30 Januari 2013

CARI NASI "GANJA" YG JUMPA NASI VANGE...

Assalamualaikum,
 Bersambung kisah masa jalan jalan cuci mata diGreen Lane Ipoh (pasar karat Ipoh Loken), lepas shopping disitu perut mula terasa lapar. Memang niat dihati masing masing nak menjamu selera diRestoran Nasi "Ganja". puas call anak anak buah yang duduk sekitar bandar Ipoh tanya lokasi kedai tu, diorang kata kalau nak makan nasi kandar diIpoh tu memang banyak semuanya sedap. Puas juga pusing sana pusing sini, bukan rezeki kami gak nya hari tu, akhirnya Kak Intan call seorang kenalan FB iaitu Kak Samsiah Sariffdan kami sama sama jumpa diRestoran nasi Vangge yg dalam gambar ni...he..he..

Kedai disini bolih tahan juga, masa kami singgah makan disitu kedai tu penuh dengan pelanggan pelanggan nya yg bolih dikata kan kesemuanya orang Melayu. Masakkan nya pun bolih tahan juga sedap nya. Alahai Kak Samsiah sampai masa kami semua nak menjamu selera. Kak Samsiah datang dihantar dek suami nya... jumpa juga kami akhirnya..setelah sekian lama duk chatting kat Facebook.... ajak kak Samsiah sama sama makan tapi katanya dah kenyang , dia cuma rder segelas minuman .

Selesai makan nasi Vangge, kami kerumah Kak Samsiah diKampong Manjoi Ipoh... wah best juga kawasan perkampungan Kak Samsiah dan suami nya menetap ni. Kak Samsiah juga sebahagian dari peminat decor ala Inggeris..Masuk sahaja kerumah nya dah nampak hiasan hiasan ala Inggerisnya. Seronok cuci mata dirumah Kak Samsiah ni...Kak Samsiah merupakan pesara guru, sambil sambil tu kak Samsiah ni mengambil upah menjahit langsir, cantek cantek langsir yang Kak Samsiah jahit, sarung kusyen, sarung kerusi semuanya Kak Samsiah bolih jahit, kreatif juga tanga Kak Samsiah ni.



Dirumah Kak Samsiah kami duk berbual bual dengan suami nya yg juga seorang pesara Guru. Mereka berdua ni terlalu permah, macam dah kenal lama bila bersembang, sedar tak sedar hari beransur petang..

Walau pun perut dah kenyang kami dijamu pula dengan minum petang hari tu.. terima kasih banyak banyak Kak Samsiah ya.



Ini sebahagian dari dekorasi rumah Kak Samsiah, nampak sweet aje kan..

Banyak gambar2 rumah Kak Samsiah yang cantek2 terutamanya diruang dapor memang cantek2.

Diruang makan dirumah Kak Samsiah..kemas dan teratur segala nya. Ok lah nanti senang senang Kak Intan tunjukkan dekorasi rumah nya diruang yang lain pula. Layan dulu dengan gambar gambar yang ada ini. Jumpa lagi dientry akan datang wassalam..



28 Januari 2013

KRAFT TANGAN DARI DOILY

 Assalamualaikum, 
Selamat petang pada semua teman teman blogger disini. Dah makan tengahari ke? Sambil sambil layan anak anak tadi sempat juga Kak Intan menyiapkan kraftangan yang tak seberapa nya ini. Paling penting cantek dan senang nak buat. Ianya dibuat dari doily lace aje...kraft tangan ni Kak Intan dapat idea dari seorang kawan yg tinggal diseberang Tambak Johor sana. Memang banyak idea yang beliau selalu share kan disini terima kasih banyak banyak kepada kawan Kak Intan tu.

Doily lace ni dah lama Kak Intan beli dari seorang kawan... harga nya bolih tahan la juga...sebelum ni Kak Intan buat display diatas2 almari dan juga didalam almari.... bila dah terasa jemu Kak Intan basuh dan simpan elok2. Kali ni bila dah dapat idea dari kawan Kak Intan tu cepat2 Kak Intan merialisasikan nya. Memang sesuai sangat bila dah siap diframekan digantung kan pula ditempat2 yang sesuai.

Yang 4 persegi ni pula cuma ada sehelai sahaja...memang tak pernah Kak Intan gunakan langsung..alhamdulillah lepas ni bolih la digantungkan.
Sekali pandang dah nampak macam corak balik bila diletakkan dalam frame ni..ok lah layan dulu gambar2 Kak Intan ni ya... Kak Intan nak sambung kerja2 kraft Kak Intan yang lain pula... nanti Kak Intan akan share kan disini ya...tungguuuuuu. Wassalam jumpa lagi.

KEKEDIAMAN HAIRE ISKANDAR DI SALAK TINGGI SEPANG.

 Assalamualaikum,
Pada hari Khamis yang lepas sempena cuti Maulidur Rasul, Kak Intan dan suami kerumah Haire Iskandar, rakan yang sama sama minat dengan barang2 decor ala Inggeris diSalak Tinggi Sepang. Malam tu Haire dan isterinya ada membuat sedikit majlis kesyukuran dan juga sambutan hari lahir anak kedua nya Dania yang ke2 tahun.

Macam macam yang dihidangkan malam tu, tapi tak sempat ak ambil gambar semua, sebab tetamu Haire agak ramai diluar dan dalam khemah yang dipasang. Jadi Kak Intan dan suami duduk dibahagian dalam rumah nya...sambil sambil tu mata memandang barang barang hiasan rumah Haire. Haire ni peminat English Vintage, cantek susun atur rumah nya seronok Kak Intan tengok.
 Sempat juga suami Kak Intan snap gambar di dining area nya ni...kemas dan tersusun semua barang2 nya

 Zoom kat dalam almari kaca yang kat hujung tu...wahhh koleksi pinggan mangkuk kegemaran Haire...bukan main cantek lagi.. Yang ini pula pinggan tergantung cantek sebagai hiasan disekeliling ruang makan rumah Haire.

Sedang duduk duduk membelek hiasan sekitar rumah Haire  datang sorang geng  yang punya minat yang sama iaitu Nik Evelyn Myida.. dari Bangi...ermmm baru kenal dan jumpa pertama kali ..bukan main ramah lagi...selalu nya dia skodeng Kak Intan kat FB aje katanya... he..he.. thanks Lyn sudi tegor Kak Intan tadi... seronok dapat kenal dengan Lyn juga


Bila kat luar dah reda dari tetamu yang ada, Kak Intan dan Nik  Evelyn duduk diluar pula menjamu selera....diluar bertemu pula dengan Nik Norzarina dari Taman Setiawangsa...uishhh Nik ni juga peminat yg sama macam kami bertiga juga he..he... bila dah bertemu duduk semea..apa lagi mesti kisah decor Inggeris yang dicerita kan menjadi topik utama...

Saudara Haire Iskandar yang berkopiah putih tu...ta sempat nak ambil gambar ramai2 sekali..maklumlah Haire busy sangat malam tu.

Masa baru2 sampai rumah Haire..sempat juga tinggalkan ucapan kat sini untuk birthday girl Dania...entah apa yg Kak Intan coretkan disitu main tulis aje... dan masa dalam rumah Haire sempat posing kat dining area nya... he..he...orang sibuk makan makan kita sibuk posing kan. 


Ok dulu ya... Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu, nanti kita jumpa dientry seterusnya. Wassalammmmm.

CUCI MATA DIANGGERIK MALL DGN BARANG BARANG ANTIK


Assalamualaikum,
Jummmm cuci mata dengan barang barang antik yg terdapat diAnggerik Mall tempohari. Gambar2 yang sempat suami kak Intan snap pada hari tersebut.. layan dulu ya gambar gambar ni he..he...

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...