31 Januari 2012

CANTEK DAN KREATIF


Assalamualaikum,
Selamat pagi dan selamat bercuti pada warga Wilayah Persekutuan kerana semuanya bercuti sempena sambutan Hari Wilayah. Apa khabar pagi ni... dah sarapan ke?...
Dua tiga hari yang lepas masuk kat satu blog Minah Salleh, teruja dengan kraftangan yg dia hasilkan iaitu crochet yang digabungkan bersama kain bercorak floral..Cantek sangat ...pada yang ada kebolihan bolih tiru apa yang dia buat ni...Ok wassalam jumpa lagi disini..

28 Januari 2012

UMMI....TERIMA KASIH SUDI SINGGAH....



Assalamualaikum,
Kisah petang semalam, Umi dan juga keluarga datang kerumah Kak Intan. Terima kasih pada Umi sekeluarga sudi singgah di rumah Kak Intan ya... agak terkilan sebab tak apa apa yang special dihidangkan buat Umi sekeluarga.


BATTENBURG LACE ... MURAH SANGAT TU...



Assalamualaikum,
Battenburg lace ni pada asal nya digunakan untuk menghias pokok Krismas...ditengah2 nya berlubang dan bertali untuk dililit dan di ikat pada pokok Krismas. Masa Kak Intan membelek nya Kak Intan dapat idea...agar dipotong tali lilitan tu dan cantumkan semula bahagian yg dah dibelah tu...
Bila dah siap jahit ianya bolih dijadikan cover untuk meja bulat... entah kenapa tak terfikir pulak nak beli banyak2 sebab agak murah dalam 5SGD (Singapore Dollar). Lace ni Kak Intan suka sebab ianya 100% cotton.... tapi tak terfikir pun nak beli lebih ..tu lah sehelai aje yang Kak Intan beli he...he... masa keSingapore awal January hari tu.
Jadilah kan..he...he... buat menutup kaki meja kecik ni..Ok sampai disini dulu...nanti kita jumpa lagi ya...wassalam..

DULU LAIN SEKARANG JADI LAIN....



Assalamualaikum,
Selamat malam dan selamat bercuti pada yang bercuti. Ini projek yang Kak Intan buat semalam. Masa Kak Intan beli barang ni dari seorang kawan ianya digunakan sebagai tempat lilin (candle holder). Kawan Kak Intan melelong sebahagian dari barang barang dalam rumah untuk menukar konsep kediaman nya dari kedesaan Inggeris kepada Inggeris klasik. Jadi ini antara barang yang Kak Intan beli dari dia. Semalam pagi pagi lagi Kak Intan dah gosok kedua dua candle holder ni dengan kertas pasir kasi licin... selesai semua nya Kak Intan gunakan cat sembur untuk mencantekkan nya lagi... bila dah kering nampak cantek dan berkilat je kan. mula nya memang Kak Intan nak buat candle holder semula... tapi macam tak ada tempat je nak letak.
Apa pun sebelum tu tambah bunga sikit sikit sekali dengan reben...
Terpikir pulak nak jadikan kaki pada rumah burung ni...ok ke..tapi nampak macam tak sesuai je..nampak rendah sangat...tak apa sementara dia dapat kaki bari Kak Intan guna je candle holder ni dulu...memang ada perancangan nak kasi kaki nya tinggi sikit untuk rumah burung ni...
Satu dah settle tinggal satu lagi...nak buat pa pun tak tahu lagi...terpikir pulak ada satu lamp shade...
Jadi...penyudah nya Kak Intan pun buat kan kaki untuk lampshade ni nanti...
Ok juga kan nampak sesuai dengan lamp shade ni... layan mata dulu dengan gambar gambar ni ya... Kak Intan undur diri
Jumpa lagi dilain entry...wassalam.

27 Januari 2012

KE KUALA SG BARU MELAKA...


Assalamualaikum

Selamat pagi semua, tak habis lagi cerita pasal keMelaka he..he... kali ni makan makan diKuala Sg Baru, tempat yang terkenal dengan ikan bakar, tapi Kak Intan tak la excited sangat dengan ikan bakar nya sebalik nya masih mencari asam pedas lagi...Ermmmmm...memang tak puas tengahari tu pekena asam pedas, masih lagi mencari asam pedas disini...jum cuci2 mata dulu apa yang kami makan....













25 Januari 2012

JALAN JALAN KERUMAH JUNAINAH SAGAP

Assalamualaikum,
Masa duduk duk kat tepi pantai bersembang dengan Kak Yang Othman, lepas kekenyangan makan nasi dengan lauk asam pedas, Kak Yang call kerumah Jun (Junainah Sagap) yang baru lepas pantang diBatu Berendam. Memang la Jun ada kat rumah time tu kan, maklumlah cuti...apa lagi kami pun bagi tahu nak kerumah nya ziarah dia dan baby nya yang baru lahir 2 bulan tu.

Masa kami sampai rupanya keluarga mertua Jun ada dirumah nya datang menziarahi dia juga. Jun ni pun peminat decor barang barang Inggeris, disamping itu juga dia mengadakan kelas membuat folk art (painting), sesiapa yang nak belajar dengan dia pun bolih juga. Jun juga berniaga barang barang decor Inggeris ni...masuk je penuh dengan barang barang tersebut.

Macam macam ada bila kami masuk kedalam rumah nya....cakap saje apa yang diminati semuanya Jun ada...
Bila dah nampak mesti berkenan punya, tengok la tu entah apa yang kak Yang tu duk berkenan...layan je Kak Yang mata tu he..he... ok lah Kak Intan mengundurkan diri dulu ya....wassalam

CUTI2 MALYSIA-MELAKA

Assalamualaikum,
Selamat pagi semua, apa khabar hari ni?... Harap harap kawan kawan blogger semuanya sihat sihat belaka ya. Dah breakfast ke?... Pagi ni Kak Intan breakfast dengan roti sardin sekeping dan secawan teh panas, alhamdulillah kenyang dah. Sambil sambil tu jum layan gambar gambar Kak Intan dan keluarga diMelaka sempena cuti Tahun Baru China hari tu.

Masa dalam perjalanan pergi keMelaka awalnya jalan tak lah sesak sangat dengan kenderaan tapi bila sampai sahaja berdekatan dengan tol Senawang kenderaan dah mula banyak, risau juga kalau kalau jammed, alhamdulillah tak pulak, cuma perjalanan agak perlahan maklumlah sempena OPERASI SIKAP, sepanjang jalan ada sahaja kamera tersembunyi he...he.... silap silap haribulan kalau melebihi had nanti jenuh kena saman. Sayang duit melayang gitu je kan...
Sampai diMelaka lebih kurang kul 1 tengahari, terus ke rumah Yang Othman dulu sebab dah janji nak kerumah nya. Dari rumah Yang , Kak Intan dan keluarga dibawa olih Yang dan suami ketepi pantai, adussssss best nya dapat angin laut, tenang rasanya, tengahari tu kami menjamu selera ditepi laut. Memang Kak Intan dah janji dengan Yang , kalau keMelaka mesti nak makan nasi dengan lauk asam pedas yg terkenal kat sana... errrrmmmm apa lagi tengahari kami makan asam pedas ikan kembong dan juga ikan cencaru...memang sedap pun siap menghirup kuah lagi he...he... ada juga ulam ulaman dan sambal belacan...paling berkenan tengahari tu ada pulak sayur pisang muda masak lemak cili padi...wauuuuuuu memang best.

Lepas makan kami rehat rehat sekejap tepi pantai kat Pengkalan Balak tu ambil angin petang pula... Hari tu pulak bukan main ramai pengunjung nya, mungkin disebab kan cuti sempena CNY bersekali dengan cuti sekolah yang agak panjang jadi masing masing bawa keluarga bercuti ditepi tepi pantai sambil makan makan dan juga mandi manda.
Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan pagi ni... jumpa lagi dientry seterusnya, wassalam.

MANNEQUIN BESAR PULA...


Assalamualaikum,
Jumpa lagi kan.... malam ni rajin pulak he..he... macam macam nak diceritakan termasuklah menghias mannequin yang kawan Kak Intan tempah 2 hari yang sudah. Sebelum tu Kak Intan ke SSF lagi membeli stok stok mannequin yang baru ni... alhamdulillah banyak pulak stok nya kali ni, sambil2 masuk SSF mesti tak lepas peluang mengintai barang baru yang dijual SSF...sampaikan adik adik yang bekerja disitu pun dah kenal dengan Kak Intan dan suami... he...he...
Kali ni dah tahu apa idea nak dicurahkan , main buat je dik oiiii... harap harap Norlailee suka dengan apa yang Kak Intan buat kali ini, kebetulan Kak Intan lupa nak beli bahan bahan yang lain ... kedai kedai pula masih lagi tutup sempena perayaan Tahun Baru China, jadi Kak Intan gunakan apa yang ada dalam stok Kak Intan je..ok la kan Laili...dah siap dah maybe esok Kak Intan akan poskan pada Laili..kalau ada kekurangan mohon maaf la banyak banyak. Ok lah...sampai jumpa lagi dilain entry, wassalam.


SARUNG KUSYEN BERHIASKAN DOILY.

Assalamualaikum,
Selamat malam apa khabar, dah makan malam ke? atau diet? sebelah malam tak makan tapi sebelah siang makan selagi mau he...he.. saje je usik usik sebab dah lama tak layan dengan entry entry terkini. Entah kenapa tak malas betul sekarang ni nak update blog, lagi pun macam tak ada bahan je nak diceritakan.
Kali ni nak kongsikan sarung kusyen yang kak Intan baru sahaja siap dijahit, entah kenapa tetiba dalam sehari dua ni rajin pulak menjahit, ada saja benda yang masuk dalam kepala ni nak dibuat, macam banyak je idea yang nak dibuat...mula nya tadi kak Intan siapkan lagi tempahan baju mannequin tempahan seorang rakan yang tinggal jauh diutara. Lepas tu belek belek pula kat wall seorang kawan, nampak la sarung kusyen yang dia beli dari luar negeri yang dibuat dari kain baldu kemudian dihias pula dengan lace. Dari situ datang idea Kak Intan menjahit doily kat atas sarung kusyen biasa tu. Apa lagi semua bahan keperluan ada dalam simpanan , sepantas nya kak Intan buat kerja kerja menjahit sarung kusyen tu tengahari tadi.
Untuk nampak kelainan sikit kak Intan tambah manik manik yang bentul seperti pearl diatas doily tersebut...sekejap saja menjahit nya dah pun siap...
Kalau ada sesiapa nak mencuba nya pun bolih.... nampak cantek kalau buat banyak banyak dan susun atas sofa atau pun buat hiasan diatas katil. Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan malam ni ya...lain kali kita jumpa lagi wassalam.....

19 Januari 2012

AYAM PENYET BEDOK CORNER MMG SEDAP

Assalamualaikum,
Selamat malam..apa khabar? Ishhh...dah lama tak buat entry baru...macam tak ada bahan yang nak diceritakan disini ...tapi tak apa malam ni Kak Intan ada cerita baru...he..he.. cerita pasal jalan jalan cari makan di Singapura.
Sebelum bertolak balik ke KL dari Singapura malam tu sepupu Kak Intan bawa kami singgah diBedok Corner untuk makan malam. wahhh agak banya juga gerai gerai makan berjualan disitu. Tak tahu apa nak makan kak Intan order nasi ayam penyet...mengikut kata sepupu Kak Intan dan isterinya Zahara...nasi ayam penyet nya sedap...minuman nya pula Kak Intan order ais kacang, kalau di Malaysia dipanggil ABC (Air batu campur)...

Memang la berbalui makan nasi ayam penyet kat situ ...betul betul sedap...insyaallah lain kali kalau keSingapura Kak Intan nak kesitu lagi rasa belum puas memakan nya. Malam tu tak bolih duduk lama sebab bas yang kami naiki memulakan perjalanan ke KL tepat jam 10 malam. Ok lah nanti kita datang lagi ya.... sampai disini dulu catatan Kak Intan ...bertemu lagi dilain entry. wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...