25 September 2013

MENYIAPKAN HOMEWORK LAGI...

 Assalamualaikum, 
Bersambung lagi kisah menyiapkan baju baru lampshade lampshade ni, ini lah kerja Kak Intan bila ada masa terluang, menyiapkan tempahan kawan kawan yang berminat dengan lampshade lampshade ini....antara nya yang ada lace lace macam ni memang ramai yg dah suka sekarang ni...sampai idea pun dah kehabisan he...he...

Apa pun Kak Intan cuba juga lah sebaik mungkin menyiapkan nya, tambah sana tambah sini menggunakan kain lace yang sama. Ada yg kata yg ini dah ala ala skirt Marilyn Monroe. Entah la...suka hati la kan ha...ha...apa pun janji kerja Kak Intan ni siap sebagaimana yg ditetapkan.
 Ada juga yang berminat dengan corak corak gingham, warna biru macam ni kalau nak letak kat bilik baby boy memang sesuai la rasanya, tapi permintaan yang Kak Intan buat ni katanya nak hias kat ruang tamu rumah nya yang berkonsepkan biru putih... ok juga kan...nampak lembut ajer warna nya ni...
 Harap harap la tuan punya lampshade ni suka dengan apa yg dah Kak Intan hasilkan ni...
Ini pula dari jauh orang yg order nya, katanya nak warna merah, ok dah siap pun so kejap lagi Kak Intan akan poskan pada dia ya... moga moga masa sampai nanti dalam keadaan yg baik juga, insyaallah...

Ok dah siap pun order Kak Intan untuk 2 minggu lepas, kerja kerja pengeposan akan dilakukan sekejap lagi yer kawan kawan, kepada yg menantikan kedatangan nya tu harap2 bersabar. Dan  hanya ini idea yg termampu Kak Intan keluarkan he...he... ok jumpa lagi dilain entry wassalam...

TUKAR LAMPU DINDING.

 Assalamualaikum....
Selamat pagi Khamis kawan kawan blogger semua. Ermmmmm...apa khabar ya? Dah lama tak keluarkan entry yg baru disini, kali ni pasal hias rumah lagi. Masa jalan jalan kat satu kedai lampu 2 minggu lepas Kak Intan dan suami ternampak kan lampu dinding ni. Eiiiii. dalam hati cantek juga, bukan apa pasal mata ni dah jemu tengok lampu yg ada terpasang selama ni kat tepi dinding tu. Memang dah lama berhajat nak tuka yang ada tutup nya macam ni. Apa lagi cepat cepat cuit En Suami....tanya kat dia "lawa tak?" ermmm En Suami hangguk ajer " lawa" tu jer la ayat yg keluar he...he...
 Cakap kat Nyonya pekerja kedai tu..." lu angkat 2 ya. kasi warna putih tau", laju anjer Nyonya tu pergi kestor ambilkan stok...Balik rumah apa lagi godek sana godek sini terus cakap dengan En Suami, apa jadi pun esok nak pasang terus kedinding he...he...bukan payah pun cuma tukar ajer yg lama tu kepada yg baru ni. Cuma tutup nya ajer belum ada stok lagi...

Ok dah siap pun pasang kedinding, ermmmm suka nya dah dapat apa yang dihajatikan biarpun harga nya tak seberapa, janji rumah adala sikit pembaharuan nak sambut Raya AidilAdha nanti.
Ok lah, layan dulu gambar gambar ni yer, Kak Intan nak sambung kerja2 mengampai kain kejap, nanti kita sambung cerita lagi ok, wassalam...

10 September 2013

MAKEOVER CHANDELIER LAMPSHADE .







MAKEOVER LAMPSHADE- POLKADOT PURPLE PULA KALI INI.


Assalamualaikum,
Selamat petang Selasa, dah minum petang ke geng blogger semua? Musim musim hujan ni sedap juga kalau buat cekodok ikan bilis cicah dengan sos chili , minum pula dengan kopi o panas he...he... meleleh peloh nanti dibuat nya ha...ha... Kalau dah ada yg mengadap minum petang jum ...  sambil sambil tu layan gambar gambar makeover lampshade Kak Intan buat ni. Kali ini ada tempahan dari seorang kawan, dia peminat warna purple, kalau bolih apa saja dalam hidup dia semuanya bewarna purple, agak nya lahhhh he...he... Kak Intan ni main serkap jarang ajer sebab Kak Intan tengok dia ni memang tegar dengan warna purple.

Stand lampshade nya...cantek bila disembur dgn warna putih..tambah terserlah dengan lampshade purple tu betul tak?


Kali ni guna corak polkadot lagi... kalau dulu kak Intan buat polkadot biru, ramai juga peminat nya...bila dah siap jadi cantek pula, masa belum bua tu terbayang bayang juga macam mana la rupanya nanti kalau dah siap...tapi alhamdulillah, harap harap kawan Kak Intan tu suka dengan apa yang ada ni nanti.
Ok lah layan dulu gambar gambar ni ya.. nanti kita jumpa lagi dientry yg baru pula, wassalam...

08 September 2013

SARAPAN NASI GORENG TELOR MATA.

 Assalamualaikum,
Cerita tentang makan minum, tentang resepi lepas lepas raya ni, mula la duk pening kepala hari hari memikir apa nak masak, apa nak masak? ha...ha... dulu bulan puasa apa menu la nak buat berbuka kan? Macam ni jer la kalau pagi pagi, nampak aje nasi sejuk berlebih dalam rice cooker tu senang cerita buat ajer nasi goreng. Kalau tak digoreng sayang pulak nanti kena buang, dah la beras mahalkan, kalau ada kucing ke, ayam ke bolih juga dimasukkan dalam bekas kita kasikan dia makan.
Paling senang nasi gorengkan pula telor mata, dah siapnak pedas lagi curahkan sos cili atas nya tu he...he... siapkan...silap2 haribulan bolih buat menu untu brunch. Ok la kan...he...he.. layan wassalam.

HARI RAYA KE3 MENJENGOK KEKAMPONG HALAMAN.

 Assalamualaikum,
Bercerita pasal raya lagi kali ini hari ketiga hari raya, Balik dari Batu Pahat malam tu, segala kerja kerja rumah yg ditinggalkan pun dah siap dibereskan, terutama nya membasuh segala pakaian pakaian yg dibawa.Paginya suasana diKL ni masih sunyi sepi lagi , jiran kiri kanan juga rumah rumah mereka masih kosong ditinggalkan mereka balik kampong. Huwahhhh....rasa bosan ya amat waktu tu, nak kerumah kawan kawan pun mereka masih lagi bercuti raya. Tak tahu mana nak tuju, suami Kak Intan kata packing je kain baju lebih kurang jummmm kita balik kampong Kak Intan sekejap.... jengah adik beradik dikampong pula diTeluk Intan. Kalau balik kampong ini lah kawasan2 yg mesti dilalui iaitu kawasan sawah padi diChuichak, seronok kalau lalu disini, nampak macam lalu disebuah kawasan carpet yg besar bewarna hijau. Saujana mata memandang. Sesekali ada juga nampak rumah rumah penternak burung walid ni
  Dah hampir nak hampir kul 6 petang baru kami sampai dikampung Parit 5 Chenderong Balai Teluk Intan, mana tak nya macam2 tempat kami singgah... sunyi sepi sampai dirumah peninggalan arwah emak/ayah. Tak ada sesiapa yg menyambut kepulangan kami lagi berbanding dengan 3 tahun lepas, waktu itu arwah emak masih ada lagi. Sayu mula terasa dihati waktu ini... sebenar nya masih ada seorang adik bujang Kak Intan yg tinggal menjaga rumah pusaka ini, tapi petang tu ada majlis sambutan Hari Raya didewan kampong ni jadi dia kesana sama sama meraikan nya.

Apa pun syukur alhamdulillah, masih ada kampong, masih lagi ada rumah untuk Kak Intan sekeluarga hendak bermalam sekiranya sesekali Kak Intan dan keluarga balik kesini. Dibahagian belakang rumah tu juga ada sepokok dua pokok2 durian, rambutan , manggis dan cempedak peninggalan arwah ayah/emak yg mereka tanam semasa mereka masih ada. Selebih nya ada lah kawasan sawah padi. 

3 Tahun yg lepas berturut turut, semenjak emak pergi Kak Intan sekeluarga menyambut hari raya dirumah ini. Hari Raya kedua kesemua adik beradik sebelah Kak Intan membawa keluarga masing masing berkumpul dirumah ini untuk mengadakan majlis tahlil arwah, kami semua masing masing sama sama memasak menu yg dirancang, tahun ni sedikit berubah , apa pun tradisi majlis tahlil arwah masih diteruskan juga alhamdulillah, walau pun Kak Intan sekeluarga tak balik.
 
Dah dapat balik dan dapat jenguk sekejap pun jadilah.... esok esok ada masa bolih balik lagi kan...bak kata orang walau pun ianya jauh dimata tapi rasa dekat dihati.... teringat juga nak jumpa kawan kawan lama masa zaman zaman kecil dulu tapi apa kan daya mungkin mereka juga ada ditempat lain beraya dengan keluarga masing2 insyaallah moga satu hari kami akan bertemu juga.
Dari kampong halaman sendiri peang tu sebelum Maghrib kami sekeluarga menziarahi pula adik beradik yg lain , mereka tinggal dikawasan kawasan berdekatan situ juga,ok nanti kita sambung dilain entry ya...wassalam

BERAYA KEBATU PAHAT BERSAMA MAK JAH.

 Assalamualaikum, 
Selamat pagi, apa khabar? Dah lama tak updated  entry baru, Busy memanjang sekarang ni dari sebelum puasa, sampai la habis puasa, hari raya, dah habis pun raya nya sekarang ni dah masuk bulan Zulkaedah pun, busy nya tak habis2 lagi. Tiap minggu semenjak minggu pertama raya dah mula sibuk dengan jemputan "open house" sana sini, tak kurang juga majlis2 walimatulurus. Dah ramai rakan rakan sebaya Kak Intan sekarang ni mula mendapat menantu, maklumlah kami semua ni dah masuk 5 "siries" he...he.... dan dah ramai juga yg mula bergelar "nanny, nenek dan sebagai nya kalau yg lelaki nya atuk.

Tak habis habis lagi bercerita pasal raya yg baru lalu, maklumlah tahun ni pertama kali dalam sejarah Kak Intan tak beraya dikampong sendiri, kami beraya dengan kawan kawan pulak kali ini, hari raya kedua kami beraya diJohor Baru  sebelah paginya, sebelah petang kami bertolak balik keKuala Lumpur semula, dalam perjalanan singgah pula diBatu Pahat rumah geng FB dari group PML (Pinggan Mangkok Lama) iaitu rumah Mak Jah dan Juga Pak Long , panggilan Kak Intan pada mereka berdua ni. Dah beberapa kali kerumah Mak Jah ni, terlanjur dah lalu disini kita singgah lah beraya dengan Mak Jah pula.  Alhamdulillah kebetulan Mak Jah tak kemana hari tu, lagi pun Mak Jah dah memulakan puasa 6 nya. Apa pun Mak Jah sempat menjamu kami dengan juadah2 nya yg sedap2.

Kalau masuk kerumah Mak Jah ni, seronok cuci mata, terutama dengan decor rumah nya yang ala English Cottage. Terdapat juga koleksi2 pinggan mangkuk lama, dan berbagai2 lagi barang2 antik yg jadi minat Mak Jah suami isteri mengumpul nya. Diluar rumah pula Mak Jah ni gemar bertanam dengan pokok pokok bunga rose. Macam macam warna pokok bunga rose yang Mak Jah tanam sedang berbunga, meriah kalau tengok halaman rumah Mak Jah ni tau...

Jum cuci mata dengan pokok2 bunga rose Mak Jah ni, cantek2 dan subur2 semuanya kan....
 Yang ini bunga nya kecil2 tapi berlapis2

Yg ini sekuntum2 tapi besar, bau nya pula macam bau air sirap rose tu.

 Ini pula putih warna nya.
Paling suka tengok rose yg ini warna krim, besar dan bukan main banyak lapisan nya dan nampak gebu. Ok cuci dulu mata dengan tanaman rose Mak Jah ni ya, Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu ...wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...