31 Mac 2011

SERASI BERSAMA....

Asslamualaikum.
Jumpa lagi dipetang hari Khamis ini. Menu kali ini menu petang semalam, dek kerana cuaca agak panas Kak Intan agak kurang selera nak makan nasi. Jadi Kak Intan minta tolong kat orang bujang rumah ni tolong belikan pasembor dengan cendol nya sekali.
Memang dah lama pun tak makan pasembor ni, selalunya kalau nak makan pasembor ni Kak Intan dan family keseberang jalan depan rumah ni aje sebab disitu ada pasembur dan cendul yang agak terkenal dikawasan sini.
Kalau nak tahu ini lah dia Cendul Pak Wahab. Mana mana pergi pun orang akan tahu nama ni...Cendul nya ada bermacam macam rasa dan campuran, bolih pilih, tapi Kak Intan tetap pilih yang biasa punya, tak percaya? tengok la gambar nya tuhhh..
Ok layan dulu gambar ni kejap lagi Kak Intan akan update pula menu yang Kak Intan masak semalam, Wassalam.

29 Mac 2011

BUBUR KACANG & DURIAN

Assalamualaiku,
Jumpa disini lagi dengan menu minum petang Kak Intan hunjung minggu lepas.Nak kata special tak la special sangat, biasa biasa sahaja. Kak Intan buat bubor kacang buboh durian. Yang agak special nya durian nya tu...datang khas dari kampong sendiri nun diTeluk Intan nun.... dengarnya dah melambak lambak buah nya gugur, tapi bukan kebun Kak Intan pun kebun BIL yang punya he..he.... alhamdulillah murah rezeki diorang...Kak Intan tumpang suka, mana tak nya...dapat la seguni buah durian diorang kirimkan pada Kak Intan kat anak saudara yg balik kampong masa cuti hujung minggu tu.
Tetapi tak la semuanya tu Kak Intan kopek buat bubor, separuhnya simpan dalam fridge, separuh nya buat kan tempoyak...dan simpan juga dalam fridge. Durian ni kalau simpan kat tempat beku tu memang tahan lama. Agak2 nya sampai tahun depan pun bolih he.he....sesekali nak makan baru dikeluarkan. Kalau rasa teringin nak buat kuih ke , cekodok ke tak payah la nak keluar mencari lagi kan. Ok lah dah melalut dah ni...nanti kita cerita cerita lagi ekk...nak kena memasak pula ni...jap lagi ada yg nak kesekolah dan nak makan, lain kali kita sambong cerita lain pulak...wassalam.


SALE DIKK HOME DECO ....

Assalamualaikum semua...
Apa khabar agaknya, dah lama tak up date blog Kak Intan ni..he...he...entah apa la yg busy sangat pun tak tahu lah...kadang kadang tu malas pun iye juga...dah memang resam hidup memang macam ni agak nya, tapi dalam malas2 tu pergi juga dengan geng blogger ke KK Home Deco diJalan TAR yang buat SALE minggu lepas.
Kalau ke KK ni bukan apa pun yang Kak Intan cari, biasanya ini lah barang2 yang Kak Intan punggah bawa balik rumah. Seronok bila dapat hasil yang macam ni sebab murah2 tetapi cantek dimata sendiri. Ok lah sampai disini dulu ye...nanti Kak Intan sambung cerita lagi. Wassalam.

22 Mac 2011

DAH LAMA TAK MEMANCING...JUM BUAT PAI TEE

Assalamualaikum,
Dah agak lama Kak Intan tak makan kuih ni...hari tu teringin sangat dah nak membuat nya, kebetulan bahan bahan semuanya ada, jadi apa lagi cepat cepat sediakan bahan dan buat adunan untuk menyiapkan sarang nya dulu. Membuat kuih ni sama seperto orang memancing juga, perlukan kesabaran sikit. Kalau menjadi memang seronok, yang tak seronok nya kalau tak menjadi sarang nya tu, asyik melekat je kat acuan nya, memang tension kita jadi nya.
Kalau nak tengok macam mana rupa acuan kuih Pai Tee ni, inilah rupanya.ada rupa pancing sikit kan, memasak nya lebih kurang kita nak buat kuih rose atau kuih goyang juga.
Untuk menyiapkan sarang nya ni bahan bahan yang Kak Intan gunakan ialah:-
11/2 cawan tepong beras
1 biji telor
sedikit garam
sedikit kapur sireh-lebih kurang 1/2 sudu teh
1 cawan air- ikut kepekatan yg diperlukan

Caranya:-
Masukkan dalam blender kesemua bahan bahan tersebut, blender kan selama dalam 5 minit. Keluarkan. Panaskan minyak, rendamkan acuan nya kasi panas, celupkan dalam adunan yg diblender tadi, jangan sampai habis , tinggalkan sedikit ruang supaya senang ianya tanggal bila masak nanti. Bila adunan tadi keras dan tanggal dari acuan goreng lagi sampai betul2 masak. Angkat dan toskan minyaknya. Simpan dalam bekas kedap udara. Ketepikan.
Untuk menyediakan inti pai tee ini:-
Carrot diparut kasar
Timun diparut kasar
Senkuang juga diparut kasar.
3 biji bawang putih
Udang kering dibersihkan ditumbuk
Caranya...
Tumiskan bawang putih dan udang tadi, campurkan sedikit oyster sos, tumis sampai garing tutupkan api. Ambil bahan bahan yg telah diparut tadi masukan sekali dan kacau sebati...ambil inti ini masukkan kedalam sarang nya ketika mahu dimakan. Jangan dihidangkan dan dibiarkan agak lama. Kerana ianya akan menjadi lemau... bolih juga dimakan dengan sos cili atau pun begitu sahaja.
Inti pai tee ini juga ikut pada citarasa masing masing membuat nya.Ada yang letak sayur semata... ada juga yg letak daging atau ayam sera telur...terpulang pada selera anda.
Ok lah layan dulu pic Kak Intan ni ya... sampai jumpa lagi lain entry...wassalam.

TAUHU POK SUMBAT...

Assalamualaikum,
Selamat petang semua.. jumpa lagi ..dah minum petang ke?..Menu Kak Intan kali ni tauhu pok bersumbatkan udang. Sedap ni kalau dimakan dipetang petang hari hujan macam ni. Pernah buat tak? Kalau nak cuba bolih la cuba lepas ni. Disini Kak Intan serta kan resepinya:-

Bahan bahan nya:
10 ketul tauhu pok digunting bahagian atas nya pecah 6 membentuk seperti kelopak bunga. Kemudian diterbalikkan. Isinya diasingkan ketepi dahulu.
Untuk inti nya:-
Isi udang yg diblender
Tepong jagung
Lada sulah
sedikit garam.
Daun sup yang dimayang halus
sayur campur-jagung, kacang peas dan carrot
sedikit serbuk peras.
Gaulkan semua bahan bahan tersebut bersama lebihan isi tauhu yang diketepikan tadi. Masukkan dalam kelonsong tauhu tadi. Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng hingga masak kekuningan. Angkat dan bolih lah dihidangkan bersama sos cili jika suka.Sekiranya tanpa sos pun masih sedap dimakan begitu sahaja sebagai menu minuman petang.
Selalunya tauhu pok sumbat ini dijadikan sebahagian daripada menu hidangan pengantin. Ianya dijadikan seperti sepohon pokok bunga bagi yang creativ...tak creativ pun tak apa...susun je dalam pinggan cantek cantek yang dilapik dengan daun salad.Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan. Wassalam.

19 Mac 2011

SERONOK LAYAN IZZAH DAN DANISH DI FULLHOUSE.

Assalamualaikum, jumpa lagi kita disini ya.
Kali ni cerita mengenai Kak Intan yang bertemu geng dari negara seberang Tambak Johor pula. Kami kenal antara satu sama lain melalui FB tahun lepas. Sebenarnya kami dah bertemu tahun lepas sewaktu Kak Intan keSingapura hujung Disember 2010 tempohari. Kali ni Izzah pula datang bercuti keKL membawa anak nya Danish untuk menyambut hari jadi anak nya yang ke10 diFullhouse . Petang tu 15/03/2011 lepas je solat maghrib Kak Intan bersama hubby dan Ezzat menjemput Izzah dipenginapan mereka diJalan TAR... terus bawa mereka keFullhouse Lyfestyle & Store diJalan Yap Kwan Seng. Teruja sangat Izzah nak kesana makan makan bersama sama dengan anak nya.Alhamdulillah tercapai hajat Izzah nak celebrate birthday anak bujang nya disitu. Lepas je order makanan Kak Intan bawa Izzah jalan jalan sekitar Fullhose untuk ambil gambar kenangan disitu...
Mula mula sekali bergambar dengan kereta mini ni...
Danish lah yang paling seronok sangat...sampai tak nak keluar dari kereta tu.
Lepas tu kami naik ketingkat atas...sambil2 ambil gambar Izzah shopping juga disitu. Izzah berkenan dengan baju lace ni...memang cantek kalau Izzah pakai ni...
Bermacam macam ada dijual diatas ni. Pilih je la mana yang berkenan.
Dah siap membeli belah dan posing2 kat atas kami turun makan pula.
Berselera birthday boy (Danish) ni makan sphagetti Cabonara... sedap katanya.Makan ya Danish, mana yang Danish suka.

Ezzat ikut sekali, dia pilih chocken chop...memang menu favorite dia ni..
Kak Intan pilih curry laksa...ermmmm memang sedap...tapi kalau makan sorang ni mamng tak habis punya...jadi Kak Inyan kongsi dengan hubby makan nya.
Izzah pula pilih lamb....wau ..cantek hiasan nya...
Ok..layan dulu pic ni ya.... Kak Intan kena out dulu...sebelum tu Wassalammm..

18 Mac 2011

KUIH DADAR GULUNG WARNA WARNI

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua kawan kawan blogger yang sudi singgah keblog Kak Intan ini. Apa khabar hari ni agaknya. Harap2 semuanya sihat sihat semua bersama sama keluarga. Semalam Kak Intan sempat letak gambar je disini tapi tak sempat nak bercerita apa pun jadi kita sambung je lah hari ni ya. Menu nya kuih ketayap @ kuih dadar gulung, yang berwarna warni.
Entah apa lah agaknya mood rajin dtang lagi semalam jadi Kak Intan pun buat lah berwarna warni he.he... seronok pulak membuat nya.
Intinya pula ialah kelapa manis yang dicamporkan durian, wah ...memang sesuai makan dipetang petang hari bersama kopi panas atau pun teh panas . Ok lah...layan dulu gambar minum petang Kak Intan ni yg Kak Intan buat semalam. Sampai disini dulu buat kali ini jumpa lagi dientry seterusnya. Wassalam.

MASAK LEMAK CILI API BABAT DEBGAN UBI KENTANG.

Assalamualaikum,
Selamat petang dan bertemu lagi dipetang Jumaat ini.Dah beberapa hari Kak Intan tak meletakkan apa apa entry makanan disini. Ok hari ni menu Kak Intan ialah masak lemak cili api perut (babat) dicampurkan dengan ubi kentang. Selalunya orang masak dicampur dengan rebung jeruk atau rebung biasa tu aje. Disebabkan ada yang alergic makan rebung ni Kak Intan campurkan sahaja dengan ubi kentang pun sedap juga ekk....
Ok...layan dulu gambar Kak Intan ni. Jumpa lagi dientry seterusnya nanti. Wassalam...

15 Mac 2011

NASI AMBENG....

Assalamualaikum.
Dah minum petang ke semuanya ni...tapi kali ni bukan nya menu minum petang sebaliknya menu makan tengahari Kak Intan semalam, makanan tradisi masyarakat Jawa. Nampak je macam tu tapi sedap kan...ok layan dulu pic ni Kak Intan sambung cerita nasi ambeng ni sekejap lagi...ada kerja lain kena settlekan sekejap...tunggu ya..

PUTERI AYU...

Assalamualaikum,
Selamat bertemu lagi dipetang hari Selasa ini. Agak kurang sihat sekarang ni. Entah kenapa agaknya dalam sehari dua ini selalu mengalami sakit kepala. Nak kata keadaan cuaca sekejap panas sekejap hujan mungkin juga, atau makan benda benda yang tak bolih dimakan pun mungkin juga. Ok lah kita cerita pasal menu petang semalam lah pula....kuih puteri ayu yang pertama kali Kak Intan buat dan menjadi... terima kasih kepada pemberi resepi yang sanggup berkongsi resepi nya.
Resepinya Kak Intan ambil dari rumah Puan Rossitamz..
Bahan bahan -

5 biji telor
250 gram tepung gandum
300 gram telor
2 camt ovallete
1 camt baking powder
250 ml santan
Pewarna hijau
Pandan paste
Kelapa parut (ambil yg putih sahaja digaul dgn tepong ubi dan juga sedikit garam).

Cara nya.
Panaskan kukusan. Pukul telur, gula. ovallete hingga kembang. Masukkan santan , tepong gandum, pewarna, pandan paste dan juga baking powder, kacau hingga sebati. Acuan nya disapukan dengan sedikit minyak , masukkan kelapa terlebih dahulu.. tekan sikit sampai agak mampat, masukkan adunan tadi. Kukuskan dalam 10 minit, angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah dikeluarkan. Selamat mencuba. Terima kasih pada Ita ya...sebab Kak Intan berjaya menggunakan resepinya untuk mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...