30 November 2009

CUPCAKE PISANG BERCHOKLAT

Salam buat semua pengunjung keblog ini ....petang semalam Kakintan ni macam rajin sikitlah....he..he....dek kerana pisang berangan yang Kakintan angkut dari rumah Kak Long tu banyak lagi, beserta dengan bahan bahan pun tersedia ada kesemuanya dalam rumah jadi Kakintan pun cuba lah buat cupcake Pisang Berchoklat ni...kalau ikutkan dari dari tuan punya blog tu dia masukkan dalam acuan besar..tapi dek kerana Kakintan ni nak menghabiskan stok bekas cupcake ni maka Kakintan bakar dalam acuan tersebut.
Resepi ni Kakintan copy and paste dari rumah ...http://rossitamz.blogspot.com/ Azita yang tinggal di Pasir Gudang tu...
BAHAN BAHAN NYA....
1 cawan pisang berangan yang telah dilenyek
1 cawan gula perang (Azita gunakan gula kastor..tapi Kakintan gunakan gula ni sebab banyak stok nya.)
5 biji telor ayam
setengah sudu teh soda bikarbonat
2 cawan tepong naik sendiri
1 penutup esen vanilla,
1 cawan choklat chips
250 gram butter /majerin

Caranya....
Pukul butter sampai kembang dan jadi putih, kemudian masukkan gula dan putar lagi sehingga hancur, masukkan telur sebiji sebiji, kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek tadi,masukkan esen vanilla gaulkan hingga sebati.
Kemudian masukkan tepong dengan menggunakan spatula gaulkan hingga sebati..Akhir sekali masukan choklatchips tadi. Panas kan oven pada suhu 180C dan masukkan adunan kedalam acuan cupcake...bakar lebih kurang 20 minit.
*Soda bikarbonate tadi digaul terlebih dahulu bersama sama pisang yang telah dilenyek.
o.k....layan la gambar cupcake pisang berchoklat Kakintan tu ya....pada Azita..terima kasih share resepi yang sedap tu kat sini ya....salammmm

KETAMAN REKREASI AIR PANAS DISG KLAH.

Salam semua pengunjung blog Kakintan ni....tak habis lagi cerita pasal cuti balik kampong semalam. Dalam perjalanan pulang keK.Lumpur Kakintan bersama Ezzat dan En.Hubby sempat singgah diTaman Rekreasi Air Panas Sungai Klah. Lebih kurang 45 minit dari rumah Kaklong Kakintan tu. Tujuan asal kesana hanyalah untuk survey...kemungkinan kami akan mengadakan "family gathering" disini pula pada tahun ini.Family gathering ini dari sebelah adik beradik En Hubby. Tahun lepas kami buat diSungai Kemensah..belakang Zoo Negara tu. Plan asalnya nak buat kat Port Dickson, tapi tak tau la cornfirm ketak lagi sebab ada yang nak beralih kesini pula...sebab kat sini pun bolig tahan juga seronok nya...
Jalan naik keatas tu terdapat banyak Villa untuk disewa.. dengan kadar yang berlainan bergantung kepada berapa banyak bilik yang ada pada setiap Villa tu
Disinilah tempahan bolih dibuat, memang selesa betul bersebelahan nya tu ada lounge..
Salah sebuah Villa yang menjadi perhatian...
Masa Kakintan sampai tu bolih dikatakan semua Villa villa yang terdapat disitu tidak ada kekosongan.
Kat sini bolih lah mandi manda , siap ada pengawal
Tengok la tu anak bujang Kakintan sibuk nak merendamkan badan, walhal waktu tu baru lepas hujan lebat tapi pengunjung tetap ramai..
Masa Ezzat sibuk merendamkan badan nya kat situ, Kakintan dan En Hubby pergi pula kesini, Taman Terapi...macam macam ada...spa dan urut juga disediakan, disini airnya agak panas...ramai yang mengambil kesempatan duduk berendam kat situ terutama yang mempunyai masaalah kesihatan..dibahagian ini ramai yang sudah berusia mengambil kesempatan merendamkan badan dengan airnya yang bersuhu agak panas.
En Hubby pun tak lepaskan peluang merendamkan kakinya disitu..sambil mengetapkan gigi menahan panas air tersebut.
Pengunjung berbangsa China ini pula, merebus telur ditempat yang telah disediakan....
Kakintan juga mengambil kesempatan mencuba...disebelah depan tu ada terdapat gerai menjual telor ayam, Kakintan beli cuma 5 biji, kemudian cuba meletakkan nya ditempat yang sama...setelah lebih kurang 10 minit telor2 tersebut masak sepenuh nya....kelihatan dalam gambar ni asap yang dikeluarkan dari kepanasan air tadi

Dah penat merendam kaki dan juga telor ayam tadi Kakintan keMedan seleranya. Macam macam ada dijual disitu..
Sambil sambil menunggu makanan yang diorder sampai En Hubby menjamu dulu ikan ikan talapia ni dengan roti....seronok tengok ikan ikan tu berebut berebut makan roti yang kami campakkan....besar besar pulak tu....
Kakintan cuma order sepinggan laksa penang....dan En Hubby pula order special burger.... sedap juga laksa ni kena pulak cuaca yang sejuk dan hujan lebat masa tu...memang la sedap menghirup laksa ni panas panas...ok..layan dulu gambar gambar ni ya....

29 November 2009

MENU HARI NI...HASIL ANGKUT MENGANGKUT DARI KAMPONG...

MASAK LEMAK PUCUK UBI + UDANG + TEMPOYAK...

Kesemuanya hasil dari kampong yang Kakintan bawa balik, bermula dari pucuk ubi, cili api, tempoyak....he..he...nasib la bonet kereta MYV tu kecik, kalau tidak dengan buah kelapa sekali Kakintan angkut tau....

Bahan bahan nya....
Pucuk ubi direbus, kemudian dipotong halus...
setengah kilo udang sederhana besar
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
kunyit hidup lebih kurang 1"
3/4 helai daun kunyit, dimayang halus...
3 sudu besar tempoyak
2 cawan santan pekat
1 batang serai diketuk,
sedikit garam
cili api, ikut la banyak mana nak letak, kalau nak pedas letak la lebih kan...

Caranya...Blender kan cili api, kunyit hidup, bawang merah dan juga bawang putih tadi. Masukkan bahan2 tadi kedalam periuk dan masakkan nya bersama sama separuh daripada santan tadi masukkan daun kunyit dan juga serai yang telah siap diketuk,...bila mendidih masukkan tempoyak dan udang....biarkan ianya sampai mendidih lagi baru masukkan pucuk ubi yg telah direbus tadi....masukkan garam mengikut citarasa masin nya...Masukkan lebihan santan tadi ..biarkan sampai mendidih sambil dikacau selalu supaya ianya tidak pecah minyak bila masak angkat dan sedia untuk dihidangkan...

CEKODOK PISANG....yang ni Kakintan masak untuk sarapan pagi tadi...ada lagi pisang tu tak tahu nak buat apa, kalau rajin rasanya nak buat Kek Pisang Berchoklat..he..he....tengok angin dalam badan ni dulu ya.....ok..layan je la dulu gambar gambar ni ya...

BALIK KAMPONG DIAIDIL ADHA.

Jumaat lepas, selesai sahaja solat Jumaat Kakintan bersama En Hubby dan Ezzat memulakan perjalanan pulang kerumah kakak Kakintan yang sulong diFelda Gunung Besout 1, Sungkai Perak...Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam juga..maklumlah nak masok jalan keFelda tersebut jauh juga. Sebelum tu sempat juga singgah diCarefour Wangsa Maju, adalah sikit buah tangan belikan untuk kakak tu. Kakintan juga singgah diDeliFrance kat situ beli lah tart ni...memang suka betul makan fruit tart ni....jadi sambil jamu jamu mata kat sepanjang Highway tu Kakintan dan En Hubby kunyah kunyah la tart ni....
Tujuan sebenar kerumah kakak Kakintan tu ni lah dianya...sehari sebelum tu kakak Kakintan ni sibuk calling2 suruh datang kerumahnya..katanya buah rambutan bukan main lebat lagi bergayut gayut tak termakan....sampai jejak ketanah pun ada...sekeliling rumahnya tu adalah dalam 6 batang pokok rasanya..kesemuanya manis manis dan lekang.He....he...ni belum balik ke rumah mak lagi ni diTeluk Intan, sebab mak kata dekat rumah mak rambutan belum masak sepenuhnya. Ok tunggu dah masak semua nanti kami balik ya mak....masa Aidiladha tu mak pula berhariraya dirumah adik Kakintan yang bongsu diTanjung Karang Selangor.
Inilah sebahagian dari pokok pokok yang ada didepan rumah Kaklong Kakintan ni, ini yang belum lagi dipetik...semuanya rendah rendah tak payah guna galah pun....


Sebahagian dari rambutan yang telah kami petik menggunakan tangan, leka dibuatnya dan seronok betul
Mana mana yang tinggi sikit tu ni lah orang yang tukang panjatnya he..he...atas pokok pun sempat lagi hantar mesej kat adik beradik dia ajak datang sama rumah Kaklong ni....tapi dorang semuanya beraya keTampin Negeri Sembilan, diruah anakbuah En.Hubby.
Rambutan yang bertangkai tu kitaorang ikat siap siap senang kan nak hangkut bawa balik.....sedekah sedekah kat rumah rumah jiran sekeliling Kakintan diWangsa Maju pula...ada juga sedekah kat jurutol..sambil sambil bayar tol tu hulur juga kat diorang tu sorang seikatkan....
Antara buah buah lain yang Kakintan dan hangkut sama bawa balik ni la dianya pisang....memang tak termakan juga
Ubi kayu ni pun Kakintan hangkut sama....adalagi tau...
Langsat, manggis dan juga pucuk ubi.....nanti Kakintan letak dalam N3 yang akan datang pula...O.k Layan dulu la gambar gambar ni ya...salammmmm

KHAS BUAT AZLINA....




Khas buat AZLINA...HAPPY ANNIVERSARY YANG KE19 TAHUN, SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT DISAMPING ANAK ANAK YANG TERSAYANG .

28 November 2009

JUADAH DIPAGI AIDIL ADHA,,,,,

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG KAKINTAN, dah masuk hari yang ke3 hari ni kita menyambut Aidiladha..nak tengok apa menu Kakintan dipagi Aidiladha tempoh hari...ha inilah dianya......

DAGING MASAK HITAM....
Bahan2...daging masak hitam .

Setengah kilo daging
7 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*

Setengah inci halia*
2 inci kulit kayu manis*
5 biji bunga cengkih*
2 biji buat keras *
3 biji buah pelaga*
2 kuntum bunga lawang*
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu madu
sedikit lada hitam
3 sudu besar kerisik
kicap masin
2 sudu campuran ketumbar, jintan kasar dan jintan manis- bahan2 ni digoreng tanpa minyak dan diblender hingga halus.
sedikit gula
garam
dan juga kiub pati ayam maggi (Kakintan guna setengah ketul je)
2 batang serai diketuk sehingga hancur.
lada sulah( putih)

Cara caranya...Blender bahan bahan yang bertanda* hingga halus, kemudian gaulkan bersama sama dengan daging yang telah di bersih kan dan dihiris (jangan terlampau nipis), tambahkan lagi dengan kicap dalam 3 sudu besar, madu lebah, lada sulah, lada hitam yang ditumbuk halus, ketumbar yang telah diblender bersama jintan kasar tadi juga jintan manis, sedikit gula dan juga sos cili sebanyak 2 sudu besar. Perapkan dalam setengah jam. Kemudian tumiskan dalam 2 sudu besar minyak yang panas. Tuangkan daging yang telah diperapkan tadi, tutup kuali selama lebih kurang setengah jam rapat rapat bila air dari daging tadi keluar barulah buka penutup kuali tersebut masukkan kerisik , garam dan serai yang ditumbuk tadi...rasa masam, masin dan manis nya. Apabila daging sudah empuk baru lah diangkat, dan daging tersebut agak pekat kuahnya pabila masak...sedap dimakan bersama sama ketupat atau pun nasi impit.

RENDANG AYAM....


KETUPAT SEGERA.....

O.k Kakintan tayang gambar je dulu lah ya......resepinya nanti Kakintan letak kemudian la ya....nak cepat sebab ada hal pepagi ni...he....he...ok...layan la dulu gambar2 menu Kakintan ni ya.....salammmmm....

26 November 2009

PENGAT KELEDEK + KELADI....


Dalam 2 hari ni cuaca di sini panas terik dari pagi sampai kepetang....mula lah tekak pun semacam je rasanya kalau musim2 panas ni...petang ni Kakintan masak pengat keladi dicampor dengan keledek dan juga sagu mata ikan....Warna purple tu datang dari keledek la tuh...habis dengan kuah kual nya sekali jadi purple...ok layan dulu gambar ni ya....salammmm

25 November 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA.

Salam semua pengunjung blog Kakintan...ermmmm Kakintan nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam didunia ini tak kiralah dimana anda berada ketika ini. Sehubungan dengan ini Kakintan juga mohon ampun dan maaf sekiranya selama Kakintan berblogger ini ada tutur kata Kakintan disini yang terguris dihati masing masing.
Apalah agak nya yang dikorbankan pada tahun ini ya?...Balik kampong tak?...Kakintan insyaallah akan pulang kekampong tapi kini bukan kampong dilahirkan tetapi kerumah kakak Kakintan yang sulong diFelda Gunung Besout 1, Sungkai Perak. Kemungkinan kami balik kesana selepas solat sunat Aidiladha pagi esok. Hari ni nak juga buat sedikit persiapan sebab anak bujang Kakintan tak ikut sama jadi kena lah tinggalkan sedikit makanan untuk mereka...Nak masak apa ya?.... tengah berfikir lagi apa yang nak dimasak ni..he..he...ok kepada yang pulang kekampong halaman selamat pulang dan berhati hati ketika dijalan raya..semoga selamat perjalanan pergi dan balik. O.k salam aidiladha buat semua nya ya.....

24 November 2009

INNALILLAH.....


Salam semua pengunjung blog Kakintan ni, kali ni Kakintan cuma nak berkongsi kisah tentang anak seorang jiran Kakintan yang meninggal dunia subuh semalam. Sebenarnya Kakintan masih lagi rasa agak terkejut sehingga sampai saat ini...mana taknya....tau tau dapat berita anak muda bernama Safri Nor telah tiada. Berusia lengkongan 30 tahun. Orang nya peramah, seringkali bertegur sapa dan tak pernah pun menampakkan tanda tanda yang ianya sakit menderita akibat lukemia semenjak 3 tahun yang lalu. Sewaktu Kakintan sibuk sibuk berkemas rumah pagi semalam En.Hubby yang baru balik hantar Ezzat training kat sekolahnya..bagi tau Nor (panggilan manja arwah) sudah pun meninggal...hanya innalillah yang terkeluar dari mulut Kakintan waktu itu. berjuraian airmata menahan sebak diada....rupanya selama ini keluarga nya merahsiakan dari kami jiran jiran sebumbung disini...tak siapa pun yang tahu....entahlah bagaimana perasaan ibu bapa dan keluarga nya hanya Tuhan yang tahu isi hati diorang kan....sedangkan Kakintan sendiri sedih teramat...apa lagi mereka...Mengikut kata salah seorang kakak arwah...dah 3 tahun penyakitnya di kesan dan doktor juga telah memberikan tempoh masa itu untuk arwah hidup...tapi katanya arwah semacam hilang semangat....sehinggalah subuh semalam jam lebih kurang 5.15 pagi arwah menghembuskan nafas terakhirnya diHospital Ampang disaksikan olih adik beradik dan juga ibu bapa arwah. Kata kakak arwah sehingga sekarang bapanya tak dapat menerima kenyataan yang anak lelaki tunggal dalam keluarga mereka sudah tiada lagi....pada keluarga Kak Jah dan Pak Ya...salam takziah kami ucapkan dan alfatihah juga buat arwah...semoga arwah ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman.....amin....

SERAWA PULUT DURIAN & KEROPOK.

Juadah untuk minum petang ni....serawa durian dengan pulut,..musim durian belum lagi habis...teringin nak makan nya dah lama...kebetulan kat simpang jalan nak menghala ke Taman Sri Rampai tu banyak duk jual buah durian ni...beli lah 2 biji , bukan nak makan sangat cuma nak melayan tekak dimusim2 hujan ni....ini je la dianya
Untuk budak budak ni Kakintan layan diorang dengan keropok ikan parang ni, sedap la juga...pemberian seorang rakan yang baru balik dari kampong nya diKota Bharu Kelantan....katanya keropok tu dibuat olih familynya yang menjalankan perusahaan membuat keropok besarbesaran....alhamdulillah dapat rezeki jangan ditolak kan....
Ok ...layan la dulu gambar2 ni ya...bye....

23 November 2009

SAMOSA INTI DAGING UNTUK BREAKFAST.

Jum kita sarapan....ni sarapan pagi Kakintan ...kopi Hang Tuah ....musim musim hujan ni dapat minum kopi pepagi memang best rasa segar je mata yang asyik nak "layu" je ni kan......
Lepas tu digandingkan pula dengan samosa berinti daging ni, samosa segera ni Kakintan biasa beli dari sebuah kedai di Taman Permata, berjenama IWANI memang sedap...kalau ada kawan kawan atau saudara mara yang datang mengejut je tak sempat nak buat apa persiapan inilah yang selalu Kakintan lakukan...cuma siapkan stok aje dalam fridge tu, selain dari samosa ada juga kuih muih lain , ada juga chicken chop siap dengan sos lada hitam nya, balik cuma kita goring dan panaskan sos nya....dah siap..paling penting ianya buatan orang Melayu...

LAUK SEMALAM.....BIASA BIASA AJE...

GULAI NANGKA MUDA + DAGING....
Dah lama sangat sebenarnya tak makan gulai nangka ni, maklumlah biasanya kalau makan gulai ni nanti macam macam kesan yang timbul terutama angin dalam badan, mulalah rasa kurang selesa bila sakit kepala datang...tapi kalau dah teringin sangat tu makan juga lah kan...biasanya ada caranya nak mengelakan nya....kata orang tua tua letak lada hitam ada juga yang letak sedikit halia....tapi Kakintan letak dua dua sekali, kalau nak dapat angin juga tak tahu lah kan....rasa macam ok pula lepas makan tu.
Untuk anak anak bujang Kakintan masakkan diorang ikan siakap goreng bercili ni je...budak budak zaman sekarang ni mana dia tahu makanan kita dulu dulu, kadang siap tanya lagi tu ....Selama ni tak pernah pun jumpa lauk macam ni....haiiii....anak anak....ada ada aje.... paling tidak pun kalau lauk tu macam tak sesuai je pada tekak diorang, diorang sanggup goreng telor lepas tu buat masak kicap tak pun buat goring bercili macam tu....ok...terbebel sikit...he...he...layan je la antara hidangan Kakintan semalam ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...