28 September 2011

DECO LEPAS RAYA...



Assalamualaikum,
Saja nak share lepas lepas raya ni Kak Intan mendeko lagi. Nak buat macam mana layan je lah minat yang satu ni jum tengok...
Bukan apa pun yang nak ditayang kan ni, hanya lah tukar lampu dimeja makan ni je aje. Dah terjumpa lampu yang sesuai Kak Intan pun belilah...balik je minta budak salesman yang jual ni tolong gantungkan rasa nya tak susah cuma tukar sahaja lampu yang lama tu pada yang baru. Nak buat sendiri kita ni tak pandai..tak apa lahhhh..suruh je dia buat kan...tapi bila dah gantung anak Kak Intan kata nampak kosong je...ishhhhh biar betul....
Tapi Kak Intan suka je kalau dibiarkan begini, suka nya bukan suka apa ...suka tengok yang bergayut gayut tu berkilat2 kena cahaya lampu
nya ni...
Dalam pada tu ikut juga apa yang anak anak cadang kan supaya diletakkan bunga dicelah celah nya tu...taraaaaa...ini lah hasil nya...menjadi nampak nya cadangan anak Kak Intan ni...
Bunga nya tu sebenar nya nak dibuat kelain tapi dah kesini pergi nya he..he...

Jum layan lagi gambar nya...sampai disini dulu ya...jumpa lagi lain waktu dan entry....

Wassalammmm...

MERAIKAN TETAMU DIPENGHUJUNG SYAWAL...

Assalamualaikum,
Seronok sangat malam tadi bila ramai rakan rakan datang beraya kerumah Kak Intan walau pun dah sampai kepenghujung Syawal. Alhamdulillah bila dapat menjamu rakan2 anak anak dan jiran jiran berdekatan. Paling seronok bila tak disangka sangka rakan FB dari jauh pun sama datang tanpa dirancang he..he...
Jum layan gambar gambar sapa yang datang malam tadi antara nya jiran jiran yang berdekatan rumah salah seorang nya Cek Yah kita ni. Cek Yah juga berseni tangan nya ni serta seorang yang pandai memasak...semua masakkan Cek Yah memang sedap sedap belaka.

Cek Yah datang dengan rakan rakan karib dia juga, Nurul, Kak Nab dan Kak Milah (tauke catering)... kesemua nya jiran jiran Kak Intan ini memang kaki masak dan masakkan diorang memang mabeles...uhhhh...malas nak cerita panjang pasal masakkan diorang ni...memang meleleh air lior dibuat nya...


Yang sekelompok ni juga kawan kawan sekerja anak Kak Intan dan juga jiran tepi rumah...huwahhhhh macam jauh sangat jarak kitaorang ni tau...dah penghujung Syawal baru dapat beraya.

Jiran tepi rumah je ni En.Salahudin, makan Udin..tambah2 mana yang suka, diet tu ketepikan dulu he...he...

Wife En.Udin kita , Norsita (Ita), selera nampak Ita ni makan he..he.... lepas ni Ita cari anjing garang suruh kejar Ita, bolih lari 5-6 kali pusing Wangsa Maju dapat balik diet yang dah terbabas tu..

Anak anak En Udin dan Ita...sedikit masa dulu Kak Intan ada mengasuh diorang ni...

Tidak ketinggalan Suehani dan juga Family Mak Jah dari jauh - nanti Kak Intan cerita dientry akan datang .

Ini juga sebahagian dari kawan2 anak kak Intan yang datang semalam, dek kerana keluasan rumah yang terhad ada yang terpaksa berdiri sahaja.

Yang ini pula geng suami Kak Intan yang selalu bermain badminton setiap hari Isnin dan Rabu sama bertandang selepas habis permainan malam tadi.

Kesian diorang ni duduk kat luar aje...tapi tak apa janji selesa dan ada disediakan tempat duduk kat luar tu
Ok lah sampai disini dulu coretan Kak Intan...wassalam

26 September 2011

MEE BANDUNG YG MEMANG TAK ADA DIBANDUNG ...

Assalamualaikum,
Dah lama tak cerita tentang menu kan. Pepagi ni kita cerita tentang menu yang dihidangkan petang semalam iaitu Mee Bandung Muar, teringat kata seorang kawan Kak Intan, macam mana lah mee ni bolih dapat nama Mee Bandung, kalau ke Bandung tak ada pulak terjumpa mee semacam ini. He ....he... kena tanya sendiri pada sipembuat mee Bandung yang mula mula dulu lah...Kak Intan sendiri pun tak tau nak jawab.
Sebenar nya mee Bandung bkan lah Kak Intan sendiri yang masak tapi pemberian seorang kawan yang keMuar pada hujung minngu kelmarin, Balik dari sana dia pun bawa lah mee ini untuk Kak Intan 2 bungkus..sampai dirumah Kak Intan panaskan kuahnya sahaja..uishhhhh memang sedap lah rasa nya. ..pernah juga masak sendiri, tapi rasa dia punya lagi sedap..apa pun terima kasih pada kawan Kak Intan ni sebab tak lupa bungkuskan untuk Kak Intan juga. Sampai disini dulu ya...kita jumpa lagi dientry seterus nya, wassallam

25 September 2011

KEDIAMAN KAK INTAN DIANJUNG SERI OKTOBER 2011

Assalamualaikum.
Selamat petang dan selamat menjalankan tugas seharian anda pada yang sedang bertugas. Cuaca nampak redup je petang i alhamdulillah rasa tenang dan nyaman je kan dalam suasana begini. Kalau ada yang minat membaca dipetang petang hari ni bolih la beli Majallah ANJUNG SERI keluaran Oktober yang dah ada pun dipasaran. Kak Intan ada juga berkongsi gambar didalam nya tentang kediaman rumah Kak Intan yang tak seberapa nya ini.
Apa pun terima kasih banyak bayang kepada Puan Rashidah Ibrahim (Penolong Editor ANJUNG SERI) dan juga jurugambar nya En.Razali Mohamed yang datang kerumah beberapa bulan yang lepas.
Antara isi kandungan yang terdapat didalam nya....Ok lah sampai disini dulu Kak Intan mengundurkan diri , kita jumpa lagi nanti ya...
Wassalam.

BERTAMBAH LAGI YG PUTIH PUTIH NI DARI SSF.

Assalamualaikum,
Selamat berhujung minggu. Dah makan malam ke belum...Kalau belum jum tengok koleksi terkini yang Kak Intan dapat dari SSF pagi tadi. Kebetulan kad birthday yang SSF kirimkan ada diskaun special untuk yang berminat dengan barangan nya. Apa lagi semestinya Kak Intan tak kan melepaskan peluang sebelum terlambat.

Masuk je pintu kedai SSF diJalan TAR dah nampak koleksi koleksi yang berwarna putih ni...aduiiiiiii...rambang mata Kak Intan dibuat nya. Ini semua gara gara suka skodeng blog MEM yang dioversea tu he...he...tak apa..mula mula kena tengok harga nya dulu..rasanya memang mampu milik ni...kalau mahal mahal sangat ..alahai lupakan lah saje....tapi bila tengok harga kedua dua barang ni memang berbaloi....cepat cepat Kak Intan capai...belek sana belek sini takut ada yang retak ke pecah ke..

Alhamdulillah semuanya berkeadaan baik..ok lekas lekas pergi bayar dan lekas juga keluar dari kedai SSF tu..lagi lama nanti lagi rambang mata Kak Intan dibuat nya...jadilah dulu dapat 2-3 ketul yang putih putih ni....esok lusa cari lagi rembat lagi he...he...
Ok lah layan dulu gambar gambar ni....mana tau ada yang berkenan nanti bolih la kesana (SSF) sementara jualan murahnya berlansung tu...tak salah kak Intan hingga 28hb September ni...ok Wassalam jumpa lagi dientry yang seterusnya

24 September 2011

OPEN HOUSE DIRUMAH ECHA.

Assalamualaikum,
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu, dah bersarapan ke...apa sarapan pepagi ni. Sambil sambil bersarapan jum tengok aktiviti Kak Intan petang semalam bersama sama suami dan juga Geng Ladies In White iaitu Lidya dan juga Sharifah Zaidah. Sebenar nya kami semalam memenuhi jemputan kerumah seorang lagi kawan dari group ESDG (English Style Decoration Group) iaitu Echa Massuzanaliza diSeksyen 33 Shah Alam. Bolih tahan juga dugaan nak menyampaikan kerumah Echa ini...sesat barat kami berpusing pusing mencari rumah nya. Alhamdulillah akhir nya kami jumpa juga, itu pun setelah kami berjanji dengan suami Echa agar menjemput kami disatu stesyen minyak yang berdekatan, masa kami sampai tetamu dirumah Echa dah pun ramai. Macam macam yang disajikan untuk kami tetamunya antara nya kambing panggang...psssttt dengar nya samapai 4 ekor kambing yang diperuntukkan pada hari tersebut
Gambar suami dengan menu kegemaran dia, masa tengah makan makan semalam salah seorang lagi dari group ESDG datang bertandang iaitu taukeh IMAN HOME DEKO , Puan Nani Sadun bersama suami dan anak nya, he...he...tak sangka dapat juga jumpa dengan Nani kan....
Hari tu Kak Intan layan rendang ayam pencen masak rendang Negeri Sembilan..mak aihhhhhh sedap nya...hasil air tangan ibu Echa yang dicampur dengan pucuk ubi.
Apalah yang dipandang Lidya tu...Sharifah Zaidah pula sibuk dengan agenda tersendiri he...he... sorry ya Pah

Sessi bergambar acara yang wajib dalam setiap pertemuan he..he....Ok lah sampai disini dulu catatan kak Intan pagi ini. wassallam

22 September 2011

BASIKAL LAMA JANGAN DIBUANG...

Assalamualaikum,
Pepagi Jumaat ni Kak Intan dengan kawan kawan blogger semua nak kongsi idea bagaimana MEM (Minah Salleh) menggunakan semula basikal lama sebagai hiasan...cantek cantek tau..... meh kita tengok, tambah cantek kalau basikal ini dijadikan sebahagian dari koleksi dalam taman didepan rumah anda semua... mana yang ada kawasan memang bolih buat macam tu...

Contoh nya macam yang ada kat sini...ditambah dengan bunga bunga, sebelum itu basikal basikal ini dicat dengan warna warna ikut citarasa masing masing, nampak tambah cantek kan?






Ok...kalau dah tengok mesti bolih dapat idea sendiri nanti.... Kak Intan mengundurkan diri dahulu ya...wassalam.

TERIMA KASIH SUDI DATANG KERUMAH.

Assalamualaikum,
Selamat pagi dihari Jumaat yang mulia ini. Dah sarapan ke? Nampak cuaca mendung je hari ni, kalau menjemur pakaian ambil masa juga ni nak mengeringkan nya... tapi tak apa lama lama dia kering juga kan he...he... Hari ni nak kongsikan dengan geng geng blogger semua kisah petang semalam. Rumah Kak Intan diserbu dek jiran jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah Kak Intan. Terima kasih pada semua yang bertandang dan sudi singgah ke rumah merpati Kak Intan ini...
Minta maaf banyak banyak kiranya terkurang layanan dan juga hidangan yang tak seberapa...almaklumlah diorang ni datang tiba tiba sahaja tak sempat nak buat persiapan untuk memasak apa apa pun.
Kedatangan mereka Kak Intan hidangkan dengan kuih kuih raya yang mana ada sahaja.... dan juga teh o panas.
Jiran yang sorang ni Kak Intan dah lupa nama nya, kami pernah tinggal sebelah menyebelah dulu, tapi sekarang dia dah berpindah ditempat lain tapi masih la menjadi jiran

Ok lah jum kita layan gambar gambar yang ada ni...sambil sambil tu kita bersarapan pagi... jummmmm
Sampai disini dul catatan pagi ini, jumpa lagi dientry yang seterus nya....wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...