yg dah siap digentel2 dimasukkan inti kedalam nya. Makan panas panas dengan secawan teh tarik panas-panas.
Ok lah layan dulu pic Kak Intan ni ya... salam dan selamat beristirehat disamping orang orang yg tersayang...jumpa lagi dientry akan datang ...

10 Februari 2011

MUFFIN STRAWBERRY

Salam,
Ni menu minum petang minggu sudah. Kak Intan buat muffin strawberry yang senag sebab bahan nya semua dari yang segera segera punya he..he...Ok nanti Kak Intan sambung cerita ya...kena keluar sekejap....waittt ermm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...