30 Oktober 2013

TERIMA KASIH MAK JAH DAN KOLEKSI ABAH....

Assalamualaikum,
Jumpa kita lagi disini yer, he..he... tengah bersemangat ni bercerita, bukan nya apa ni kes masa harijadi Kak Intan 21st September lepas, Mak Jah dan Koleksi Abah meriaalisasikan impian Kak Intan dengan jug air mata ni. Alkisah jug ni Kak Intan nampak masa pergi jalan jalan keBatu Pahat dan singgah dirumah Koleksi Abah (Bro Shariff) yang menjual koleksi koleksi lama dirumah nya. Time tu Kak Intan cuma beli piring dan juga mangkuk pucuk rebung dari nya. Alhamdulillah rupanya2 Mak Jah diam diam kerumah Bro Shariff belikan jug ni untuk Kak Intan, thank you so much dan juga Bro Shariff. Sampai jer bungkusan nya tengahari tu kan Mak Jah, terus Mak Neng basuh dan gunakan sampai sekarang. Alhamdulillah


Mak Neng ni kan Mak Jah / Bro Shariff, jarang simpan benda2 baru macam ni bila dah dapat tu terus bash dan gunakan. Macam tu lah kebiasaan nya. Ok kita sambung cerita yg lain pula yer, Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu, jumpa lagi wassalam..

HARI2 FIKIR MENU .....

 Assalamualaikum ,
Dah fikir kan ke apa menu nak masak hari ni? Kadang kadang dah tak tau kan apa menu nak hidangkan untuk keluarga kita, balik balik buat menu yang sama jerrrr... haishhhhh bosan.... kekadang tu bila dah siap masak semua nya selera nak makan pun tak ada. Agak nya dah kenyang ambil bau nya ha...ha...  Ok lah ni menu Kak Intan beberapa minggu yang sudah, fikir punya fikir masak kan la untuk anak anak dan suami tumis kacang bendi ni. Ramai yang tak tahu macam mana nak masak kacang bendi tumis ni supaya lendir nya tak keluar, ni Kak Intan bagi kan satu tips untuk itu. Macam ni bila kita dah tumis bawang merah , bawang putih, cili kering sikit kasi pedas kita masuk kan sekeping asam gelugor, dah naik bahan2 yg ditumis tadi kita masukkan sedikit air dan sedikit kicap ( kalau tak suka kicap pun tak apa, ) dan juga sesudu sos cili bila dah mendidih tu baru masukkan kacang bendi dan gaulkan sebati insyaallah lendir kacang tu tak keluar dek asam keping tadi...itu jer petua nya. 

Sayur dah siap, lepas tu masak pula gulai daging lemak cili padi, uwahhhh lagi pedas gulai ni lagi berselera tau, tambahkan sedikit ubi kentang dan daun kunyit, kusssss semangat baunya... baru naik selera makan hari tu, ada lagi menu tambahan nya kalau nak kasi selera lagi, nak tau apa dia?.... he...he... ikan masin goreng... fuhhhh ok sampai disini dulu yer cerita menu makan Kak Intan pagi ni... Kita stop dulu kat sini, nak cerita yang lain pula, ok wassalam jumpa lagi yer.

SEMPENA 30 TAHUN ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAK INTAN DAN SUAMI...29 OKT 2014


Assalamualaikum.
Selamat pagi Khamis, dah dipenghujung bulan Oktober kita nampak nya, masa berjalan begitu cepat kita rasa kan sekarang ini. Pejam celik pejam celik tak lama lagi kita semua dah nak sampai dipenghujung 2013 kan... Pada 29hb Oktober yang lalu sebenar nya genap usia rumahtangga Kak Intan 30 tahun, alhamdulillah bersyukur sangat sangat  sampai kesaat ini... terima kasih banyak banyak banyak kepada semua rakan kenalan yg menghantar mesej dan ucapan  dilaman FB dan Instagram Kak Intan, semoga Allah juga memberikan keberkatan kepada rumah tangga anda semua dunia dan akhirat dan juga semoga ianya kekal hingga Jannah....aminnnnn.
Pada suami dan juga anak anak Kak Intan juga berterima kasih berbanyak banyak , kerana memahami dan sudi berkongsi dalam apa jua keadaan susah dan senang  selama ini,  maklumlah dalam 30 tahun rumah tangga yang dibina ada pahit manis nya, mohon ampun dan maaf juga sekiranya ada salah silap, kekurangan disana sini, terkasar  bahasa sepanjang kita hidup bersama selama ini.

Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan buat kali ini, sampai jumpa lagi, wassalam, nanti kita cerita2 kisah yang lain pula ya...Ohhh ya pada suami juga nak ucap terima kasih dengan sejambak ros yang cantek2 dan berbau harum ni... terkujut juga tengahari tu bila org call nak hantar bunger2 ni, ingatkan bunga untuk majlis yg satu tu he...he...

21 Oktober 2013

DECOR LEPAS RAYA...


Assalamualaikum,
Salam pagi Selasa, apa khabar ya? dah lama Kak Intan tak letak entry baru, busy sikit sekarang ni. Kadang kadang bila time tak busy Kak Intan pula yg dapat "virus" kurang rajin he...he... tu la masaalah nya sekarang ni. Ni lah nak cerita2 lagi tentang dekor2 rumah, pepagi ni, hari tu pergi kesatu kedai lampu Kak Intan terpandang kan lampu gantung yg dah sangat lusoh rupanya penuh dengan habuk, Kak Intan tanya kat tuan punya kedai tu ada ke lagi shade yg bentuk macam ni untuk dijual, tuan punya kedai tu kata tak ada lagi Kak , so yg ni pun kata dah nampak lusoh sangat, kami pun dah bercadang nak buang dan nak ganti yg baru. Cepat cepat Kak Intan cakap kat orang tu, "daripada you buang baik you kasi sama Akak dik, sebab akak minat sangat dengan shape nya tu" dia pun kata tak ada masaalah kalau akak nak, tapi kotor la sikit. Pasal kotor tu Kak Intan pun tak ada masaalah juga ha..ha.. tau la macam mana Kak Intan nak buat he..he...
Balik jer kerumah, tak sabar2 buat operasi tanggalkan cover lama nya tu, memang dah tebal dengan habuk, dah buang semua yg kotor kotor tu Kak Intan cari barang barang yang nak digunakan untuk buat cover baru, alhamdulillah masih ada bahan bahan aksesori dalam simpanan Kak Intan, terus buat gunakan bahan bahan mana yang ada. Ok dah siap terus call tukang pasang nya dan dah siap digantung pun gantikan lampu yang lama ok Kak Intan mengundurkan diri sekejap ya...nanti kita sambung cerita lagi, wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...