30 Mac 2012

HITAM2 SITAMPOK MANGGIS....

Assalamualaikum,
Apa khabar? Bertemu lagi didalam blog Kak Intan ini... dah beberapa hari Kak Intan tak update... entah kenapa macam kekurangan idea, kekurangan bahan pun ia yang nak dikongsikan sejak akhir akhir ini. Apa pun ada juga sikit sikit cerita cerita baru ingin Kak Intan khabarkan disini he...he.... Bukan cerita apa pun cuma kisah sihitam manis yang Kak Intan beli ni sebulan yang sudah belum sempat lagi nak dihias dengan baju baru nya.



Apa pun Kak Intan salutkan juga sedikit bunga dibahu mannequin ini sebagai pemanis nya dan jadikan teman semasa Kak Intan duduk chatting dimeja pc Kak Intan ini... sambil sambil tu cari juga idea nak me makeupkan nya nanti

Ok lah biarkan dulu tentang sihitam manis ni ya, cukup sekadar bunga yang ada tu... nanti Kak Intan sambung cerita lain pula...sebelum mengundurkan diri wassalam

23 Mac 2012

PUDING SAGU GULA MELAKA.


Assalamualaikum,
Jumpa lagi kita malam ni ya.... ishhhh ni kalau angin rajin datang macam macam rasanya nak buat. Tapi kalau dah datang malas...ya ampun ..apa pun tak bolih kata Taukey dalam Raja Lawak tu... dah siap masak bakso tadi, nampak pula sagu mata ikan ada stok, dalam hati tu duk berkata " teringin nak makan yang sejuk sejuk bila cuaca panas macam ni" apa lagi.... terus je ambil sagu dalam tin rendam sekejap dalam air kasi kembang...senang sikit masa memasak nya tak payah kacau lama2.
Panaskan air dalam periuk, Kak Intan pun masuk kan 2 helai daun pandan dan juga secubit garam. Biarkan menggelegak air tu baru Kak Intan masukkan sagu nya, kacau sampai rata masak nya. Dah masak angkat sagu tu tadi dan tuangkan pula dalam penapis yg dilalukan pula air (basuh) kemudian masukkan pula dalam acuan yang sesuai.
Ermmmm, dah siap semua sejukan dalam fridge kemudian bila nak makan campurkan dengan gula melaka dan juga susu cair. Nak guna santan malas pulak nak kekedai kebetulan petang tadi guruh petir macam nak hujan lebat jadi pakai aje apa ada stok dalam rumah....
Fuhhhhh....dah siap...sejuk je masa makan masuk keanak tekak... ok sapa nak buat bolih cuba nanti... ok wassalam...jumpa lagi nanti ya...

CUBA2 BUAT BAKSO.


Assalamualaikum,
Selamat malam, dah makan malam ke? He..he...kalau belum makan jum join Kak Intan makan bakso.... Kak Intan cuba cuba masak bakso petang tadi, teringin sangat nak makan tapi entah kenapa nak beli kat gerai rasa macam tak bolih terima pulak tekak ni...ada musykil sikt kat meat ball nya tu.

Masa online kat FB tadi tanyala kat kawan kawan macam mana nak dapat kan meatball yang sedap, macam macam komen yang diorang bagi, semua nya bolih agak mesti hasil nya sedap sedap semuanya. Jadi Kak Intan pun ambil resepi sana sikit resepi sini sikit...Kak Intan jadikan satu he...he... pandai tak...main hentam je meat ball yang Kak Intan masak tadi... apa pun hasil nya memang sedap. Cewahhhhh...masuk lif tekan sendiri, sekarang ni dah tak main dah peribahasa masuk bakul angkat sendiri ha...ha....

Bila dah masak tadi Kak Intan bagi la anak anak yang kak Intan jaga tu makan, apa lagi menghirup sakan la budak budak ni, apa tak nya anak anak yg Kak Intan jaga tu semuanya minat dengan sup, tapi diorang tak makan dengan meehoon sebalik nya Kak Intan bagi diorang makan dengan nasi....

Hari ni pulak suami Kak Intan kurang sihat, dah dapat demam selesema siap dengan batuk2 sekali, apa lagi lepas siap masak tadi Kak Intan pun hidangkan dia dengan bakso Kak Intan ni, ermmmm...ppppsssttt dalam nya akak camporkan dengan potongan cili api... hu...huu...berasap bila dia tergigit cili padi yg pedas tu..he...he...apa lagi meleleh la pelun nya sambil makan. Ok lah sampai disini dulu ekkkk?...nanti kita jumpa lagi. Wassalam


22 Mac 2012

YG HITAM ITU MENAWAN.


Assalamualaikum,
Selamat petang, apa khabar petang ni?... harap2 semuanya sihat2, bercerita tentang English decoration ramai sangat yang suka dengan warna putih... warna warna lain dah tak mahu dah, selain dari putih pink juga menjadi kegemaran dalam mendekorasi rumah. Sebenar nya warna warna lin pun cantek juga termasuk lah warna hitam. Kalau tak percaya jum tengok standing lamp ni.
Bila dah dibeli, dipasangkan cantek pulak dihiaskan dalam bilik tidur ..

Juraian manik manik umpama kristal nya tu menambah lagi cantek nya standing lamp ini.
Kak Intan tengah berangan ni macam mana nak ubahsuai dalam bilik anak lelaki Kak Intan dengan standing lamp ni...sekarang ni main letak aje dulu.... tak apa lah tunggu idea macam mana nak buat nanti...Ok lah sampai disini dulu jumpa lagi dilain entry. Wassalam

21 Mac 2012

PUDING MANGGA DAN JUS MANGGA



Assalamualaikum semua geng blogger, dah lama tak letak entry masak masak kat sini kan... apa pun petang ni Kak Intan cuba merajin kan diri dengan memasak puding mangga yang cepat dimasak dan sedap dimakan. Kalau nak cuba buat bolih juga, cuma beli sahaja sekotak serbuk puding mangga dari jenama NONA. Setiap kotak tersebut memerlukan 2 cawan air yang didihkan dan kemudian tuangkan serbu puding mangga ini, kacau supaya tak berketul ketul, dah betul2 masak angkat , masukkan dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais. Dah siap untuk dimakan.
Musim musim panas ni memang sedap sangat dimakan, kena pula dengan jus mangga...aduyaiiii, Ok lah sampai disini dulu, wassalam... selamat mencuba.

14 Mac 2012

NASI AYAM PENYET WONG SOLO...

Assalamualaikum,
Hari Sabtu yang lepas Kak Intan dua beranak keAmpang menghantar barang yang diorder olih seorang kawan. Kebetulan masa tu dah tengahari, selesai hantar barang barang tersebut, waktu berpatah balik kami singgah diTaman Dagang menjamu selera disebuah restoran yang menyajikan makanan makanan style Indonesia. Kak Intan dan sibujang order la nai ayam penyet nya.


Nampak simple aje sajian nya tapi rasanya bolih tahan, sesuai juga dengan harga nya, duduk dalam restoran tu juga leka dibuat nya dengan alunan muzik dari Indonesia...silap silap mata bolih terpejam. Apa tidak nya kalau perut dah kenyang dengar pulak alunan gemersik lagu lagu diorang memang buat kita mengantuk..Ok lah sampai disini dulu ya... Wassalam dan jumpa lagi dilain entry

SELAMAT BERTUNANG IQHA DAN AMIR....

Assalamualaikum,
Pada hari Sabtu yang lepas 10hb, March, bertempat diHalaman Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur Iqha dan Amir ditunangkan. Alhamdulillah cuaca hari itu bagus sekali walau pun hujan renyai renyai turun pada mula nya, apa pun majlis berjalan dengan lancar dan meriah.
Rombongan pihak lelaki dan perempuan yang sedang berbincang tentang pertunangan mereka. Selesai segala perbincangan dan segala nya telah ditetapkan, ibu pihak lelaki dibawa olih ibu Iqha menyarungkan cincin pertunangan kejari manis Iqha.
Cantek sangat Iqha dengan baju serba kuning yang menjadi tema pertunangan mereka pada malam itu.

Antara para tetamu malam tu adalah jiran jiran yang tinggal berdekatan he...he....En.Rahman dan juga suami Kak Intan...
Inilah singgah sana tempat Iqha dan Amir ditunangkan pada malam tersebut, semoga pertunangan mereka kekal hingga kejinjang pelamin dan juga kekal hingga akhir hayat sebagai suami isteri....aminnnn... sampai disin dulu catatam Kak Intan pagi ini ...wassalam.

08 Mac 2012

07 Mac 2012

BLAUS ALA VICTORIAN ENGLISH...

Assalamualaikum,
Jalan jalan bersama suami di Maju Junction mencari sebuah butik tempat Kak Intan selalu beli pakaian kat situ, rupa rupanya dah ditutup butik tu. Butik tu bukan lah jual pakaian yang mahal mahal sangat pun atau branded pakaian nya. Cuma pakaian pakaian yang dijual bersesuaian dengan citarasa Kak Intan, harga nya pun mampu milik bagi semua orang macam Kak Intan yang hanya seorang suri rumah tangga ni.
Entah macam mana terpandang kat sebuah lagi deretan kedai kat situ yang menjual baju baju ala English Victorian, ada yang diperbuat dari lace kesemuanya, tapi mata Kak Intan terpandangkan pada sehelai balus yang sangat Kak Intan minati. Dah tau dan dapat agak kalau pakai pun setakat muat sahaja dan kurang selesa. Tapi memandangkan fesyen nya tu agak klassik dan cantek Kak Intan beli juga. Memadi lah dengan harga nya yang tak la mahal sangat.
Balik rumah cuba la pakai, memang sah tak muat he...he... gantung je la kat hanger tu dan sangkutkan topi kat atas nya...adussss jadi penghias almari je la agak nya baju ni.... nak pakai memang tak muat...

Apa pun Kak Intan nak jadikan koleksi je la nampak nya sebagai koleksi tambahan dalam dekorasi ala Inggeris dirumah Kak Intan. jum tengok bahagian depan baju ni...penoh dengan renda dan juga lace je kan.

Bahagaian belakang nya juga terdapat butang renda dan juga lace ...ok layan dulu gambar blaus ala English Victorian ni kak intan mengundurkan diri terlebih dahulu...wassalam

KEK CARAMEL...

Assalamualaikum,
Selamat bertemu lagi, dah siap siap ke menu untuk minum petang? Ini menu minum petang Kak Intan hari semalam. Kek caramel yg ni Kak Intan order dari Siti Noor diSg Buluh. Memang sedap...sekali rasa memang terkenang kenang dibuat nya, tambah2 kalau kek tu disejukkan dulu dalam peti ais.
Tak la mahal mana pun kalau order dengan Siti Noor ni kek nya, sebiji cuma $30/ sahaja, siap dengan penghantaran nya sekali. Selain kek karamel, ada juga kek2 lain yang Siti Noor buat seperti kek carrot, kek marbel, red velvet kek dan juga cup cake. Ok sampai disini dulu ya... jumpa lagi dilain waktu wassalam

DARI WANITA UNTUK WANITA..... KHAS BUAT TEMAN2 YG BERGELAR WANITA.

Assalamualaikum,
Selamat tengahari, bertemu lagi diblog JARIINTAN KU ini, apa khabar semua? Sempena dengan hari WANITA hari ini Kak Intan nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita sedunia kepada kawan kawan blogger yang juga bergelar WANITA.

04 Mac 2012

MEE REBUS ROJAK PASEMBUR DAN AIS KACANG MASTAN GHANI.


Assalamualaikum,
Bertemu lagi dientry seterusnya. Alang alang dah sampai keTeluk Intan tempat yang mesti pergi ialah kegerai Mastan Ghani yang terkenal dengan mee rebus dan juga rojak pasembur. Kedai Mastan Ghani terkenal sejak Kak Intan masih lagi zaman kanak kanak. Mana mana sahaja orang yang singgah keTeluk Intan mesti cari mee rebus Mastan Ghani. Hari tu Kak Intan juga bawa keluarga Datin Elly dan Dato K pergi makan kat situ walau pun masa tu perut masing masing masih kenyang.

Family Datin Elly, tak sabar menunggu menu mee rebus dan juga ais kacang
Inilah mee rebus dan juga rojak pasembur yang selalu menjadi hidangan para pengunjung kegerai Mastan Ghani.
Memang sesuai kalau dah makan mee rebus pekena dengan aiskacang nya kan. Ok lah sampai disini dulu ya... wassalam...

IKUT ROMBONGAN MERISIK & MEMINANG...

Assalamualaikum,
Bertemu lagi dipagi hari Isnin ini, dah sarapan ke? kalau sambil sambil bersarapan tu jum layan gambar gambar majlis pertunangan anak kawan Kak Intan ni yang berlansung pada hari Sabtu yang lepas. Rombongan kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang dalam jam 8 pagi , dalam perjalanan kami singgah sekejap di R & R Rawang untuk breakfast. Lebih kurang jam 9 perjalanan kami teruskan alhamdulillah tepat sebagaimana masa yang dijanjikan kami pun sampai.
Ini lah sebahagian dari pada kami yang mengikuti rombongan tersebut, antara yang kami bawa dari pihak lelaki ialah cincin pertunangan dan juga cincin merisik, duit, kek, tepak sireh, dan juga sepersalinan pakaian.


Part posing posing tu mesti ada kalau dah ada majlis macam ni kan


Jurucakap pihak lelaki yang dipertanggungjawab kan pada hari tersebut, gelabah juga dibuat nya sebab berhadapan dengan orang yang lebih veteren dan pandai serba serbi nya.
Hantaran dari pihak perempuan yang menggunakan tema biru putih

Ini lah bakal menantu kepada kawan Kak Intan tu...tahniah semoga jodoh kalian akan berpanjangan sampai bila bila.... SELAMAT BERTUNANG.
Sampai disini dulu, sekian wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...