29 Oktober 2011

29HB OCTOBER, 2011..GENAP 29 TAHUN...

Assalamualaikum,
Apa khabar? Sabtu 29hb Oktober,2011 adalah tarikh yang tak pernah lupa pada Kak Intan dan suami...sebab tarikh tersebut adalah tarikh Kak Intan dan suami dinikah kan. Tahun ini adalah tahun yang ke29...alhamdulillah syukur kehadrat Illahi... dengan apa yang telah dianugerahkan olih Nya.
Terima kasih berbanyak banyak juga pada kawan kawan yang memberikan ucapan melalui FB. Doa dan ingatan dari kawan kawan tak akan Kak Intan lupakan, semoga apa yang didoakan buat kak Intan dan suami, begitu juga doa Kak Intan dan suami buat anda semua, semoga kita semua diberkati Allah dunia dan akhirat....aminnn. Ada juga yang menghantar e-Card untuk Kak Intan melalui FB antara nya...Suhella Sulaiman..terima kasih ya Su, cantek card nya...
Ini pula dari Mama fami...terima kasih juga Mama ya, cantek jambangan bunga nya ni...
Dan yang terakhir sekali dari Yusliza Yusof, sekali lagi terima kasih banyak banyak buat Yus.
Setakat ini dulu yang dapat Kak Intan kongsikan tengahari ini, jumpa lagi dilain entry,wassalam...

25 Oktober 2011

DINNER DIRUMAH EMA..

Assalamualaikum,
Selamat petang , apa khabar semuanya, dah minum petang ke hari ni? Apa la agak nya menu untuk petang ini ya? Kak Intan pun belum lagi makan apa apa untuk petang ni. Tengah memikirkan juga apa yang nak dimasak, terbayang juga kalau dapat makan sukun goreng panas panas sedap juga ni he..he...
Sambil sambil memikirkan menu petang tu sempat juga meletak entry hari ini...tapi apa yang berlaku dalam entry kali ini bukan nya baru rasa nya dah hampir sebulan yang lepas. Masa tu dirumah salah seorang rakan FB iaitu Ema Abd Rahman, kami kerumah nya makan malam hari tu bersama rakan dari Singapore iaitu En Mohd Hatta dan 2 orang adik nya.
Selain dari tu Hani Abd.Rahim juga ikut kami bersama kerumah Ema. Ini merupakan pertama kali Ema dan Hani bersua muka... selalu nya kami ni chatting diFB sahaja.
Ini lah Hani yang kak Intan maksudkan, kami ni sebenarnya tinggal tak lah jauh antara satu sama lain, tapi nak jumpa selalu agak susah maklumlah masing masing ada tanggungjawab masing masing kan. Apa pun malam tu kami berkumpul dalam waktu yang agak terhad, tapi meriah dengan bualan dan gelak ketawa masing masing.
Kenalah pulak hidangan Ema malam tu semuanya lauk2 kampong ..huuu huu apa lagi masing masing berselera makan...
Ini lah menu menu yang Ema hidangkan malam tu, paling istimewa menu tempoyak kacau yang Ema masak. Dimakan pula dengan ulam ulaman ...mak aihhhh memang le sedap...En Hatta sendiri pun nampak berselera bila sesekali menikmati hidangan ala ala kampong gini...
Malam tu kami berborak sehingga jam hampir 12 malam, he..he... kena balik cepat esok nya pula hari bekerja. Pada Ema terima kasih sesangat sebab menjemput kami makan malam hari tu...semuanya sedap2 menu tu Ema...ok sampai disini dulu catatan kak Intan kali ini. Jumpa lagi dientry yang akan datang , wassalam

24 Oktober 2011

SUKA TENGOK MINAH SALEH NI PUNYA FOLKART (FA)

Assalamualaikum,
Mungkin orang lain tak suka tapi Kak Intan memang suka masuk keblog blog Minah Saleh ni...bukan apa layan cuci mata dengan barang2 yang MEM ni buat... cantek cantek semuanya.






Ok..layan dulu ya... wassalam..

YEAHHHHH..... JUMPA LAGIIIIII...




KIRIMAN DARI KK DAH SAMPAI...TERIMA KASIH ...

Assalamualaikum,
Selamat petang kawan kawan blogger semua...dah minum petang ke? sambil sambil minum jum tengok kiriman yang Kak Intan terima Sabtu lepas dari seorang kawan yang tinggal diKota Kinabalu Sabah, Kak Ida (Zuraidah Malik). Dah selamat sampai pun Kak cawan polkadot yang kak Ida kirim kan tu beserta dengan fridge magnet sebanyak 3 keping.
Terima kasih sekali lagi ya Kak Ida, kita ni tak pernah kenal pun dan tak pernah berjumpa pun...cuma nya kita ni selalu kongsi kongsi minat diESDG dalam FB aje kan Kak Ida...insyaallah semoga kita diketemukan satu hari nanti dan semoga persahabatan ini berpanjangan sampai bila bila ya..
Insyaallah kalau ada benda yang jadi minat Kak Ida , Kak Intan jumpa akan Kak Intan poskan juga satu hari nanti ya.... wassalam

21 Oktober 2011

MEE HOON TOMYAM...JAMU SELERA WAKTU HUJAN.


Selamat malam semua, he...he... dah tengah malam Kak Intan letak entry pasal makan malam tadi. Dari petang tadi hujan punya la lebat bawa sampai kehampir jam 10 malam. Tunggu suami balik dari kerja tadi perut punya la lapar, biasa la kan kalau musim musim hujan ni perut ni memang cepat je lapar nya, kalau makan nasi pun tak berselera sangat.
Call suami yg dalam perjalanan balik dari bekerja minta belikan meehoon yang belum dimasak, dan juga minta belikan tomyam campur yang dah siap dimasak, apa lagi konon nya nak makan meehoon tomyam je lah malam ni panas panas. Memang sedap ....sampai je suami dirumah terus rendam meehoon sepeket. rendam pun ala kadar aje.... panaskan air dalam periuk dan Kak Intan camporkan sedikit garam, supaya tak la terasa tawar sangat nanti meehoon ni bila dimakan.
Tomyam campur yang dibeli tadi Kak Intan panaskan lagi.... meehoon yang dicelor dah pun masak apa lagi...masukkan je la dalam mangkuk dan tuangkan kuah tomyam tadi bersama isi nya...fuuuhhhhh...Bismillahhh...berpeloh peloh makan dalam hujan hujan lebat tadi.... baru lah lega perut yang keroncong ,walhal makan bukan banyak mana pun... tak sampai semangkuk meehoon dah rasa kenyang...selebihnya asyik menghirup kuah tomyam yang agak pedas dengan cili api yang ditumbuk pecah kedalam nya...alhamdulillah...ini lah rezeki Kak Intan sekeluarga yang dimakan untuk malam ini, jumpa lagi wassalam...

MINUM PETANG DENGAN KEK BUAH

Assalamualaikum, selamat petang Jumaat, dah minum petang ke? Kalau belum jum ...ikut Kak Intan mnum petang ni dengan kopi o panas dan juga makan kek buah yang dibuat beberapa hari yang sudah. Memang setiap kali makan kek buah ni mesti nak lawan kan dengan kopi yang panas panas, atau pun teh yang panas panas baru terasa sedap nya.
Mana tidak nya kek buah ni rasa nya kan ada masam masam manis dari buah buah yang kita masukkan kedalam nya. Bolih juga kalau nak diminum dengan minuman yang sejuk sejuk ikut pada citarasa masing masing lah. Ok lah kita minum dulu ya....sambil sambil tu mata layan pc ni lagi nak cari apa pulak menu untuk yang seterus nya nanti ...wassalam...jumpa lagi.


18 Oktober 2011

INILAH SAJE KOLEKSI POLKA DOT KAK INTAN...

Assalamualaikum..
tengok gambar dulu, nanti kita cerita kemudian ya...bolih gitu he..he..








17 Oktober 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...